Bab 11
BAB 11
Syamira sudah sembuh dari kemalangan. Dia sudah boleh
berjalan, berjoging malah berlari. Hati Nura Afyna begitu gembira melihat
perkembangan adiknya apabila dia menjenguk adiknya di rumah ayah dan maknya.
Itulah rutin hariannya apabila suaminya berada di pejabat untuk mencari nafkah.
Sampai sahaja di rumah Fatehah, loceng di sebelah
pagar ditekan. Bunyi loceng yang berbunyi sehingga ke luar rumah didengarinya.
Pagar elektrik terbuka sendiri. Ini pasti Fatehah yang tekan suis pagar ni,
desis hatinya. Dia melangkahkan kakinya masuk ke dalam perkarangan rumah
Fatehah. Cantik rumah Fatehah, siap ada bunga berderetan sekeliling rumah.
Makcik Nor memang rajin jaga bunga-bunganya, bisik hatinya lagi.
“Fyna”
sambut Fatehah apabila melihat Nura Afyna yang leka melihat pokok bunga.
Fatehah memeluk Nura Afyna lalu mereka melangkah masuk ke rumah banglo dua
tingkat milik Makcik Nor.
“Teha,
aku tak boleh lama-lama, sebab Abang Man dah pesan tadi” kata Nura Afyna.
“Haih,
macam tulah orang kalau dah kahwin, jauh sekejap pun tak boleh. Aku ingatkan
nak ajak kau bermalam dekat rumah aku ni, nampak gayanya tak jadilah aku nak
tunjukkan kau cerita baru yang aku download
semalam”
“Nak
buat macam mana. Dah dia pesan macam tu, ikut je lah. Cerita baru? Sempat je
kalau nak tengok sekarang kan?”
“Yalah
Fyna, kau tu dah ada suami, kena ikut cakap dia. Maklumlah, nak jadi isteri solehah lah katakan. Tak
boleh tengok sekarang, adik aku tu nanti kacau. Faham-faham je lah cerita yang
kita nak tengok tu gedik-gedik sikit. Nanti dia mengata aku pula. Macamlah kau
tak kenal Faiz tu. Tak sah kalau dia tak kacau aku tengok movie” bebel Fatehah.
“Tak apalah. Lain kali, aku minta izin suami aku
awal-awal. In shaa Allah, dia kasi. Sebenarnya Teha, aku nak share sikit dengan
kau”
“Cerita baru ke? Jomlah, kita masuk bilik dulu. Nanti
bocor rahsia pula” teruja Fatehah mendengar kata Nura Afyna.
Mereka masuk ke dalam bilik Fatehah lalu Nura Afyna
membuka tudungnya memandangkan di dalam bilik tiada sesiapa kecuali mereka
berdua. Pintu bilik dikunci. Mereka mula duduk di atas katil sambil di tangan
mereka ada coklat choki choki yang Fatehah ambil dari meja belajarnya. Nura
Afyna rancak bersembang dengan Fatehah mengenai hidup barunya. Sudah hampir sebulan
dia menjadi isteri kepada Ahmad Ilman. Cerita di bilik tidurnya tidaklah
diceritakannya sekali. Bukankah berdosa membuka aib ketika berada dalam bilik?,
fikirnya. Cerita dia berkelah di Port Dikson diceritakannya.
“Teha, aku sebenarnya keliru sikit pasal honeymoon ni? Waktu
honeymoon tu, kita kena buat apa?
Kena buat hubungan…hmm, kau tahu kan maksud aku” tanya Nura Afyna dengan nada
serius.
“Haha,
apalah kau ni, orang honeymoon untuk
melancong, bukannya semata-mata buat…hmm tu. Tapi, kalau nak buat tu…
terpulanglah” ketawa meletus dari mulut Fatehah. Nura Afyna sudah melayangkan
tangannya. Geram!
“Janganlah
gelakkan aku. Manalah aku tahu. Habis
tu kau tahu dari mana? Entah-entah kau saja kenakan aku.”
“Sebenarnya aku pernah tanya mak aku. Tak
tahulah kalau dia tipu pula. Aku percayakan je.
