Bab 2
BAB 2
“Assalamualaikum” Ahmad Ilman memulakan perbualan dengan Nura Afyna dalam talian.
“Wa’alaikumussalam. Siapa ni?” balas Nura Afyna dengan sedikit getar.
“Saya ni Fyna, Ahmad Ilman” jelas Ahmad Ilman dengan penuh keterujaan.
“Ilman mana ni? Saya tak kenal” ligat fikiran Nura Afyna cuba mengingati nama itu.
“Takkan baru seminggu tak jumpa, dah lupa. Saya tak mahu panjangkan lagi perbualan ni, satu je tujuan saya telefon ni. Saya nak ajak Fyna makan petang ni. Sudi tak Fyna?” jam di tangan dikerlingnya. Sudah pukul sepuluh pagi. Dia perlu menghadiri mesyuarat.
“Jap, jap. Ni Ilman, pekerja ayah tu ye. Siapa bagi nombor telefon ni? Nak jumpa? Dekat mana?” jantung Nura Afyna sudah berdegup kencang. Malunya tak ingat nama tunang sendiri!.
“Yalah, siapa lagi kawan lelaki yang Fyna ada sekarang? Bukan saya seorang ke? Jumpa dekat kedai makan taman rumah Fyna, Restoran Palma. Pukul lima petang ni” sedikit tawa Ahmad Ilman terlepas. Sudah pasti hanya Ahmad Ilman kawan lelaki yang Nura Afyna ada sekarang.
“Okay” balas Nura Afyna ringkas sebelum mematikan talian. Dia ingat aku apa, gelak-gelak. Suka sangat ke usik aku ni, rengus Nura Afyna dalam hati.
Walaupun Nura Afyna hanya membalas ringkas, itu sudah cukup membuat hati Ahmad Ilman menjadi bertambah gembira. Dia menyambung semula kerjanya yang berbaki di komputer mejanya. Terpancar riak kegembiraan di wajah Ahmad Ilman sehingga orang yang duduk di hadapannya perasan perubahannya. Zulfahmi sudah dapat meneka perkara yang bermain di minda kawan baiknya itu.
“Kalau dah suka tu, tak payahlah tunjuk depan aku. Pukul berapa kau nak jumpa dia, nak aku temankan?” kata Zulfahmi sambil menepuk bahu Ahmad Ilman.
“Kau tak payah susah-susah ikut aku, nanti kau pula kebas tunang aku” Ahmad Ilman mengalihkan pandangannya di skrin komputer ke arah Zulfahmi.
“Aku bergurau je, nampak sangat kau sayang sangat dekat dia ya”
“Mestilah. Dah, jom kita pergi mesyuarat, nanti tak pasal-pasal dimalukan bakal bapa mentua pula nanti” serentak mereka ketawa.
Suasana di bilik Nura Afyna begitu suram. Dia masih trauma dengan peristiwa itu. Langsir-langsir di dalam biliknya tidak diselaknya. Hatinya menjadi tidak keruan. Apa yang akan kawan-kawan katakan ya bila dapat tahu aku akan berkahwin?, kata hatinya. Jam di tangan telah menunjukkan pukul empat petang, dan lagi sejam, temu janji pertamanya dengan Ahmad Ilman akan menjadi sejarah dalam hidupnya. Dia tidak tahu latar belakang lelaki yang tua enam tahun daripadanya. Selama ini, dia tidak pernah terfikir untuk menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Sungguhpun tidak menyukai Ahmad Ilman, hatinya tetap berdebar-debar untuk menemuinya.
“Mira, nanti teman Kak Fi jumpa Abang Ilman ye, kakak gementarlah” dia memecahkan kesunyian di dalam bilik.
“Boleh je, nanti bolehlah Mira ngorat Abang Ilman sekali”.
“Orang suruh teman, dia nak ngorat pulak. Mana boleh, Ilman tu kakak yang punya, tengok jari ni dah ada cincin tunang” jarinya dibelek-beleknya.
“Ceh-ceh , hari tu kata tak sukalah tak cintalah, sekarang ni dah macam kakak yang punya, Mira pun tak nak Abang Ilman tu. Dekat sekolah Mira ada yang lebih handsometau, lebih baik pilih mereka daripada Abang Ilman,” ketawa Syamira meletus.
“Dah, dah. Tolong pinkan di belakang tudung ni” katanya sambil menggayakan selendang birunya.
Nura Afyna berjalan beriringan dengan Syamira. Dia memerhati keadaan sekeliling kedai makan. Kelibat Ahmad Ilman tidak ditemuinya. Dah pukul berapa ni? Tak punctual betul?, rungut hati Nura Afyna. Dia mencari tempat duduk yang kosong tetapi tidak ditemuinya.
