Bab 22

Bab 22


BAB 22

Awan berkepul-kepul dihembus lembut bayu di pagi hari. Hari yang begitu cerah ditemani kicauan burung yang harmoni bunyinya. Sesekali diselangi bunyi gagak hitam yang mencari mangsa kedengaran. Cantik sungguh ciptaan Allah menemani manusia di muka bumi. Walaupun Nura Afyna jauh daripada suaminya, alam semesta sentiasa menemaninya di saat kesepian memeluk relung hatinya. Hari minggu tidak akan sesekali Nura Afyna lalui begitu sahaja tanpa perkara-perkara yang berfaedah. Dia bercadang untuk mengulangkaji pelajaran di perpustakaan bersama Athirah. Athirah juga mempunyai rancangan yang sama. Dia berjalan kaki untuk ke sana. Walaupun jarak ke sana agak jauh, namun bagi pelajar di sini, perkara itu sesuatu yang biasa kerana telah diterapkan dalam diri masing-masing semasa awal perkenalan untuk menjaga alam semula jadi. Lebih-lebih lagi bagi pelajar Asasi Sains Pertanian sepertinya yang amat menyayangi alam semula jadi.
            Semenjak hari pertama dia mendaftarkan diri sebagai pelajar asasi, dia telah berjanji kepada dirinya. Dia akan buktikan kepada semua yang dia mampu menamatkan pengajiannya di sini dengan cemerlang. Dia juga mahu Ahmad Ilman melihat kesungguhannya untuk belajar. Demi sebuah kebahagiaan dia sanggup berjauhan dengan suaminya. Setibanya di perpustakaan, mereka mendaftarkan diri di kaunter untuk menjadi ahli perpustakaan. Mereka melihat keadaan sekeliling mencari meja kosong. Apabila telah menemui meja yang sesuai untuk belajar, mereka terus meletakkan beg di atas meja. Mereka pergi ke rak buku yang tersusun rapi. Perpustakaan itu jauh lebih besar berbanding di sekolahnya. Ruangnya tidak terbatas. Semua bidang ada bukunya mengikut rak-rak yang disediakan. Jadi mudah sahaja untuk mendapatkan maklumat dan buku penterjemahan yang diingini. Athirah pergi ke rak 54 sementara Nura Afyna ke rak 49. Setelah itu, mereka kembali ke meja bersama-sama buku yang tebal di tangan.
            Suasananya begitu menyenangkan. Kelihatan semua yang datang ke perpustakaan bertungkus lumus belajar tanpa berbicara kosong. Perbincangan mereka adalah perbincangan ilmiah. Walaupun Athirah dan Nura Afyna berbeza kumpulan dan kelas, mereka mudah berkawan dan belajar bersama-sama.
                        “Fyna, sebenarnya aku ada soalan nak tanya ni” kata Athirah apabila dia mahu berehat sebentar membaca buku di tangannya.
                        “Apa dia?” jawab Nura Afyna lalu buku yang sedang dibacanya ditutup.
                        “Kau asal dari Perak kan? Kawasan mana ya?” tanya Athirah dengan riak wajah ingin tahu. 
                        “Rumah aku di Ipoh, kenapa tanya?” kata Nura Afyna tenang.
                        “Bukan apa Fyna, kalau aku nak balik rumah makcik aku, boleh tak aku tumpang ikut kau?” tanya Athirah dengan penuh pengharapan.
                        “Ikut aku? Boleh..boleh.. apa salahnya. Tapi aku balik naik KTM, jimat duit sikit” jawab Nura Afyna lalu bermain-main dengan cincin di jarinya.
                        “Naik ETS ke?” duga Athirah.
                        “Taklah, ETS tu mahal sikit sebab dia memang laju. Aku naik komuter biasa dari KTM Serdang terus ke KTM Tanjung Malim, abang aku ambil nanti” terang Nura Afyna dengan tenang.
                        “Oh…satu lagi, tu cincin apa? Lama aku fikir cincin apa yang kau pakai, saja-saja pakai ke, atau dah berpunya?” Athirah mengangguk-angguk kepalanya lalu jari telunjuknya dihalakan ke arah cincin Nura Afyna.
