Bab 21
BAB 21
Pekerjaan Ahmad Ilman berjalan seperti biasa. Namun
hatinya sentiasa rindukan kehadiran Nura Afyna di sisinya setiap kali hendak
merebahkan diri untuk tidur. Jarak yang jauh membuat hatinya bertambah rindu.
Setiap hari dia menanti panggilan telefon daripada isterinya. Dia juga menanti
kata-kata semangat yang membarakan lagi api cinta di hatinya. Seringkali dia
melihat foto isterinya yang berada di atas laci sebelah katil. Sungguh ayu lagi
manis senyuman isterinya. Membuat jiwanya tenteram setiap kali bersama
isterinya. Rasa cintanya terhadap Nura Afyna menanamkan rasa tanggungjawabnya
sebagai seorang suami. Tanggungjawabnya untuk melindungi isterinya serta
memberi nafkah zahir dan batin.
Cinta
itu bukanlah melemahkan malah menguatkan lagi seseorang itu. Walaupun kerjanya
semakin hari semakin meningkat, dia mampu menguruskannya dengan lancar. Sudah dua
minggu dia tidak bersua muka dengan isterinya. Setiap malam pasti dia
mengirimkan mesej kepada isterinya.
+Assalamualaikum, Abang rindukan Sayang
- Wa’alaikumussalam, Sayang juga rindukan abang
Semenjak berjauhan dengan isterinya, jarang sekali dia
makan di rumahnya. Kekadang dia ke rumah bapanya menemani bapanya makan malam.
Tapi kebanyakannya dia akan makan di luar bersama-sama kawannya yang masih
bujang terutamanya Zulfahmi.
“Kau ni kenapa? Asyik termenung je aku tengok?”
Zulfahmi membuka ruang bicara.
“Faham-faham je lah” jawab Ahmad Ilman seperti acuh
tidak acuh.
“Sebab Fyna?”
“Eh..eh.. tak lah, soal isteri tu personal lah nak kongsi dengan kau. Ni soal lain” katanya dengan sedikit
berbelit. Sebenarnya perkara yang difikirkannya ialah isterinya.
“Habis tu, sebab projek yang baru kau dapat tu?” duga
Ahmad Ilman.
“Lebih kurang macam tu lah, Zul” jawab Ahmad Ilman
dengan pandangan kosong.
“Mula-mula tu memang susah nak hadapkan projek sungai
tu, tapi bapa mentua kau kan ada, apa susah?” kata Zulfahmi lalu tangannya
menepuk kecil meja kedai makan yang mereka lewati. Ahmad Ilman hanya
menganggukkan kepalanya lalu dia menghirup teh panas yang sudah sejuk sedikit.
Banyak masa dihabiskan di pejabat untuk menyiapkan projek
yang baru diterimanya. Kalau aku duduk rumah pun, bukannya ada sayang yang akan
hiburkan hati aku ni, desis hatinya. Projek Sungai Kinta yang paling kompleks
antara projek-projek sebelum ini. Pelbagai sudut projek perlu dititikberatkan
olehnya. Nasihat kawannya itu ada benarnya. Minta nasihat daripada orang yang
sudah sebati dalam bidang jurutera adalah langkah yang strategik untuk
menyelesaikan masalah. Lebih-lebih lagi orang itu merupakan ayah mentuanya yang
tidak asing langsung baginya. Projek ini memerlukan perincian yang lebih
daripada yang lain. Dia berada di bawah bahagian sumber air dan hidrologi sudah
masuk tiga tahun. Tiga tahun jugalah dia sudah mengenali bapa mentuanya. Pahit
getir dalam merealisasi sesuatu projek sungai dirasai bersama. Dia menemui
Encik Fadhli dan berbincang dengannya mengenai projek itu. Memang susah diakui ayah
mentuanya.
“Projek
ini bila dirasmikan?” kata Encik Fadhli dengan serius ketika menantunya sudah
duduk di kerusi hadapannya.
“Lagi
sebulan ayah, tapi Ilman buntu” kata Ahmad Ilman dengan begitu cermat.
“Apa
gunanya kamu belajar dekat universiti kalau kamu tak dapat handle projek ni?” tanya Encik Fadhli dengan dahinya sedikit
berkerut.
“Maaf
tuan, saya akan cuba” lemah suara Ahmad Ilman berkata kepada ayah mentuanya.
“Panggil tuan pula, ayah
bukan nak marah Man cuma Man kena semak balik buku-buku engineering tu, tu aje” nasihat Encik Fadhli lalu suaranya
diperlahankan sedikit.
“Oh, ingatkan marah.