“Assalamualaikum” sapa seorang lelaki dari arah belakang mereka.
“Waalaikumussalam” serentak Nura Afyna dan Syamira menyahut ucapan salam.
“Eh, Abang Ilman rupanya” tegur Syamira apabila memalingkan wajahnya ke belakang.
“Maaf ya, jomlah kita ambil tempat dulu. Dekat situ” pelawa Ahmad Ilman kepada mereka sambil jari telunjuknya menunjukkan tempat yang baru sahaja ditinggalkan pelanggan Restoran Palma. Ahmad Ilman berjalan dahulu barulah Nura Afyna dan Syamira mengikut dari belakang.
Nura Afyna yang berbaju kurung tersipu malu, nasib baiklah ada Syamira sebagai peneman. Kalau tidak sudah lama dia menjerit kesukaan. Apa tidaknya, penampilan Ahmad Ilman yang berkemeja kemas, kacak plus bersopan santun telah memikat hatinya yang dahulunya keras seperti batu. Sememangnya sewaktu lelaki itu meminangnya, matanya agak kabur kerana terlupa memakai kanta lekap. Bila berjumpa untuk kali kedua, barulah terserlah keelokan wajah Ahmad Ilman. Rasa marahnya tadi terus hilang. Cis! Tak apa, hari ni hari kau, esok-esok jangan harap aku nak mengalah.
Dia duduk bertentangan dengan tempat duduk Ahmad Ilman. Secara tidak sengaja, mata mereka bertelagah. Secepatnya dia mengalihkan pandangan ke arah tempat duduk adiknya. Syamira tersenyum-senyum melihat gelagat kakaknya yang malu-malu kucing itu.
“Fyna hari ni cantik sangat” Ahmad Ilman memulakan perbualan. Pujiannya benar-benar membuat pipi Nura Afyna kemerahan.
“Biasa-biasa saja” balas Nura Afyna tanpa memandang wajah Ahmad Ilman.
“Nak order apa, saya belanja Fyna dan kawan Fyna hari ini”
“Eh, ni adik Fyna, Syamira namanya” katanya sambil menggosok-gosok bahu Syamira. Syamira hanya tersenyum.
“Oh, sorry ya Syamira”
“Tak apa, dah biasa kena macam ni, Kak Fyna nilah dah tak tinggi-tinggi lagi, kan dah sama tinggi” selamba Syamira mengejek kakaknya.
“Oh, nak kena ya” Nura Afyna sudah mula melayangkan tangannya tanda hendak mencubit Syamira. Ahmad Ilman tiba-tiba tergelak besar. Gelagat adik-beradik ini memang lucu bagi Ahmad Ilman. Syamira dan Nura Afyna terkejut lantas melihat Ahmad Ilman serentak.
“Lawaklah Syamira dengan Fyna ni” kata Ahmad Ilman apabila dua beradik seakan serius melihatnya.
“Abang Ilman kena tahu yang Kak Fi ni garang orangnya, Jadi, hati-hatilah ya” kata Syamira sambil tergelak. Nura Afyna sudah tertunduk malu. Siaplah kau Mira malam ni.
“Tak adalah, abang Ilman rasa Kak Fi kamu ni penyayang orangnya” Ahmad Ilman cuba menyebelahi Nura Afyna. Nura Afyna yang mendengarnya terus berlembut hati dan mengangkat mukanya memandang Ahmad Ilman. Ahmad Ilman tersenyum. Umpannya mengena. Nura Afyna pasti akan aku miliki.
“Jomlah kita pesan makanan, nanti lambat pula dapat makan. Nak makan apa? Ilman belanja hari ni” Ahmad Ilman membelek buku menu yang diberikan oleh pelayan restoran. Sisa-sisa makanan pelanggan sebelum mereka sudah diangkat dari meja.
“Betul ke nak belanja ni, tak sia-sia Mira teman Kak Fi” serentak mereka bertiga ketawa.
“Fyna dan Mira nak kuetiau goreng dan ais sirap” kata Nura Afyna setelah berbisik dengan adiknya.
“Okay! Nanti saya orderkan” Ahmad Ilman menyambung bicara.
Pelayan restoran tiba di meja mereka untuk mengambil pesanan. Ahmad Ilman memberitahu makanan dan minuman yang ingin dipesan. Setelah itu, pelayan restoran meninggalkan mereka. Ahmad Ilman menerima panggilan daripada Encik Fadhli. Dia mengangkat panggilan itu setelah memandang Nura Afyna dan Syamira silih berganti tanda hormat dengan dua orang perempuan di hadapannya.
“Assalamualaikum Ilman, Fyna ada dengan kamu ke?” suara Encik Fadhli kedengaran dari speaker telefon.
“Wa’alaikumussalam tuan. Ya, saya sedang makan bersama anak-anak tuan ni.”