“Jadi,
aku tak perlulah risau kalau Abang Man tanya pasal bulan madu lagi. Sebab
haritu dia ada tanya aku, aku tenang je, tapi dalam hati, dup dap dup dap aku
rasa”
“Kau janganlah risau, Ilman tu bukan orang lain pun,
suami kau kan. Yang aku risau sekarang ni, esok result SPM keluar”
“Betul juga tu. Aku pun dah mula terima dia sebagai
suami. Aku
nyaris lupa pasal result tu, rasa
takutlah pula”
Nura
Afyna meminta izin untuk pulang apabila jam di tangannya sudah menunjukkan jam
satu petang. Suaminya akan pulang waktu lunch
hour untuk makan bersamanya. Dah lah aku tak masak nasi lagi ni, aduh,
keluh hatinya. Sebelum pulang, Fatehah memberikan hadiah kepada Nura Afyna. Fatehah
terlupa memberi hadiah sempena perkahwinan sepupunya yang sudah dibungkusnya
rapi dengan pembalut hadiah bercorak bunga mawar merah. Nura Afyna tidak
menyangka sepupunya itu ingat juga dekat dia. Sekotak hadiah itu diambilnya lalu
dia berpelukan dengan Fatehah sebelum keluar dari pagar rumah.
Esok merupakan hari keramat bagi semua insan yang kini
telah berumur 18 tahun. Semua gerun menantikan keputusan yang bakal diterima. Nura
Afyna tidak terkecuali turut berasa demikian. Hatinya tidak putus-putus
berselawat kepada junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Dia berada di dalam bilik
sambil merenung jauh di jendela. Bagaimana agaknya
keputusan SPM aku ya, dapat ke 10 A+?, bisik hatinya.
Tiba-tiba
dia berasa cuak dan apa yang diingininya hanyalah untuk bersama mak dan
ayahnya. Walaupun suaminya mengambil berat soalnya namun pengetahuan suaminya
terhadapnya hanyalah satu daripada sepuluh perkara. Mak dan ayahnya lebih
mengenali dirinya. Pada malam itu, Nura Afyna ingin tidur di rumah mak dan
ayahnya. Dia minta kebenaran daripada suaminya. Ahmad Ilman mengizinkannya dan
apabila ingin menemaninya tidur di rumah mak dan ayah mentuanya, Nura Afyna
menolaknya dengan cara baik.
“Abang Man, Fyna nak bersendirian waktu ni, tolong
fahami Fyna ya Abang Man” katanya kepada suaminya.
“Kalau dah macam tu, tak apalah Fyna, abang faham”
suaminya menjawab dengan hati terbuka.
Encik
Fadhli mengambilnya di rumah. Selepas bersalaman dengan suaminya, dia menaiki kereta
ayahnya. Malam yang gelap diterangi kelip-kelip. Kedua-dua insan yang masih
dalam fasa mengenali hati pasangan tidak dapat melelapkan mata. Jam sudah dua
pagi, namun Ahmad Ilman masih terjaga. Dia lantas mengirimkan khidmat pesanan
ringkas (SMS) kepada isterinya.
Assalamualaikum
Sayang, jangan terlalu takut dengan apa yang akan keluar. Abang tahu Sayang dah
buat yang terbaik dan apa yang abang harap, Sayang banyak bertawakal kepada
Allah. Abang doakan Sayang dapat straight A’s. Good luck sayang..
Nura Afyna yang masih tidak dapat memejamkan mata
mendapat sms daripada kekasih hatinya. Dia terharu membaca
teks yang dikirimkan oleh suaminya. Dia membalas sms itu.
In shaa Allah, abang Man
thanks.
Awal-awal
pagi, Nura Afyna bangun untuk menunaikan solat hajat dan solat subuh. Setelah
itu, dia membaca al-Quran agar mendapat ketenangan hati.
“Betul juga kata Abang Man, aku dah buat yang
terbaik dan apa yang dapat aku lakukan hanyalah bertawakal. Segalanya telah
dicetak di kertas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Tunggu masa nak hantar ke
sekolah dan serahkan kepada pemilik mutlak sijil tu je” katanya di depan cermin
sambil memakai tudung.
Telefonnya berdering tatkala dia mula melangkah keluar
dari biliknya. Dia segera mencapai telefon yang sudah
bernyayi-nyanyi lagu Fly Me To The Moon.
Tertera nama Abang Man di
skrin telefonnya. Nafas ditarik dalam sebelum mengangkat telefon. Dia duduk
sebentar di atas sofa.