Serius semacam ayah tadi, baik ayah, Ilman balik rumah dulu ya” kata Ahmad
Ilman dengan riak wajah lega lalu bersalaman dengan ayah mentuanya.
Selesai solat asar, dia mencari
buku-buku kejuruteraan awam yang pernah disimpannya dahulu di dalam rak buku.
Sudah berhabuk buku-buku tersebut. Akhirnya ditemuinya buku yang dicari. Buku
yang setebal 510 muka surat dibukanya. Halaman muka surat untuk perkara
berkaitan dengan projek dicarinya di bahagian kandungan muka surat. Satu per
satu baris ayat dibaca sehingga terleka matahari sudah terbenam di ufuk barat. Dia berhenti seketika untuk beribadat. Setelah selesai
dia membancuh minuman koko untuk diminum. Masa berlalu begitu pantas, dia
tertidur di ruang tamu beralaskan lengan semasa menelaah buku tersebut.
Nura
Afyna merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku dalam hidupnya. Kenapa
Hazmi hadir semula dalam hidup aku? Aku tak nak jumpa dia lagi, aku takut cinta
aku pada dia datang kembali, bisik hatinya. Nura Afyna mengumpul kekuatan untuk
membina tembok di hatinya supaya hanya cintanya kepada lelaki yang bernama
suami yang ada dalam hatinya. Tiada lagi lelaki lain yang boleh menyentuh
hatinya.
“Assalamualaikum
abang, abang sibuk ke sekarang ni?” sapa Nura Afyna ketika panggilan telefon
diangkat suaminya.
“Wa’alaikumussalam
sayang. Sibuk jugalah sekarang ni. Sayang call nanti ya” duga Ahmad Ilman lalu
dibuat suara malas.
“Oh… okaylah” rajuk Nura Afyna seakan-akan mahu menutup talian telefon.
“Eh.. sekejap, sekejap. Janganlah
macam tu Sayang, kalau untuk Sayang, abang tak sibuk” seloroh Ahmad Ilman
sebelum isterinya sempat menutup talian telefon.
“Ingatkan abang dah tak sudi nak cakap
dengan sayang, yalah orang tu dah ada yang menemani dekat sana” rajuk Nura
Afyna lagi.
“Ish sayang ni,
mana ada siapa-siapa dekat sini. Tak baik cakap macam
tu. Ucapan itu satu doa, sayang. Betul-betul ada nanti baru tahu” pujuk Ahmad
Ilman lalu dia sengaja mengugut isterinya.
“Berani
ke?” jelas suara Nura Afyna seakan-akan mahu mengugut suaminya pula.
“Emm, tak naklah cakap pasal ni.
Pelajaran sayang macam mana? Lancar ke?” helah Ahmad Ilman.
“Alhamdulillah okay. Abang pula
kerja macam mana? Rumah macam mana? Makan minum macam mana?” kata Nura Afyna
manja sambil jarinya bermain-main di atas meja belajarnya. Nasiblah Athirah tak
balik kelas lagi, bolehlah aku manja-manja dengan abang, desis hatinya.
“Amboi banyaknya soalan. Caring habislah ni ya sayang? Kerja tu
sedikit terganggu sebab balik rumah tak boleh nak hon macam dulu, masuk pagar
pun tak ada siapa nak sambut abang. Jadi, stress
abang ni tak tahu nak buang dekat mana. Rumah kita tak banyak berubah, tetap
macam dulu. Abang asyik teringat dekat sayang. Dah angau dah ni, macam mana?”
balas Ahmad Ilman dengan manja lantas roti di atas meja diambilnya lalu tanpa
sedar dia menekan-nekan roti sehingga terbentuk corak hati.
“Kalau sayang balik minggu depan boleh? Sebab sabtu
ahad depan tak ada aktiviti pun. Bolehlah sayang hilangkan angau abang tu.
Setuju tak?” cadang Nura Afyna lantas dia ketawa sedikit.
“Mestilah
boleh sayang, nanti Jumaat minggu depan abang ambil sayang dekat KTM Tanjung
Malim” jawab Ahmad Ilman keriangan.
“Macam
mana nak ke sana?” tanya Nura Afyna kebingungan.
“Pertama sekali sayang naik bas UPM
yang ke KTM Serdang, mesti ada punya. Lepas tu beli tiket ke KTM Tanjung Malim.
Pernah naik komuter tak?”
terang Ahmad Ilman dengan teliti.
“Tak
pernah abang, takutlah” gusar Nura Afyna.
“Sayang
boleh, jangan takut. Kita kena cuba sesuatu yang baru” jelas Ahmad Ilman dengan
harapan isterinya bersemangat semula.