“Oh, jaga baik-baik ya Ilman, nanti jangan balik lewat”
“Baik tuan, saya akan hantar mereka terus selepas habis makan. Terima kasih tuan” Talian dimatikan setelah memberi salam.
“Maaf ya, tadi bapa Fyna yang telefon, dia suruh saya jaga awak berdua, jangan risau ya”
“Ayah yang telefon! Wow, so amazing” Syamira mencelah. Nura Afyna hanya tersenyum.
“Dulu saya tak sempat menyatakan rasa cinta saya kepada Fyna” Ahmad Ilman bersuara memecahkan kesunyian beberapa minit yang lalu.
“Fyna tak pernah menemui Ilman sebelum ini, bagaimana Ilman boleh jatuh hati kepada Fyna?”
“Mungkin Fyna tak perasan waktu tu, waktu kita pergi rombongan ke Karnival MAHA tahun lepas” Ahmad Ilman cuba mengembalikan ingatannya.
“Ada ya? Tak perasan pun” kata Nura Afyna dengan sambil lewa.
“Betul, kalau tak percaya tengoklah gambar ni, saya curi-curi tangkap hari tu” Beberapa keping gambar dikeluarkan daripada beg galas berwarna biru tua. Nura Afyna hanya tersenyum. Tak sangka ada juga yang berminat dengan aku ni, guraunya di hati.
“Dah percaya? Betul kan tu Fyna?”
“Yalah, memang tu Fyna lah”
Mereka bercerita tentang hal-hal kecil dan tidak ada kena mengena dengan hari perkahwinan yang bakal mereka tempuhi. Percakapan Ahmad Ilman begitu lancar berbanding Nura Afyna. Setiap hari dia berkomunikasi dengan kawan-kawan sepejabat. Nura Afyna pula hanya duduk di rumah dan keluar belajar memandu kereta dua hari seminggu. Setelah berbual-bual, dia sudah mula mesra dengan tunangnya tetapi dia perlukan masa untuk menerima semua ini.
Ahmad Ilman menghantar Nura Afyna dan Syamira pulang ke rumah. Ketika mereka tiba di rumah, jam telah lewat senja. Ahmad Ilman menumpang rumah tunangnya untuk menunaikan solat Magribh. Encik Fadhli menjadi imam, mengetuai solat Magribh bersama makmum-makmumnya, Ahmad Ilman, Nura Afyna, Syamira dan Puan Mahirah. Selesai solat, Ahmad Ilman meminta diri untuk pulang.
“Terima kasih tuan, terima kasih makcik, saya minta diri dulu ya” Dia bersalaman dengan Encik Fadhli dan Puan Mahirah.
“Sama-sama, lain kali datanglah jenguk kami dekat rumah ni” kata Puan Mahirah.
“In shaa Allah makcik, saya akan melawat selalu bila ada kelapangan” balas Ahmad Ilman lalu meninggalkan perkarangan rumah Encik Fadhli.
Sebelum masuk ke dalam kereta, dia sempat mengukir senyuman kepada Nura Afyna. Nura Afyna yang menyedarinya sudah berbunga-bunga hatinya serta tersipu malu namun pada waktu yang sama hatinya berasa geram. Aku tahu yang aku akan bergelar isteri kepadanya tapi tak perlulah sampai nak tunjuk kemesraan depan emak dan ayah, dengusnya. Emak dan ayahnya mungkin sudah berfikir lain mengenai hubungannya. Bukan semudah itu untuk dia menerima seratus peratus Ahmad Ilman. Lelaki itu perlu menggunakan cara lain untuk menambat hatinya. Hati ini sungguh berharga untuk dimiliki.
Ahmad Ilman memandu keretanya hingga tiba di rumahnya. Setelah memakir kereta, pintu pagar ditutup rapat. Pintu dibuka dan dia memandang bapanya sedang membaca al-Quran di ruang tamu. Dia tidak mahu mengganggu bapanya yang sedang khusyuk membaca kalam suci itu. Lantas, dia ke biliknya untuk berehat. Masuk sahaja di dalam bilik, dia merebahkan dirinya di atas katil. Gembiranya dapat jumpa kekasih hati, dia tersenyum sendirian sehingga mengelamun entah ke mana.
“Ilman, ke depan sekejap” sahut Encik Hafizuddin melenyapkan lamunannya.
“Ya bapa” dia menyahut kata bapanya.
“Kamu lihat ni, macam-macam terjadi sekarang ni” Encik Hafizuddin menghulurkan surat khabar kepada Ahmad Ilman. Berita utama dilihatnya. Gambar seorang lelaki yang digari tangannya oleh polis atas kesalahan memperkosa teman pejabat sendiri tertera di dada akhbar. Ahmad Ilman menggeleng-geleng kepalanya sendiri. Apalah dosa perempuan tu sampai lelaki tu sanggup perkosa teman pejabat sendiri, katanya dalam hati.
