Bab 10
BAB 10
Hari ini Ahmad Ilman mula bekerja setelah seminggu bercuti kerana melangsungkan perkahwinannya. Nura Afyna tinggal seorang diri di dalam rumah. Sesekali dia ke rumah mak dan ayahnya untuk melihat keadaan adiknya. Zafrin sering ke rumah Syamira untuk melihat perkembangannya. Lama-kelamaan, Zafrin dan Syamira sudah seperti adik dan abang.
“Mira, awak ni cantik ya” puji Zafrin ketika melawat Syamira.
“Ish, awak ni, saya biasa-biasa je” balas Syamira yang sudah tersenyum lebar.
“Betul, awak memang cantik lebih-lebih lagi kalau senyum macam tu” pujinya lagi.
“Zafrin, minumlah air ni dulu” panggil Puan Mahirah semasa meletakkan minuman di atas meja.
“Baik makcik” sahut Zafrin lalu pergi mengambil minuman.
Kehadiran Ahmad Ilman disambut oleh kawan baiknya. Masuk sahaja dia ke dalam bilik, Zulfahmi menyergahnya laju. Terkejut Ahmad Ilman dibuatnya. Ahmad Ilman menjemput kawannya untuk duduk dahulu di atas kerusi.
“Man, apa khabar, seronok cuti?” sapa Zulfahmi.
“Eh kau ni, mesti lah, orang dah kahwin, kau macam mana pula?” Ahmad Ilman membalas kata-kata Zulfahmi sambil berjabat tangan dengannya.
“Aku macam ni je lah, masih bujang” Zulfahmi membalas dan ketawanya meletus.
“Tak apa Zul, nanti jodoh kau datanglah tu tak lama lagi”
“Yalah Man, ceritalah sikit macam mana rasanya jadi suami”
“Ish kau ni. Ke situ pula. Nanti kau pun tahu macam mana jadi suami. Just wait and see”
“Okaylah Man. Kau ni buat aku nak cari calon isteri cepat-cepat pula, tak adalah sunyi duduk rumah seorang diri”
“Satu je kau perlu ingat Zul, jodoh tu akan datang bila masanya dah tiba”
“Eh, kau pula bagi nasihat dekat aku. Selalunya aku yang bagi nasihat”
“Kita kan kawan Zul, sama-samalah kita beri nasihat”
Ramai kawan-kawannya mengucapkan tahniah kepadanya. Segalanya disahutnya dengan kata-kata terima kasih sehingga ada seseorang berkata kepadanya dengan kata yang lain daripada yang lain.
“Hai Ilman, ingat I lagi tak?” suara perempuan yang berkaca mata hitam dan berpakaian agak seksi menyapanya sambil menghampiri mejanya.
“Maafkan saya, tapi cik, saya tak kenal cik. Cik ni siapa ya?” Ahmad Ilman menjawab pertanyaan itu.
“Youmemang tak sayangkan I, dan sekarang you tinggalkan I, kahwin dengan orang lain!” jerit perempuan itu.
“Eh, bertenang cik. Kita boleh berbincang dulu cik. Takkanlah nak gaduh dekat pejabat saya ni” Ahmad Ilman cuba mengawal keadaan. Perempuan itu hanya memandangnya tanpa sebarang reaksi. Perempuan itu membuka cermin mata hitamnya dan mula duduk di kerusi hadapannya.
Ahmad Ilman lantas bangun daripada terus duduk selesa diatas kerusi. Dia begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya. Matanya terbeliak dan mata perempuan itu mengingatkan dia kepada suatu peristiwa ketika dia masih bersekolah. Mata ini masih aku ingat, dialah cinta pertamaku, luah hatinya.
“Hai awak, beli barang ke?” kata Ahmad Ilman kepada Sarah yang sedang memilih ubat gigi di Pasaraya Mydin.
“Mestilah saya tengah beli barang” Sarah pun menjawab dengan terujanya. Sesungguhnya lelaki itu telah membuat dia jatuh cinta.
“Saya pun beli barang” balas Ahmad Ilman sambil mengenitkan mata. Sarah tersenyum malu.
Mereka ingin memilih ubat gigi Colgate. Serentak itu, mereka memegang kotak ubat gigi yang sama. Mereka pun sama-sama berpandangan.
