Bab 18

Bab 18


BAB 18

Mana abang ni, sepatutnya hari ni abang balik, gusar hati Nura Afyna ketika menunggu suaminya di meja makan. Makan malam sudah disiapkannya. Dia menunggu suaminya untuk makan bersama. Sudah dua hari suaminya berada di Melaka meninggalkan dia bertiga dengan Fatehah dan Faiz. Hatinya sudah merindui suaminya. Kalaulah tiba-tiba suaminya berada di hadapan matanya saat ini, sudah pasti dia memeluk suaminya seerat-eratnya. Dia menyimpan semula makanan di dalam peti ais memandangkan waktu telah lewat. Dia hanya makan beberapa keping roti yang bersalut dengan mentega kacang.
Betapa rindunya dia kepada suaminya saat ini sehingga terlupa sudah lewat malam. Fatehah dan Faiz juga sudah pulang ke rumah selepas solat magribh. Banyak kerja rumah yang perlu disiapkan Fatehah di rumahnya, lebih-lebih lagi dia seorang sahaja anak perempuan yang Makcik Nor ada. Dia memasuki kamar mandi untuk mengambil wuduk sebelum tidur. Setelah selesai mengambil wuduk, dia naik ke atas tilam, membaringkan tubuhnya lalu menarik selimut menutupi badannya. Matanya masih belum mahu berehat. Asyik terkenangkan suaminya. Foto perkahwinannya yang berada di sebelah katil dilihatnya. Namun, matanya mula mahu dipejamkan apabila angin kipas di siling yang menghembus lembut menyenangkan badannya sehingga dia terlena.
Tuk..tuk..tuk..
Matanya terbuka. Terkejut dengan ketukan pintu di hadapan. Nura Afyna melihat jam di dinding sekilas. Jarum jam menunjukkan pukul tiga pagi. Dia agak gementar untuk melihat keadaan di ruang tamu. Malah menyembunyikan dirinya di dalam balutan selimut tebal berwarna merah lalu duduk di atas lantai sebelah katil.  Bunyi tapak kaki bergerak menuju ke kamar tidurnya. Tubuhnya sudah menggeletar. Seseorang telah memegang bahunya beberapa saat lalu memeluknya.
                        “Abang?” kata Nura Afyna apabila pelukan itu dirasanya seperti pelukan suaminya yang memberi ketenangan di hatinya.
Namun, tiada suara yang keluar daripada makhluk yang memeluknya. Pelukan dileraikan lalu dia membuka balutan selimutnya. Betul ke tekaan aku ni, gumam hatinya. Dia terkejut.  
                        “Abang, sayang rindukan abang!” katanya apabila melihat Ahmad Ilman sedang berdiri betul-betul di hadapannya lalu memeluk erat suaminya.
                        “Maaflah sayang, abang terlewat makan malam dengan sayang, waktu perjalanan tadi jalan raya begitu sesak”
                        “Takpe abang, yang penting abang selamat sampai” katanya dalam dakapan suaminya sambil menggosok-gosok belakang suaminya.
                        “Sayang tak tidur lagi?” kata Ahmad Ilman sambil meleraikan pelukannya dan memandang wajah isterinya yang masih segar.
                        “Sayang tunggu abang balik”
                        “Terima kasih sayang, abang letih ni, jom kita tidur”
            Menipu sedikit untuk mengeratkan hubungan tiada salahnya. Itulah yang Nura Afyna lakukan sekarang. Matanya segar bukan menanti kepulangan suami namun kerana ketakutan. Semasa menggigil, bermacam-macam di fikirannya. Ini semua kerana teringat-ingat cerita hantu yang pernah dia tonton di rumah maknya terutamanya cerita hantu Thailand yang bertajuk 3am.
Pada malam minggu yang turut menjadi minggu terakhir sebelum pasangan muda ini berjauhan, Ahmad Ilman mengajak Nura Afyna membeli makanan di pasar malam yang berdekatan dengan rumah mereka. Mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan menuju ke pasar malam. Saat Ahmad Ilman mencapai tangan isterinya untuk menggengam tangan, mereka tersenyum sesama sendiri. Bahagianya!, kata hati masing-masing. Tidak berdosa malah mendapat pahala kerana mengeratkan hubungan suami isteri. Nura Afyna seakan manja dengan suaminya apabila mereka melalui kawasan orang menjual belon.
