Bab 13
BAB 13
Di pagi hari seperti hari-hari sebelumnya, namun kali
ini Nura Afyna berasa sangat letih. Tidak tahu sebabnya. Dia lantas bangun dari
katil dan masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan badannya. Suaminya
sedang menggosok baju kemeja untuk dipakai ke pejabat. Suaminya hanya memerhati
gelagatnya. Usai mandi, dia mencari pakaian untuk dipakai dan meneruskan niat
untuk solat subuh. Suaminya perasan akan perubahannya.
“Sayang
okay ke?” kata Ahmad Ilman ketika
memakai baju kemeja yang telah diseterikanya.
“Okay abang Man, cuma rasa lenguh sikit dekat
belakang badan ni” jawab Nura Afyna sambil mengurut-urut belakangnya.
“Selalu
ke macam ni?” tanya Ahmad Ilman sambil mendekati isterinya. Tangannya ligat
memakai tali leher di kolar baju kemeja.
“Jaranglah,
tapi pernah juga sakit sangat” kata Nura Afyna yang sudah bertelekung.
“Nak
abang urutkan” suaminya mempelawakan diri.
“Tak apalah Abang Man,
nanti sihatlah tu, Abang Man cepatlah siap nanti lambat pula nak punch card”
“Kalau sayang sakit,
bagi tahu lah abang ya, jangan sorok-sorok dari abang”
“Abang Man…ni sikit je, Abang Man jangan risau ya”
kata Nura Afyna sebelum menunaikan solat subuh.
Dia
pergi ke dapur setelah solat subuh. Dia menyiapkan sarapan untuk dimakan
bersama. Hari ini dia berfikir untuk memasak lain sedikit dari hari sebelumnya.
Aku masak telur masak setengahlah, mesti Abang Man suka, kata hatinya. Roti
disapu mentega dan dibakar, jadilah roti bakar. Telur pula hanya rendam
seketika di dalam air panas. Dah siap!, puas hatinya.
“Emm,
sedapnya bau” puji Ahmad Ilman sambil menghidu lembut aroma yang sudah
mengelilingi kawasan rumahnya.
“Memanglah
sedap. Isteri siapa…?” Nura Afyna mengiakan kata-kata suaminya sehingga terangkat bakul.
“Isteri
abanglah” sahut Ahmad Ilman manja. Mereka tersenyum seketika.
“Abang
Man makanlah dulu, Fyna nak masuk bilik sekejap” kata Nura Afyna apabila
suaminya sudah duduk di atas kerusi.
“Jangan
lama sangat, abang nak makan dengan sayang” kata Ahmad Ilman sambil tangannya
mengurut lengan isterinya.
Nura
Afyna masuk ke dalam bilik untuk mengambil baju kotor. Baju kotor dimasukkan ke
dalam mesin basuh. Dipulasnya sembilan puluh darjah di punat bahagian wash. Dia kembali duduk di meja makan
menemani suaminya bersarapan. Suaminya memintanya mencuit-cuit roti bakar
supaya mudah dimakan. Dia tahu suaminya ingin bermanja dengannya sebelum pergi
ke pejabat. Roti telah dicuit dan pinggan diletakkan kembali di
hadapan suaminya. Habis licin pinggan itu. Dia menghantar suaminya hingga ke
muka pintu dan bersalaman dengan suaminya.
“Abang pergi kerja dulu,
sayang kalau nak ke mana-mana, call
abang dulu” pesan Ahmad Ilman di depan pintu.
“Ya, Fyna akan call abang, Abang Man buat kerja dengan
ikhlas ya” sambut Nura Afyna sambil mengemaskan sedikit baju kemeja suaminya.
“Abang ikhlas, demi
hidup kita berdua” jawab Ahmad Ilman seraya mengusap bahu isterinya.
“Kirim salam dekat ayah ya”
“In
shaa Allah” Nura Afyna mencapai tangan suaminya lalu mencium dengan lembut.