“Awak ambil lah yang ini, saya ambil yang lain” Ahmad Ilman mengalah setelah berebut-rebut ubat gigi itu.
“Terima kasih” Sarah memberi reaksi.
Mereka mula berkenalan dan berjalan beriringan mencari barang yang ingin dibeli. Ketika itu, Ahmad Ilman berusia 17 tahun dan di fikirannya tidak pernah untuk serius dalam sesuatu perhubungan, yang difikirnya hanyalah untuk bersuka-ria. Namun, di hati Sarah, perkara itu sesuatu yang serius dan dia mula ingin rapat dengan Ahmad Ilman. Wajah Ahamd Ilman yang tampan dan ketinggian yang ideal dengan berat badannya menyebabkan ramai perempuan yang mengenalinya pasti terpaut padanya. Sememangnya Ahmad Ilman pelajar yang nakal ketika berada di sekolahnya. Ramai pelajar perempuan memintanya menjadi abang angkat. Sikapnya yang mudah mesra pastinya menghiburkan wanita yang tiada rasa malu. Segalanya tidak ditolak. Walaupun sudah ada adik angkat, dia tidak pernah menolak untuk menerima ajakan menjadi abang angkat yang kedua, ketiga dan yang keberapa kali pun dia sudah tidak ingat. Tetapi peristiwa hitam yang menimpanya saat-saat akhir sebelum dia menduduki peperiksaan awam SPM telah menyedarkan dia. Emak yang disayanginya dan disanjunginya selama ini telah meninggal dunia akibat penyakit kencing manis. Jadilah dia piatu yang tidak mempunyai emak lagi. Kehilangan seorang emak amat dirasainya. Bapanya sentiasa menasihatinya dan mengajarnya erti kehidupan yang sebenar.
“Setiap yang hidup pasti akan mati, begitu jugalah dengan kita. Bapa harap kamu kuatkan semangat kamu tu, SPM tak lama lagi, kamu belajarlah rajin-rajin dan jadilah anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya, ibu kamu pasti akan gembira bila kamu berjaya nanti” kata-kata bapanya tidak pernah dilupanya.
Setelah peristiwa itu, dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya. Perempuan-perempuan yang berada disekeliling pinggangnya dibuangnya jauh-jauh termasuklah Sarah. Sarah mungkin sedikit istimewa dari perempuan lain kerana baginya Sarah lain daripada yang lain. Sarah seorang yang rajin dan kecantikannya tiada tandingannya. Namun, kerana perempuan bernama Sarah lah, hatinya pernah kecewa suatu ketika dahulu. Sarah tinggalkan dia saat hatinya sudah terpaut.
Ingatannya terhadap peristiwa itu dikenangnya semula. Ahmad Ilman baru teringat dan dia tidak menyangka Sarah masih menaruh harapan kepadanya. Apa yang merunsingkan hatinya adalah keluarganya baru dilanda masalah dan tambah pula dengan masalah ini. Dia perlu meleraikan masalah ini secepat mungkin. Walaupun Sarah menangis air mata darah sekalipun, dia tidak akan sesekali menduakan kasihnya terhadap Nura Afyna, isteri yang dikasihinya. Dia hanya mencintai Nura Afyna seorang dan kasihnya hanya untuk Nura Afyna dari awal perkahwinan hingga akhir hayatnya.
“Awak Sarah kan?” Ahmad Ilman cuba menduga perempuan itu.
“Memang sayalah Sarah yang awak gila-gilakan dulu” Sarah cuba membangkitkan isu lama.
“Jadi apa yang awak nak sebenarnya? Maaflah saya dah kahwin”
“Saya nak awak ambil saya sebagai isteri awak” Sarah menjawab.
“Sarah, please saya tak cintakan awak. Biarlah kisah lama menjadi sejarah dan awak mulakanlah hidup baru. Saya dan awak dah tak ada apa-apa hubungan”
“Awak ingat semudah itu untuk saya melupakan awak dan kisah-kisah lama kita” Sarah cuba mempertahankan dirinya.