                        “Abang, Fyna nak belon tu boleh?” tanya Nura Afyna sambil jari telunjuknya ditujukan ke arah beberapa belon.
                        “Boleh sayang. Belon yang mana satu, mesti yang bentuk love tu kan” duga Ahmad Ilman.
                        “Ya, nak yang warna merah” balas  Nura Afyna ceria.
                        “Ni dia, untuk sayang” Ahmad Ilman menghulurkan belon yang sudah dibelinya kepada isterinya.
                        “Terima kasih abang”
                        “Sama-sama sayang. Jom, kita cari makanan pula” ajak Ahmad Ilman memandangkan makanan belum dibeli mereka lagi.
            Mereka meneruskan berjalan kaki sekitar pasar malam. Malam itu penuh keriangan, Malam sebelum bertolak ke UPM di Serdang, Selangor. Mereka akan pergi ke Selangor awal pagi. Pendaftaran pelajar asasi bermula jam lapan pagi sehingga satu petang. Selesai membeli kebab ayam, roti sosej dan air soya, mereka pulang ke rumah. Makanan yang dibeli tidaklah banyak, cukuplah sekadar hidangan untuk dua orang. Mereka pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Mereka sempat juga berbual-bual semasa menuju ke rumah. Sesungguhnya hati mereka benar-benar sudah serasi. Sepanjang perjalanan, mereka hanya diterangi cahaya-cahaya jingga daripada lampu jalan. Mereka tidak menghiraukan jiran-jiran tertangga semasa bergurau senda seakan-akan jalan itu mereka yang punya.
                        “Abang, nak dengar satu cerita tak?” tanya Nura Afyna semasa dalam perjalanan.
                        “Cerita apa? Macam menarik je” balas Ahmad Ilman sambil keningnya diangkat sedikit.
                        “Cerita kura-kura dan siput” ringkas jawab Nura Afyna.
                        “Nak..nak. Macam menarik je” kata Ahmad Ilman dengan bersemangat.
                        “Macam ni ceritanya, dulu ada suatu kampung ni, arnab dan kura-kura berlumba. Mereka berlumba dan akhirnya arnab yang menang. Kura-kura tu apalagi kan, dia frust sebab kalah. Jadi dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan siput. Siput ni nak melintas jalan tapi dia takut. Kura-kura yang melihatnya rasa kasihan, jadi dia pun tolonglah siput tu” Nura Afyna memulakan ceritanya dengan bersemangat. Ahmad Ilman khusyuk mendengarnya.
                        “Bila dah sampai ke destinasi yang ditujui, siput ni kata terima kasih dekat kura-kura. Abang tahu sebab apa?” sambungnya lagi.
                        “Sebab dah tolong siput tu” ringkas jawab Ahmad Ilman.
                        “Selain tu?” tanya Nura Afyna lalu memberhentikan kakinya daripada terus berjalan apabila sudah berada di hadapan pagar rumahnya. Ahmad Ilman juga berhenti lalu memandang Nura Afyna.
                        “Sebab dia gembira kura-kura bawa laju” balas Ahmad Ilman gembira. Serentak mereka ketawa.
                        “Macam mana abang tahu ni?” kata Nura Afyna seakan-akan merajuk.
                        “Abang dah dengar cerita ni, cuma abang saja nak tengok sayang berceloteh, jadi apa pengajarannya?”
                        “Pengajarannya walaupun kura-kura tu jalan lambat, namun masih ada lagi yang lambat iaitu siput. Dan apa yang ingin disampaikan kepada kita sebagai manusia, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada sebab walaupun kita serba kekurangan, masih ada lagi yang lebih kekurangan daripada kita atau kata lain setiap manusia ada kelebihannya”
                        “Pandai pun sayang, sayang bersyukur tak sekarang?” puji Ahmad Ilman.
                        “Syukur abang, alhamdulillah Allah kurniakan sayang dengan suami yang baik dan penyayang. Abang masih take care dengan sayang bila kita berjauhan?” duga Nura Afyna.
                        “Walaupun sayang jauh, sayang selalu ada di hati abang” kata Ahmad Ilman sambil tangannya menunjuk ke arah dadanya.