Ahmad Ilman berlalu pergi meninggalkan Nura Afyna. Tangannya dilambai-lambai ke
arah isterinya tatkala dia sudah keluarkan kereta dari tempat parkir kereta.
Tengah hari ni, aku nak masak apa ya?, kata Nura Afyna
sendiri. Sebekas bawang besar tidak pernah diusiknya. Daun pun telah tumbuh di
badan bawang. Sememangnya, dia tidak pernah masak makanan-makanan berat.
Suaminya akan pulang waktu rehat dengan membeli lauk-pauk di luar. Paling mudah
yang pernah dia masak hanyalah telur mata kerbau. Selain itu, nasi goreng cina
dan nasi goreng kampung. Dia bukannya tidak tahu masak, tetapi takut tidak
menjadi. Emaknya memang pernah mengajarnya memasak tetapi dia belum mahir
sepenuhnya. Malulah kalau Abang Man rasa lauk yang tidak cukup rasa, bisik
hatinya. Belakangnya masih sakit. Aku senggugut ke ni?, katanya sendiri. Minyak
panas diambilnya di dalam kotak first
aids. Disapu-sapunya di bahagian yang sakit. Huh, lega sikit, katanya. Dia
tertidur di atas sofa sehinggalah suaminya pulang untuk makan tengah hari dan
solat zohor. Ahmad Ilman terkejut isterinya masih lena di ruang tamu. Dia
mengejutkan isterinya sambil belakang tangannya merasakan dahi isterinya. Panas
ni badan Fyna, kata hatinya.
“Sayang,
bangun sayang” kejut Ahmad Ilman.
“Oh
Abang Man, maaf, Fyna tertidur, tak sempat nak masak” kata isterinya apabila
tersedar daripada tidur.
“Tak
apa, abang dah beli lauk” katanya sambil menunjukkan beberapa bungkusan plastik
berisi lauk di tangan kanannya.
“Sayang
okay ke?” sambungnya.
“Fyna…aduh
sakitnya belakang” jawab isterinya sambil mengurut-urut belakang badannya. Dia
memimpin isterinya masuk ke dalam bilik. Isterinya mengerang kesakitan. Dia menjadi
tidak tentu arah. Kenapa dengan isteri aku ni sebenarnya, orang mengandung
macam ni ke?, tanyanya di hati.
“Abang
Man makanlah dulu, Fyna nak rehat, sakit lagi ni” Nura Afyna bersuara setelah
dirinya sudah baring di atas katil.
“Sayang..
bagi tahu abang, apa yang perlu abang buat sekarang ni, sayang sakit apa?” kata
Ahmad Ilman sementara duduk di sebelah isterinya.
“Mungkin
senggugut” jawab Nura Afyna dengan pandangan kosong.
“Senggugut?
Apa tu, penyakit orang mengandung ke?” Ahmad Ilman mengerutkan dahinya.
“Ish
abang Man ni, mana ada Fyna mengandung, sakit bila datang bulanlah abang Man,
tak pernah dengar ke?”
“Oh..
manalah abang tahu, dah abang anak tunggal, ibu pun meninggal sebelum abang
tahu apa-apa pasal perempuan. Habis tu macam mana ni?” tanya
Ahmad Ilman yang tidak memahami apa-apa pasal penyakit perempuan.
“Macam mana apa? Dah, dah pergi makan” jiwa kacau Nura
Afyna datang menerpa.
“Yalah
sayang” akur Ahmad Ilman. Orang kalau datang bulan memang suka marah-marah ya?,
desisnya.
“Sekejap..sekejap,
nanti beli pad ya, dah habis” kata Nura Afyna sebelum suaminya keluar dari
bilik.
“Pad?”
langkah Ahmad Ilman terhenti.
“Emm..
tuala wanita kalau bahasa bakunya, kalau boleh jenama Stayfree. Ingat tau stay
free, kekal bebas” terang isterinya sambil menunjukkan plastik bungkusan pad
jenama Stayfree.