Ahmad Ilman seterusnya membuka pintu bilik dan menyuruh Sarah untuk pergi jauh dari hidupnya. Sarah mula terasa dikhianati dan memberikan amaran kepada Ahmad Ilman. Ahmad Ilman hanya berlagak seperti tidak terjadi apa-apa antara mereka.
“Ilman, kau okayke? tanya Zulfahmi apabila mendengar herdikan kawannya dari mejanya.
“Aku okay, maaflah sebab ganggu kau”
“Tadi perempuan tu…ada hubungan apa dengan kau, dahsyatlah kau ni, dia yang Miss Universe tu kan?”
“Aku tak kenal pun dia, dia yang tiba-tiba cari aku. Apa, Miss Universe?” tanya Ahmad Ilman dengan nada terkejut.
“Ya, Miss Universe Australia tahun lalu. Oh ya, kau kan baik manalah tengok semua ni. Aku ni pun tak sengaja terfollow show tu”
“Zul, semua orang buat salah, aku sendiri pun pernah buat silap”
“Itu dulu Man, sekarang ni aku dah berubah”
“Baguslah kalau begitu, umur kita ni pun bukan muda lagi”
Sehari suntuk Ahmad Ilman memikirkan Sarah. Apa yang akan Sarah lakukan terhadap keluargaku terutama isteriku? Adakah Sarah ada kena mengena dengan hadiah misteri yang tiada nama itu? Tapi macam mana dia boleh jumpa aku, tahu alamat rumah, tahu alamat pejabat?, bisik hatinya.
“Abang Man fikir apa ni?” tanya Nura Afyna ketika menyeterika baju kemeja suaminya untuk esok hari.
“Eh, sayang. Tak ada apa sayang. Cuma kerja pejabat banyak tadi” helah Ahmad Ilman apabila terkejut isterinya menegurnya yang sedang termenung semasa duduk di atas katil.
“Oh, kerja dekat pejabat tu biarkan je lah ceritanya di pejabat. Dekat rumah, kita cerita hal kita je, lepaskan stress Abang Man tu”
“Maaf sayang, tadi dekat pejabat ada masalah baru, tu yang asyik terfikir”
“Teruk sangat ke masalah tu abang Man?” tanya Nura Afyna setelah menutup suis seterika dan dicabut plugnya.
“Tak adalah teruk mana sayang. Mungkin sebab cuti lama sangat, tu yang timbul masalah baru. Lama-lama okaylah nanti”
“Abang Man kalau nak cerita apa-apa, beritahu Fyna. Jangan stress sangat nanti cepat tua tahu” katanya sebelum baring di atas katil.
“Selamat malam sayang” ucap suaminya sebelum dia memejamkan mata.
“Selamat malam abang Man”
Waktu sudah lewat malam, Ahmad Ilman tidak dapat tidur nyenyak. Bila matanya ditutup, pasti wajah Sarah yang kelihatan. Dia perlu menghakis semua ini. Dia sudah bergelar suami. Sesekali dilihatnya Nura Afyna yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya.Wajah Nura Afyna yang begitu tenang meghadapi dugaan hidup memberikan dia semangat untuk mempertahankan rumah tangganya. Tenang hatinya memerhatikan setiap bahagian di wajah isterinya. Matanya yang layu dek kerana berpisah dengan mak dan ayah, mulutnya sedikit merekah mungkin sebab kurang minum air, pipinya yang mulus dan hidungnya yang sedikit mancung. Sesekali dia terbayang, bagaimana agaknya Nura Afyna apabila menjadi seorang ibu. Dia panjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana dapat berumah tangga dengan insan yang dicintainya. Rambut Nura Afyna diusapnya lembut ke belakang. Pinggang isterinya pula dipegang dan dirangkul olehnya. Ketenangan dirasai Ahmad Ilman. Akhirnya dia dapat memejamkan mata.
Azan Subuh berkumandang. Nura Afyna terjaga dari tidur. Dia lantas bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika dia membuka mata, suaminya sudah tiada di sebelahnya. Mungkin tidur di atas sofa, bisik hatinya. Dia segera mencari suaminya di ruang tamu tetapi tidak ditemuinya. Apabila dibuka pintu di bilik sebelah, dia melihat suaminya sedang mengerjakan solat. Sungguh khusyuk suaminya berdoa sehingga dapat didengari bait-bait doa seorang hamba kepada Tuhannya.