“Assalamualaikum Abang Man” suaranya menyapa dahulu.
“Wa’alaikumussalam
sayang” suaminya menyahut salamnya.
“Abang
Man, Fyna dah nak bertolak, abang Man doakan Fyna ya”
“Abang
sentiasa doakan sayang. Sayang, abang nak tanya sikit ni”
“Kenapa
abang?”
“Mana
sayang letak susu coklat? Abang baru nak bersarapan.”
“Oh,
lupa nak beritahu abang, susu coklat dah habis semalam. Abang minumlah air teh
dulu hari ni ya.”
“Susu
coklat lagi sedap, tak apalah. Tu je abang nak tanya, banyakkan selawat ya
sayang. Assalamualaikum. I love you.”
“In
shaa Allah abang Man. I love you too.
Wa’alaikumussalam” kata Nura Afyna sebelum menutup talian.
Dia
dan mak ayahnya bertolak awal ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (SBPI
Gopeng). Mereka bertolak pada jam sembilan pagi setelah bersarapan. Dalam
perjalanan ke sana, dia asyik teringat kata kawan sekelasnya yang ingin
menyambung pelajaran ke luar negara selepas tamat persekolahan menengah.
“Fyna, nanti
kalau dah habis SPM, kau nak buat apa?” kata Sofia.
“Aku nak kahwin”
dia menjawab pertanyaan Sofia dengan tersengih-sengih.
“Eei, gatal ya
kau, nanti jadi betul-betul baru tahu. Aku nak pergi sambung belajar di luar
negara sambil menikmati salji yang sejuk dan memukau, lepas tu barulah kahwin
dengan orang yang belajar kat sana, barulah syok Fyna”
“Aku main-main
je Sofia, calon suami pun tak ada lagi, ada hati nak kahwin haha” Nura Afyna
menutup bicara.
Tanpa disedari, mereka telah sampai di SBPI Gopeng.
Dia yang gementar melangkah juga kakinya untuk ke dewan besar seorang diri
sementara mak ayahnya berada di dalam kereta. Ramai kawan-kawannya telah
datang. Ada yang menangis kegembiraan dan ada pula sebaliknya. Kini, dia
melangkahkan kaki dengan berhati-hati takut pengsan di tengah-tengah jalan.
Walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu, dia tetap tersenyum agar dia dapat
redha dengan apa jua keputusan yang akan diterimanya. Dia beratur di barisan
kelasnya. Masih ada dua orang kawannya yang berada di hadapannya yang turut
berbaris. Kurang dari seminit, dia sudah berada di hadapan meja bersama slip
peperiksaannya sudah terpampang di atas meja.
“Nura Afyna,
tahniah!” sahut cikgu Linda apabila berjabat tangan dengannya.
“ALHAMDULILLAH!”
menjerit Nura Afyna di dewan itu setelah melihat slip keputusan SPM dan
seterusnya memeluk guru kelasnya yang berada di hadapannya. Air matanya gugur
kerana kegembiraan.
“Terima kasih
cikgu” dia segera menelefon maknya untuk datang ke dewan.
“Mak ayah, Fyna
dapat 10 A+” katanya sambil melompat-lompat kegembiraan apabila kelibat mereka
berjalan ke arahnya. Dia memeluk emak dan ayahnya. Mereka
mengalirkan air mata kegembiraan. Kawan-kawannya menghampirinya dan mengucapkan
tahniah kepadanya. Sesungguhnya keputusan ini telah menghilangkan keresahan
dihatinya. Tiba-tiba, suaminya menelefonnya. Dia segera mengangkat panggilan
telefon itu.
“Sayang, macam mana result SPM?” suaminya memulakan
bicara.
“Assalamualaikum Abang Man”
“Wa’alaikumussalam, kenakan abang pula”
“Hehe, dia yang tak sabar, tu lah lain kali bagi
salam dulu, Abang Man tekalah dulu”
“Berapa ya, ni mesti 10 A+ kan?” suaminya meneka.
“Betul, Alhamdulillah!” dia menjerit kegembiraan.
“Tahniah sayang, bersyukurlah dapat straight A’s, A+
pulak tu..nanti abang belikan hadiah untuk sayang” suaminya menyambut
kegembiraan dia.
“Terima kasih Abang Man” Nura Afyna membalas.