Ahmad Ilman mengembalikan surat khabar kepada bapanya semula. Dia duduk di sebelah bapanya dan menyandarkan dirinya di kepala sofa. Tangannya disilangnya di atas perut menandakan dia tertutup untuk mendengar apa-apa pandangan daripada bapanya.
“Ilm, dengarlah nasihat bapa ni” kata Encik Hafizuddin sambil mengalihkan tangan Ahmad Ilman daripada terus berpeluk tubuh.
“Apanya bapa? Ilm letih sekarang ni, malas nak fikir apa-apa” katanya dengan nada yang mendatar.
“Bapa nak pesan dekat kamu ni, bila keluar dengan Fyna, kau ingatlah kata-kata bapa ni. Perempuan itu memang tercipta untuk lelaki, sebab itu lelaki akan tertarik dengan perempuan. Tapi, dalam keadaan sekarang, macam-macamlah godaan yang akan datang. Benda kecil pun boleh buat kamu tergoda. Percayalah, tatkala belum ada hubungan yang halal, kita dah rasa nak buat sesuatu yang tidak sepatutnya. Teringin buat inilah, buat itulah. Jadi, bila kau ada rasa nak buat sesuatu yang memalukan maruah kamu, secepatnya beristighfar dan hormatilah perempuan seperti kamu menghormati ibu kamu dulu” panjang bapanya memberi nasihat. Ahmad Ilman hanya mengangguk. Dia tahu bapanya mahu dirinya menghargai seorang wanita seperti bapanya menghargai arwah ibunya.
“Bapa, Ilm faham perasaan bapa, Ilm pun akan jaga Fyna seperti bapa menjaga ibu dulu, in shaa Allah Ilm akan jaga hubungan Ilm dengan Fyna sehingga Ilm sah jadi suami dia” Ahmad Ilman masuk kembali ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat insyak bersama bapanya.
Nura Afyna meneliti gambar-gambar yang diberikan oleh Ahmad Ilman petang tadi. Sekeping gambar demi sekeping gambar dilihat dengan teliti. Sudut gambar okay, pencahayaan pun okay, paling cantik model dialah, sebab tulah semuanya nampak okay, gelaknya dalam hati. Gambar-gambar itu dilekatkan di dinding menghiasi biliknya yang sudah suram seminggu yang lalu. Sekarang biliknya menjadi ceria seperti hati si pemilik bilik. Kenapa hati aku rasa tenang bila lihat dia tadi?, desis hatinya.
Lagi beberapa hari, Nura Afyna akan menghabiskan kelas memandunya. Aku mesti dapatkan lesen kereta ni, kalau tak sia-sialah cuti aku ni, dah lah aku tak kerja, asyik goyang kaki je dekat rumah ni, nekadnya. Kelas memandu yang sudah sebulan dilaluinya telah membuat Nura Afyna lebih berani daripada sebelumnya. Perempuan pun ada kuasa tahu, bukan lelaki saja, bebelnya pula.
“Teha, jadi ke nak datang malam ni” tanya Nura Afyna kepada sepupunya melalui talian video Skype. Memandangkan mereka belajar memandu kereta dengan cikgu yang sama, jadi mudahlah untuk cikgunya nanti mengambil mereka di satu tempat sahaja.
“Jadi Fyna, sekejap lagi mak aku hantar aku. Sementara tu bolehlah kau kemas bilik kau dulu. Tak adalah aku jadi free maid kau nanti.” kata Fatehah dengan nada serius. Namun, tawanya meletus tidak sampai seminit kemudian.
“Perli ye, nanti siap kau” Nura Afyna sudah berang namun dirinya juga ketawa. Memang aku macam tu pun, suka ambil kesempatan dengan orang terdekat, bisiknya.
Beberapa minit setelah menutup aplikasi Skype di telefonnya, Fatehah datang ke rumahnya. Nura Afyna menunggu di ruang tamu menyambut kedatangan Fatehah. Huluran tangan Nura Afyna untuk bersalam dengan Fatehah, disahut oleh Fatehah dengan baik.
“Lain macam je kau malam ni, sudah-sudahlah salam tangan aku ni, aku nak masuk tidurlah” kata Fatehah apabila Nura Afyna menggenggam tangannya lama.
“Ingat semudah tu aku nak lepaskan kau sebab perli aku tadi”
“Eleh, relaxlah, aku gurau je pun dengan kau, yelah aku minta maaf” Nura Afyna hanya mendengar dan berbuat muka apabila Fatehah meminta maaf kepadanya.
oleh: Anggerik Mekar

0 comments :
Post a Comment