Selesai
makan tengah hari dan solat zohor, Ahmad Ilman menjenguk isterinya yang sedang
baring di atas katil. Tadi, dahi dia panas, dah makan panadol ke dia ni?, tanya
hatinya. Dia lalu mengambil makanan dan minuman untuk melapik perut isterinya serta
sebutir tablet panadol dari peti ais. Dia masuk ke dalam bilik dan meletakkan
makanan di tepi katil.
“Sayang,
bangun sayang” kejutnya.
“Kenapa
abang Man, abang Man tak pergi kerja lagi?” sahut isterinya lemah.
“Lepas
sayang makan nasi ni dan makan ubat, baru abang pergi kerja”
“Fyna
tak larat abang, sakit sangat belakang badan ni”
“Tak
bolehlah macam tu, makan nasi ni sikit. Biar abang suap ya”
pujuknya. Nura Afyna cuba duduk dan bersandar di kepala katil. Beberapa suapan
dikunyahnya lemah. Badannya sedikit panas dek hormon yang tidak menentu ketika
menghadapi kehadiran darah haid. Setelah habis nasi di dalam pinggan, Ahmad
Ilman menghulurkan tablet panadol bersama segelas air kosong. Nura Afyna menelan
tablet panadol dengan sedikit sukar. Dia tidur kembali dan Ahmad Ilman kembali
ke pejabatnya untuk menyambung pekerjaaannya.
Waktu pulang dari pejabat, dia
singgah ke pasar raya untuk membeli tuala wanita. Aku nak beli benda ni?!,
getus hatinya. Tak boleh jadi ni, mana nak letak muka, sekali jumpa dengan
teman pejabat, sambungnya lagi. Dia melihat sekeliling, memastikan tiada sesiapa
yang mengunjungi lorong yang adanya pelbagai jenis jenama tuala wanita. Apabila
tiada sesiapa, dia memecut lari dan mancari jenama tuala wanita yang diminta
isterinya. Dicari-cari jenama ‘kekal bebas’ dan akhirnya dijumpainya di
tengah-tengah susunan rak. Hadapannya sekarang mempunyai tuala wanita jenama Stayfree
tetapi dia bingung untuk memilih. Sebabnya ada pelbagai jenis: wing, non-wing, maxi, slim, dan overnight. Apa aku nak pilih ni?. Otaknya ligat mengingati
bungkusan plastik yang isterinya tunjuk tadi. Namun, tiada apa-apa yang
terlintas di fikirannya. Kosong!. Lalu dia menelefon isterinya bertanyakan hal
itu. Isterinya hanya menjawab maxi.
Dia mencari pad seperti yang diperkatakan. Namun apabila dilihat pada bungkusan
pad, ada dua jenis iaitu maxi with wing dan
maxi no wing. Lagilah pening
dibuatnya. Susah-susah aku belilah dua-dua, kata sepakat di hatinya berkata.
Dia pulang ke rumah dan memberikan isterinya barang
yang diminta. Nura Afyna terkejut suaminya membeli dua bungkus tuala wanita
lantas berterima kasih kepada suaminya. Dia menyimpan kedua-dua jenis pad ke
dalam almari.
“Sayang,
kalau tak keberatanlah, apa bezanya” tanya suaminya sebelum membuka baju
kemejanya.
“Nak
tahu ni? Malulah” pipi Nura Afyna sudah membahang.
“Eh,
malu pula, nanti abang juga yang pening nak beli yang mana satu”
“Yalah-yalah, tapi
jangan beritahu orang lain ya”
“Maxi kalau banyak, slim
kalau sikit, wing pula kalau nak save
daripada terbocor, overnight untuk waktu malam, tu pun kalau terlalu banyak alirannya”
sambungnya.
“Oh..” Hakikat sebenarnya Ahmad Ilman tidak faham
langsung penjelasan daripada isterinya. Dia hanya mengangguk seolah-olah memahaminya.