Dia
teringat kepada Fatehah dan Asyraf. Dia menelefon mereka berdua. Keputusan sepupu-sepupunya
boleh tahan juga, Fatehah dapat 4A5A+ sementara Asyraf mendapat 6A3B+. Mereka
sama-sama gembira. Dalam perjalanan pulang ke rumah, adiknya pula menelefonnya
melalui telefon awam di sekolah.
“Kak Fi, macam mana dengan SPM?” tanya Syamira
kepada kakaknya.
“Adik, Alhamdulillah kakak dapat straight A” kata Nura
Afyna.
“Ya ke akak, adik tumpang gembira, tahniah kak,
tahun ni Mira pula ambil SPM, macam mana nak kalahkan Kak Fi, kakak dah bolot
dulu A+ tu” Mira membalas. Mereka serentak ketawa dalam talian.
Suaminya
telah lama menunggu di hadapan rumah menantinya yang ditemani emak dan ayahnya
yang tersayang. Sebaik
sahaja dia melangkah keluar dari kereta, suaminya mendapatkan dia. Suaminya
terus memeluknya kerana terlalu gembira. Pelukannya terasa lain, dia terkejut
kerana terlupa Ahmad Ilman, suaminya bukan lagi orang asing atau ajnabi
baginya. Setelah itu, suaminya meleraikan pelukan dan memberikannya sebuah
kamera digital Samsung yang diidam-idamkan olehnya sejak sekolah rendah. Ahmad
Ilman mengetahui kisah kamera itu setelah bertanya kepada ayah mentuanya. Nura
Afyna yang melihatnya begitu gembira lantas memeluk kembali suaminya setelah
berfikir beberapa saat cara untuk ucapkan terima kasih.
“Terima kasih
Abang Man” katanya dalam pelukan suaminya.
“Sama-sama sayang, abang betul-betul bersyukur.
Abang gembira bila sayang gembira” balas suaminya perlahan-lahan di telinganya.
Yes! Yes!,
dapat hadiah, ni baru daripada suami tercinta belum lagi daripada keluargaku
yang semestinya akan memberi hadiah kepadaku, bisik hatinya. Mereka memasuki
rumah dan berehat. Pada malam hari, keluarganya bersama keluarga suaminya pergi
ke restoran untuk meraikan kejayaan yang dikecapinya. Makanan yang dipesan
semuanya sedap-sedap. Bermula dengan tomyam, ikan bakar, sate, daging paprik,
ayam masak merah dan telur bungkus. Semuanya membangkitkan selera semua yang
memandang lebih-lebih lagi sudah berada betul-betul di depan mata. Sebelum
menjamu selera, suaminya membacakan doa selamat dan seterusnya doa makan.
Mereka menjamu selera tanpa sedikit sisa pun yang ditinggalnya melainkan
tulang-tulang ikan yang sememangnya keras dan tajam. Selesai menjamu selera,
keluarga kedua-dua belah pihak pulang ke rumah masing-masing memandangkan mereka
membawa kereta sendiri. Pasangan
suami isteri yang sedang bergembira turut pulang selepas perut telah kenyang,
hati pun telah suka. Namun, Ahmad Ilman tidak memandu terus ke rumah. Dia membawa
isterinya ke suatu tempat. Dia mahu bermain boling di Jaya Jesco memandangkan isterinya
memang memakai pakaian yang sesuai untuk bermain. Setelah membeli stoking dan
menyewa kasut, mereka memulakan permainan. Pada slot pertama, Nura Afyna telah
mengalahkan Ahmad Ilman namun pada slot kedua, Ahmad Ilman pula mengalahkan Nura
Afyna. Tanpa disedari, Nura Afyna mula melihat kelakuan sebenar suaminya.
Suaminya seorang yang enjoyable
seperti dirinya.
“Yeay..abang dah
kalahkan sayang” megah suaminya setelah mengalahkan dia. Kedua-dua belah tangan
suaminya diangkat keriangan.
“Fyna pun menang
tadi, tak adalah sampai jerit-jerit” Nura Afyna lantas berdiri mendekati
suaminya.
“Sep sikit,
dua-dua seri, fairlah kan” balas suaminya
sambil menepuk kedua-dua belah tangan suaminya ke tangannya.