“Ya Allah, seandainya telah engkau catatkan, dia milikku tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu kekal abadi… Ya Allah, hanya kepadaMu aku meminta pertolongan dan aku berserah.Aamiin” Nura Afyna yang mendengar rintihan suaminya sebagai seorang hamba yang lemah menyentuh kalbunya.
Suaminya yang mencintainya begitu bersungguh-sungguh dalam membina mahligai rumah tangga bersamanya. Tetapi dirinya pula masih terfikir-fikir sama ada Ahmad Ilman temannya yang terbaik atau tidak. Setelah itu, dia segera menutup pintu bilik dan ke kamar mandi untuk bersuci.
Setelah menunaikan solat Subuh, dia ke dapur untuk menyiapkan sarapan sebelum suaminya pergi ke pejabat. Dia tidak mahir untuk masak makanan berat lantas membancuh minuman coklat dan menyapu jem strawberi di atas sekeping roti. Ahmad Ilman pula sedang fokus memakai tali leher di hadapan cermin empat segi tepat besar yang berada di laluan untuk ke dapur. Nura Afyna hanya memandangnya dari jauh. Dia terfikir juga nak pakaikan tali leher di baju sang suami seperti cerita-cerita romantik di televisyen tetapi dia tidak ada kemahiran membuat ikatan. Dia bernekad untuk pakaikan tali leher di kolar baju suaminya suatu hari nanti. Seronok ke pakaikan tie dekat lelaki ni?, fikirnya dalam hati.
“Hai permaisuriku! Apa yang sayang termenungkan ni?” sergah Ahmad Ilman apabila melihat isterinya tersengih-sengih seorang diri.
“Eh Abang Man, mana ada apa-apa. Abang Man ni yang lambat siap, tengok susu ni dah sejuk” gumam Nura Afyna apabila merasakan minuman coklat yang dibancuhnya tadi sudah tidak panas.
“Salahkan abang pula, sayang yang awal sangat siapkan untuk abang” kata Ahmad Ilman sambil mengenitkan matanya ke arah isterinya.
Isterinya tersipu malu dan tertunduk. Dia mendekati isterinya yang berada bersebelahan meja makan dan berbisik di telinga isterinya.
“Terima kasih sayang” sambil mencium pipi Nura Afyna.
Makin merahlah pipi isterinya. Dia ambil kesempatan di awal-awal pagi untuk menawan hati isterinya. Semakin erat hubungan mereka. Nura Afyna menghantar suaminya hingga ke pintu rumah. Dia bersalaman dengan suaminya lalu suaminya memeluk dirinya pula. Haih, abang Man ni, nanti berkedutlah baju kemeja, bisik hatinya.
“Sayang, kalau nak pergi rumah mak, bawa kereta elok-elok ya” pesan suaminya.
“Baiklah. Abang Man, Fyna ada satu permintaan”
“Apa dia cakaplah”
“Nak jumpa Teha boleh? Dah lama tak sembang-sembang dengan dia”
“Boleh, tapi jangan balik lewat ya, hati abang ni asyik rindu je dekat sayang”
“Yeah! Terima kasih abang Man” lagak Nura Afyna seperti kanak-kanak yang gembira mendapat gula-guna.
“Sama-sama Sayang. Okaylah, abang pergi dulu. Assalamualaikum. I love you”
“Wa’alaikumussalam. Love you too” balas Nura Afyna sambil melambai-lambai tangannya. Hatinya sudah mula menerima Ahmad Ilman. Inikah yang dinamakan sakinah?, tanya hatinya. Setelah kereta Perodua Axia milik suaminya hilang dari pandangannya, dia mula bersiap-siap untuk berjumpa dengan sepupunya. Dia mengambil baju blaus berwarna biru serta seluar slack berwarna hitam dari almari baju. Kemudian, dia menelefon Fatehah untuk berjumpa dengannya. Fatehah bersetuju untuk bertemu Nura Afyna. Kereta Perodua Kancil dihidup enjinnya dan Nura Afyna sudah bersedia untuk kembali beraksi di jalan raya semenjak mendapat lesen P.
oleh: Anggerik Mekar

0 comments :
Post a Comment