            Nura Afyna hanya memandang suaminya saat suaminya berkata demikian. Abang juga ada di hati sayang, jawabnya dalam hati. Dia tersenyum lalu tertunduk. Ahmad Ilman membuka pintu dan memberi salam. Walaupun tiada sesiapa di rumah, dia yakin salamnya dijawab oleh malaikat yang menjaga rumahnya saat dirinya dan isterinya keluar.
            Makan malam yang terakhir sebelum berjauhan adalah masa yang terpenting buat mereka berdua. Sesaat pun tidak dilepaskan begitu saja. Mereka menikmati juadah sambil menonton televisyen. Cerita menarik bersiaran di saluran TV3 setiap hujung minggu. Mereka berkongsi makanan. Sekejap Ahmad Ilman menyuapkan makanannya ke dalam mulut isterinya, sekejap Nura Afyna pula berbuat begitu.
            “Abang, Sayang tak pernah lagi merasai kegembiraan seperti hari ini” ucap Nura Afyna ketika menuangkan air soya ke dalam mugnya dan mug suaminya.
            “Betul ke sayang? Abang juga sayang dan kegembiraan hari ini tidak akan berakhir sehingga 12 malam ni tapi akan berterusan sehingga akhir hayat kita” balas Ahmad Ilman lantas meneguk air soya.
            “Boleh ke abang? Bukankah kita tidak tahu apa yang berlaku pada esok hari?” duga Nura Afyna. Riak wajahnya risau sekali.
            “Sayang, memang kita tidak tahu apa yang akan terjadi dekat kita di hari akan datang tapi kita kena sentiasa bersangka baik, barulah hidup kita ni lebih bermakna”
            “Tapi… Sayang takut, kalau Sayang jauh dari abang, boleh ke kita jaga cinta kita” Nura Afyna tertunduk sedih.
            “Sayang jangan takut, yang menjaga cinta ni sebenarnya bukan abang tapi Allah yang jaga cinta kita. Abang hanya usahakan untuk tetap menjaga cinta kita. Kita boleh hadapinya sayang selagi kita bersangka baik. Dah, jangan risau-risau lagi ya” nasihat Ahmad Ilman.
Selepas mereka mengemas tempat makan, Ahmad Ilman membantu isterinya mengemas barang-barang untuk dibawa ke universiti. Beberapa helai baju dan kawan-kawannya dimasukkan ke dalam beg tarik. Sebelum mengezip bag, Ahmad Ilman memberikan hadiah kepada isterinya. Sekotak hadiah kemas dibalut. Nura Afyna suka akan hadiah itu, teringat masa mula-mula perkenalan, cara suaminya memujuk dirinya apabila berasa bersalah. Dia menyimpan hadiah itu ke dalam begnya. Ahmad Ilman hanya membenarkan dia membukanya apabila sudah berada di universiti.
Keperluan lain seperti pinggan mangkuk, buku-buku rujukan, alatan mandi, kasut, dan alatan tidur diletakkan di dalam beberapa kotak. Dokumen-dokumen penting seperti dokumen pendaftaran, filem x-ray, sijil dan buku pelajar UPM diletakkan didalam beg galas kecuali filem x-ray yang besar sampulnya. Mereka mengemas barang-barang keperluan sehingga jam sudah pukul dua pagi.
“Kenapa tak tidur lagi ni?” tanya Ahmad Ilman semasa mereka sudah siap untuk tidur.
“Tak boleh tidurlah abang” jawab Nura Afyna lembut.
“Kenapa pula? Masih takut?” pujuk Ahmad Ilman. Nura Afyna menganggukkan kepalanya.
“Mari kita baca selawat sama-sama. Baca selawat boleh buat kita rasa tenang” kata Ahmad Ilman lalu dia dan isterinya bersama-sama selawat ke atas Rasul. Akhirnya, mereka terlena di saat membaca selawat.
Kring…Kring…
Bunyi loceng yang didengari Ahmad Ilman ditutup. Jam sudah pukul 5.30 pagi. Walaupun hanya dapat tidur beberapa jam sahaja, badannya berasa segar. Dia mengejutkan isterinya yang masih lena.
“Sayang, bangun” kejutnya.
Mata Nura Afyna dipisat-pisat sebelum matanya sepenuhnya terbuka. Dia juga berasa segar lalu masuk ke dalam kamar mandi. Ahmad Ilman pula mengemaskan katil dan apabila dia membuka laci disebelah katil. Dia menjumpai surat yang ditulisnya tempoh hari. Fyna tidak mahu membawanya?, bisik hatinya.



0 comments :

Post a Comment