“ Yalah, yalah,
lepas ni kita nak pergi mana?” dia duduk semula di atas kerusi.
“Tahu pun, lepas
ni kita pergi karaoke” kata suaminya yang masih lagi berdiri.
“Tak naklah,
suara Fyna bukannya sedap” helah Nura Afyna.
“Ya ke? Hari tu abang dengar sayang nyanyi dekat
bilik air…..suara sayang..”
“Apa-apa?”
“MERDU!” suaminya menjerit sehingga orang sekeliling
melihat mereka berdua.
“Apa Abang Man ni, malulah” katanya sambil menarik
lengan suaminya supaya duduk di sebelahnya.
Seorang pekerja menghampiri mereka. Mereka ditegur
kerana menjerit sesuka hati. Suaminya hanya membuat muka selamba. Dia sudah
tersipu malu. Ni suami aku ke ni? Selamba rock
betul!, bisik hatinya. Mereka cepat-cepat membuka kasut sewa dan menghantarnya
ke kaunter.
Mereka keluar melalui pintu utama
pusat boling dan berjalan beriringan menuju pusat karaoke. Apabila sudah sampai
di pusat karaoke, barisan giliran sudah penuh. Ahmad Ilman melihat senarai harga sementara Nura Afyna
beratur di barisan belakang sekali. Aduh, mahalnya!, getus hati Ahmad Ilman. Lenyap
terus niatnya untuk berkaraoke dengan isterinya.
“Sayang…kita
pergi tempat lainlah” katanya apabila berada di sebelah isterinya untuk beratur
sekali.
“Kenapa
pula?”
“Abang ada idea lain,
lagi best” katanya dengan semangat.
Nura Afyna melepaskan keluhan. Baru je aku nak tunjuk suara aku ni bila
bernyanyi, gumam hatinya.
Mereka menaiki kereta semula. Suaminya
tidak memberitahu perancangannya selepas ini. Dia hanya membisukan diri. Laluan
yang dilalui mereka nampak akrab dengannya.
“Abang Man, ni bukan jalan ke rumah kita ke?”
“Ya,
memang pun”
“Takkan lah, tadi kata
ada idea lagi best. Apa seronoknya
dekat rumah tu”
“Mesti best punya” kata suaminya sambil
tersenyum nakal.
“Apa yang bestnya?”
“Sayang… boleh tak
kita..” kata suaminya dengan manja sambil menggosok-gosok pehanya perlahan. Dia
menelan air liur. Betul ke dia ni, kata hatinya.
“Emm…emm…” dia berbuat
tidak endah pada permintaan suaminya. Dia melemparkan pandangannya ke luar jendela.
Setelah kereta diparkir di hadapan
rumah, dia terus berlari masuk ke dalam kamar tidur dan mengunci pintu. Dia
takut suaminya berbuat apa-apa terhadap dirinya. Suaminya mengetuk pintu beberapa
kali. Namun, dia tetap tidak membuka pintu. Malam sudah lewat. Mesti abang Man
dah tidur, fikirnya. Selimut dan bantal diambilnya untuk diberikan kepada
suaminya. Dia keluar perlahan-lahan apabila suaminya sudah tidak mengetuk
pintu. Suaminya sudah tertidur di atas sofa. Perlahan-lahan dia mendekati
suaminya. Dia selimutkan badan suaminya dan beredar dari sofa. Tangan suaminya
mencapai tangannya. Dup dap dup dap, getar jantungnya.
“Nak lari mana sayang?”
sergah suaminya. Dia hanya tersengih. Sedaya upaya dia melepaskan tangan
daripada genggaman suaminya. Tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia mengalah. Suaminya terus mendukungnya lalu
masuk ke dalam bilik.
Ahmad
Ilman meletakkan isterinya perlahan di atas katil. Berat juga Fyna ni, mahu
berurat lengan aku ni, desis hatinya. Isterinya lantas menutup badan dengan
selimut yang ada. Main-main pula dia ni, bisiknya. Mereka tarik menarik selimut
sehingga akhirnya Ahmad Ilman terjatuh di atas badan Nura Afyna. Nasiblah
sempat ditampung badannya daripada menghempap badan Nura Afyna.
“Sayang,
abang cintakan sayang. Terimalah abang seadanya” bisik di telinga Nura Afyna.
oleh: Anggerik Mekar

0 comments :
Post a Comment