                        “Cincin nikah aku” jawab Nura Afyna ringkas.
                        “Nikah? Biar betul kau ni?” Athirah terkejut dengan pernyataan Nura Afyna sehingga suaranya tertinggi sedikit.
                        “Kau tak percaya? Alah.. kau ni aku bergurau je” kata Nura Afyna sambil menghela nafasnya dengan perlahan.
                        “Ish.. kau ni.. ingatkan betul-betul” Athirah tersenyum dan berasa lega.
            Perbualan mereka mendapat perhatian daripada pustakawan. Pustakawan mendekati mereka sambil jari telunjuknya diletakkan di atas bibirnya. Tanda senyap daripadanya kepada mereka. Mereka hanya tersenyum dan kembali belajar. Sepanjang sesi ulangkaji, tiada sesiapa yang mengganggu mereka. Sehingga waktu matahari betul-betul di atas kepala, mereka belajar di perpustakaan. Mereka pergi ke kafe untuk menjamu selera. Di kafe, Nura Afyna terserempak dengan Hazmi. Nura Afyna berpura-pura tidak nampak kelibat Hazmi namun Hazmi mendekatinya setelah menyuruh Nura Afyna untuk berhenti apabila Nura Afyna mempercepatkan pergerakannya. Athirah turut mengikut jejak teman sebiliknya.
                        “Assalamualaikum Fyna, boleh saya makan dengan awak?” sapa Hazmi tercungap-cungap di hadapan Nura Afyna dan Athirah.
                        “Wa’alaikumussalam…boleh tapi bukan berdua ye, kawan Fyna ada sekali” jawab Nura Afyna dengan tenang lantas dia melemparkan senyuman kepada Athirah yang berada di sebelahnya. Athirah membalas senyumannya.
                        “It’s okay, asalkan dapat makan dengan awak” kata Hazmi lalu duduk di kerusi yang berada disebelahnya. Athirah juga turut duduk namun Nura Afyna pergi ke tempat lauk. Kenapa dia sopan semacam, siap panggil saya dan awak?, keluh hati Nura Afyna. Dia membeli nasi lauk ayam goreng dan ais teh limau. Setelah membayar, dia pergi ke tempat duduk dan melihat Athirah sudah tiada di situ. Hanya Hazmi yang bermain dengan telefon bimbit ada di situ.
“Mana Athirah? Kau halau dia ke?” sergah Nura Afyna tanpa meletakkan pinggan di tangannya ke atas meja. Hazmi terkejut lalu dia menutup telefon bimbitnya dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
“Eh mana ada Fyna, dia tengah beratur tu” Hazmi mengalihkan pandangan ke arah Athirah yang sedang beratur di hadapan kaunter.
“Huh, ingatkan kau…” Nura Afyna menghembuskan nafas lega. Pinggan yang berisi makanan diletakkan di atas meja.
“Aku apa?” tanya Hazmi sedikit marah.
“Oh… pandai pun ber ‘aku’ ” riak muka Nura Afyna sudah menggambarkan perasaannya tadi.
“Memanglah..geli aku ber ‘awak’ ” kata Hazmi lantas badannya sedikit bergerak seakan kegelian.
“Kenapa kacau aku? Bukan kau banyak kawan ke?” duga Nura Afyna. Hazmi membuat muka bajet cool.
                        “Kau tahu kan status aku, atau kau pura-pura tak tahu?” sambungnya setelah Hazmi tidak menjawab soalannya.
“Fyna, suami kau jauh tahu tak, siapa nak teman kau dekat sini?” kata Hazmi lantas keningnya terangkat sedikit.
“Aku ada kawan, kau tak payah kisahkan aku, tahulah aku jaga diri” bahas Nura Afyna apabila maruahnya sedikit tercalar. Ada ke patut Hazmi cakap macam tu, seolah-olah aku tak ada maruah apa?, marahnya dalam hati.
“Fyna, seronok berborak!” suara Athirah meleraikan ketegangan yang berlaku.
“Athirah, ni Hazmi, kawan lama” kata Nura Afyna lalu tangannya menghala ke arah Hazmi. Hazmi melemparkan senyuman ke arah Athirah. Athirah tersenyum gembira. Wajah Hazmi membuatkan matanya tidak berganjak seketika.