“Tapi
kalau Fyna, Fyna selalu pilih maxi with
wing, sebabnya lebih selesa dan tak perlu risaukan pasal kebocoran. Jadi,
abang Man pilih je yang tu kalau Fyna minta tolong belikan, okay” tambah Nura Afyna lagi.
Usai
mandi, Nura Afyna bersiap-siap segala kelengkapan pejabat suaminya lalu ke
ruang tamu untuk menonton televisyen. Punat on/off alat kawalan jauh televisyen
ditekan. Televisyen terpasang cahayanya. Siaran TV3 sedang bersiaran. Dia menukar siaran ke
siaran TV2. Aiman Hakim tengah berlakonlah, bisik hatinya. Tersenyum-senyum dia
sendirian.
“Sayang,
apa yang senyum-senyum, part sedih
pun senyum?” tanya suaminya semasa mengambil tempat di sebelah isterinya.
“Tu
tengoklah siapa tengah berlakon, Aiman Hakim yang tengah berlakon, abang Man”
jawabnya pantas.
“Yang
mana satu, yang berjanggut atau yang pakai cermin mata hitam?” keliru Ahmad
Ilman melihat dua orang pelakon yang sedang melakonkan scene sedih.
“Ish,
abang Man ni” Nura Afyna mencubit peha suaminya. Ahmad Ilman tidak sempat mengelak. Dia mengeluh
kesakitan.
“Mestilah
yang pakai cermin mata hitam tu”
“Aduh,
sakitlah sayang. Kuatnya cubit” marah Ahmad Ilman manja.
“Siapa
suruh salah jawab. Sakit lagi ke?” lawan Nura Afyna. Namun, dia segera mengurut
tempat cubitannya tadi.
“Sakit
lagi” rengek Ahmad Ilman. Padahal sakitnya sudah hilang.
“Eii,
lembiklah abang Man” duga Nura Afyna.
“Apa?
Lembik. Suka hati je mulut dia mengata abang ya” balas Ahmad Ilman. Dia lantas
mengambil bantal kecil di sebelahnya lalu dilayangkan ke arah isterinya.
“Ni
dah kenapa? Nak berlawan ya? Sekejap” tanya Nura Afyna lalu tapak tangannya
ditunjukkan ke arah suaminya tanda berhenti seketika. Dia lantas mengambil
bantal kecil di sebelah kirinya.
“Cepatlah
maju!” cabar Nura Afyna. Belum sempat Ahmad Ilman memukulnya dengan bantal, dia
sudah berlari. Aku ni perempuan tahu, gumam hatinya. Ahmad Ilman mengejarnya
laju.
Nura
Afyna berlari-lari sambil menjerit-jerit keseronokan. Seronoknya lari-lari
dalam rumah ni, desis hatinya. Ahmad Ilman masih belum mendapatkan dia. Ahmad
Ilman siap acah-acah di sekeliling meja makan.
“Nak lari mana sayang?” Ahmad Ilman
menakut-nakutkannya untuk tidak ke arah kanan meja juga bukan ke kiri meja.
Nura Afyna lantas berlari ke arah belakangnya untuk menuju ke ruang tamu
semula. Nasib tidak menyebelahinya, tiba-tiba dia terpijak alat kawalan jauh
sehingga dia tergelincir. Ahmad Ilman yang berada di belakangnya segera
menangkapnya daripada jatuh ke atas lantai.
“Ahh!” jerit Nura Afyna semasa
dirinya tergelincir.
“Sayang!” Ahmad Ilman menjerit
sambil tangannya dilapangkan untuk menangkap isterinya.
Boom..
Kedua-duanya jatuh ke lantai. Namun,
Ahmad Ilman lagi sakit menahan badan isterinya dan hentakan tangannya ke lantai
ketika menampung badannya sendiri. Nura Afyna terus bangun daripada berada di
atas badan suaminya lalu mengangkat badan suaminya pula.