“Okay, Fyna cuba abang” balas Nura Afyna
lalu matanya dipejamnya sekilas mencari semangat.
“Setiap
kali sampai stesen mana-mana, bagitahu abang ya, bolehlah abang tahu keadaan
sayang” pesan Ahmad Ilman lembut.
“Baik
abang” balas Nura Afyna lantas memberi salam sebelum menutup taliannya semula.
Nura Afyna mengemas mejanya yang
agak berselerak dengan buku-buku yang tidak tersusun. Buku-buku itu diletakkan
di atas rak yang disediakan. Sebuah foto ketika majlis pertunangan beberapa
bulan yang lalu diletakkan di atas meja. Jelas wajahnya yang tersenyum pahit
kelihatan. Tak sangka orang yang ada dekat sebelah aku ni dah kahwin dengan
aku, bisik hatinya. Dia tersenyum sendiri melayan perasaan. Serentak itu,
Athirah masuk ke dalam bilik. Segera dia membuat kerja lain, risau Athirah
nampak dirinya yang sedang angau seperti kata suaminya sebentar tadi.
“Hai Fyna, awal balik hari ni” sapa
Athirah ketika meletakkan beg galasnya di atas meja belajar.
“Hai Athirah, hari ni kelas petang
aku postponed sebab lecturer aku ada kursus” jawab Nura
Afyna lalu kerusinya dialihkan ke arah Athirah untuk memandang Athirah.
“Oh.. sekejap tu gambar siapa atas meja tu? Tak nak
kenalkan?” balas Athirah apabila terlihat foto yang ada di atas meja belajar
Nura Afyna.
“Adalah”
kata Nura Afyna sambil tersenyum.
“Okay,
lambat laun aku akan tahu juga, tunggu jelah Fyna, aku perisik terhebat tahu”
riak wajah Athirah sedikit berkerut lalu dia mencebik mukanya sedikit.
Athirah
menghulurkan sebungkus nasi lemak yang dibelinya dalam perjalanannya ke bilik
kepada Nura Afyna. Dia ingin berkongsi makanan dengan teman biliknya. Nura
Afyna berasa gembira kerana dia belum makan malam lagi dan tidak perlulah dia
turun ke kafe yang perlu naik bukit untuk beli makanan. Mereka makan dengan
seleranya. Lebih-lebih lagi Athirah sudah kepenatan berjalan kaki perhentian
bas ke biliknya yang berada di tingkat tiga.
Azan
magribh berkumandang menandakan waktu magribh telah masuk. Nura Afyna memakai
telekung setelah mengambil wuduk di tempat wuduk. Dia mengajak Athirah untuk
bersama-sama turun ke surau di bangunan sebelah bloknya. Athirah bersetuju
untuk turun sekali. Mereka masuk ke dalam surau setelah menyusun selipar di rak
kasut. Di
dalam surau sudah ada dua saf dipenuhi oleh makmum perempuan. Mereka duduk di
saf tiga bagi menyambung saf kedua. Sementara menunggu iqamat dilaungkan, Nura
Afyna membaca al-Quran. Surah al-Waqiah dibacanya bagi mengingatkan dia tentang
tiga golongan ketika di padang mahsyar kelak. Ya Allah, moga aku dan keluargaku
dalam golongan tengah dan golongan kanan, doanya dalam hati.
“Athirah, aku mahu kongsikan dengan
kau satu surah ni” kata Nura Afyna setelah solat magribh berjemaah selesai
dilaksanakannya.
“Surah apa, bagitahulah aku,
bolehlah aku amalkan sekali” jawab Athirah sambil mengambil seliparnya.
“Surah al-Waqiah” kata Nura Afyna
ketika mereka sudah mula berjalan menuju ke bilik.
“Oh surah tu, aku pernah baca. Banyak khasiat dia
Fyna” jawab Athirah sambil tangannya diketik beberapa kali untuk mengingati
sesuatu.
“Apa
khasiatnya? Yang aku tahu surah tu menceritakan tentang tiga golongan masa di
padang mahsyar” tanya Nura Afyna dengan riak ingin tahu.
“Surah ni kita baca untuk murahkan rezeki.
Selain tu, kalau kita baca setiap malam,
dapat mengelakkan kita daripada miskin selama-lamanya. Boleh juga dibaca
ketika sakit, dapat ringankan kesakitan yang dirasai” terang Athirah dengan
bersemangat. Nura Afyna mengangguk tanda faham akan kata-kata
kawan sebiliknya. Aku kena baca setiap malam ni, bolehlah ringankan beban
abang, supaya hidup aku dengannya berjalan lancar, desis hatinya.
oleh: Anggerik Mekar

0 comments :
Post a Comment