“Abang Man okay?” tanyanya setelah
suaminya telah dalam keadaan duduk di atas lantai.
“Aduh…Ini betul-betul sakit sayang”
mengeluh suaminya sehingga sesak nafas suaminya.
“Maaf, Fyna tak sengaja. Sakit dekat
mana abang Man?” Nura Afyna menjadi cemas. Tadi, aku terbaring atas badan dia,
mungkin badan dia yang sakit, fikir hatinya.
“Dekat dada ni sayang, tadi
terhantuk kepala sayang” balas Ahmad Ilman memegang dadanya. Riak mukanya tidak
bermain-main. Dia mengerang kesakitan.
“Biar Fyna ambil minyak” segera Nura
Afyna mengambil minyak angin dalam kotak first
aid. Dicari-carinya minyak angin di dalam kotak tetapi tidak dijumpainya.
Mana aku letak tadi?, bisik hatinya. Dia masuk ke dalam bilik dan akhirnya
menjumpai botol minyak angin di bawah sisi katil. Dia mengambil botol itu lalu
berlari ke arah ruang tamu.
“Abang Man, tunggu sekejap” jerit
Nura Afyna disaat dia berlari supaya Ahmad Ilman bersabar.
“Sayang, kalau ditakdirkan abang pergi dulu….” kata
Ahmad Ilman dengan lemah.
“Apa
abang Man ni? Janganlah cakap macam tu, Fyna sayangkan abang Man” tubir mata
Nura Afyna sudah bertakung. Tunggu masa nak menerjunkan diri sahaja. Tangannya
sudah membuka baju-T Ahmad Ilman. Terserlah setiap inci badan Ahmad Ilman. Dia
mula memegang dada Ahmad Ilman dengan tangannya.
“Dekat
mana sakitnya tu, Abang Man” diraba-rabanya badan Ahmad Ilman. Ahmad Ilman
sudah kegelian dengan sentuhan Nura Afyna namun disorokkannya di dalam hati.
“Sayang,
dekat sini sayang” Ahmad Ilman mencapai tangan Nura Afyna lalu dihalakan ke
jantungnya yang sedang berdegup kencang. Nura Afyna memandang suaminya. Mata
mereka bertentangan lama sehingga akhirnya Nura Afyna perasan akan
tindakan suaminya yang sudah
mempergunakannya.
“Abang
Man tipu ya!” sergah Nura Afyna.
“Tak
tipulah, jantung tu berdegup laju sebab sayang pegang dekat situ” helah Ahmad
Ilman sambil tersenyum-senyum.
“Habis
tu yang muka tersenyum-senyum tu dah kenapa?”
“Gelilah
sayang raba-raba abang. Dah macam nak goda pun ada. Nasiblah kuat lagi tahan
nafsu, kalau tak dah lama abang terkam” ketawa Ahmad Ilman meletus kuat. Nura
Afyna sudah tidak keruan. Tadi aku raba dia ke, tanya hatinya. Dia berdiri
untuk menjauhi Ahmad Ilman sebelum perkara lain terjadi.
“Sayang janganlah bangun lagi, siapa
nak sapukan minyak ni?” pujuk Ahmad Ilman setelah ketawanya berhenti.
“Sapulah sendiri” kata Nura Afyna lalu
melarikan diri ke arah dapur.
“Alaaahh” rungut Ahmad Ilman sendiri. Kenapa dengan
aku ni, tiba-tiba jadi gedik dengan Fyna, haha, ketawanya sendiri. Beginikah
rasanya sakinah dalam rumahtangga?, desis hatinya pula.
Dia
bangun untuk duduk di hujung sofa. Minyak angin disapunya
di atas dadanya yang sakit. Tak mengapa sayang, abang sakit sikit je ni kalau
kepala sayang yang terhentak dekat sini, bisik hatinya.
oleh: Anggerik Mekar

0 comments :
Post a Comment