“Oh, takpe ke aku kacau korang?” tanya Athirah apabila Nura Afyna mengetik jarinya di hadapan Athirah sehingga dia tersedar dari lamunan.
“Eh… takpe” Hazmi tersenyum lagi di hadapan Athirah. Athirah sudah tidak keruan lantas dia terus menjamah makanan daripada membalas senyuman Hazmi yang membuat jantungnya kacau bilau.
Kelas amali kimia pada hari Rabu dilalui Nura Afyna dengan perasaan malas seakan-akan masa berputar lambat. Dua hari lagi perlu ditempuhinya sebelum dia balik ke rumahnya. Tak sabarnya minggu ni dapat balik, jumpa abang, bisik hatinya. Dia menyiapkan laporan makmal setelah menyiapkan uji kaji yang dibuatnya bersama kumpulannya. Aduh, susah betul lah nak jawab soalan ni, aku buat pemerhatian dululah, desis hatinya. Tepat pukul sepuluh pagi, dia membuka kot makmalnya lalu dilipatnya. Kelas amali sudah tamat dengan jayanya lalu Nura Afyna keluar dari makmal. Dia mencari beg galasnya di rak yang disediakan lalu dia memasukkan kot lab serta peralatan tulisnya. Dia sempat menyapa kawan-kawannya sebelum beredar.
“Abang, ingat ya Jumaat ni” kata Nura Afyna dalam talian dengan suaminya.
“Ya abang ingat, tak ada kelas ke sekarang ni?” balas Ahmad Ilman bersahaja.
“Tadi baru habis kelas amali kimia, sekarang tengah rehat, tiba-tiba teringatkan abang” jawab Nura Afyna sedikit lemah.
“Bagus, ingat abang selalu” Ahmad Ilman menyakat isterinya.
“Eh perasannya, sayang teringat abang bukan ingat selalu” balas Nura Afyna.
“Alah Fyna ni, jujur jelah, abang tahu sayang tak sabar nak balik kan? Takpe, Jumaat ni abang pergi terus Tanjung Malim bila sayang bertolak dari KTM Serdang. Jumaat ni ada kelas tak?” kata Ahmad Ilman sambil tersenyum sendiri.
“Betul ke? Okay kita tengok, abang tunaikan janji abang atau tidak. Jumaat ni kelas pagi je, pukul 10 pagi habislah” balas Nura Afyna dengan sedikit ketawa.
“Eh dia ketawa pula, fokus balik belajar tu, jangan ketawa je. Abang pun nak sambung buat kerja. Nanti bos marah” jawab Ahmad Ilman yang turut ketawa mendengar ketawa isterinya.
“Bos abang ayah je. Profesional sangatlah ni ya. Baiklah abang, sayang pergi dulu, nak makan sikit sebelum ke kelas seterusnya. I love you abang, Assalamualaikum” kata Nura Afyna sebelum dia menekan skrin untuk menutup talian.
“I love you Sayang, Wa’alaikumussalam” balas Ahmad Ilman manja.
Udara yang segar bertemankan hari Jumaat yang penuh dengan rahmat membuat hati Nura Afyna bertambah bahagia. Dia membawa beg galas tambahan bersama ketika menghadiri kelas di pagi hari. Lepas habis kelas aku nak naik bas terus, tak payahlah nak patah balik ke bilik, desis hatinya ketika memasukkan beberapa helai baju beserta alatan kebersihan lain ke dalam beg galas tambahan.
“Athirah, hari ni aku balik kampong, kalau ada apa-apa nak pesan, mesej aku ya” pesan Nura Afyna sebelum keluar bilik untuk ke kelas.
“Hati-hati balik nanti. Setakat ni tak ada apa-apa nak pesan, tengoklah nanti” balas Athirah lalu memeluk Nura Afyna.
Usai kelas habis, Nura Afyna bergegas ke perhentian bas. Sementara bas UPM yang menghala ke KTM Serdang sampai, dia sempat memberikan sms kepada suaminya.
Sayang tengah tunggu bas, sekejap lagi sampailah bas tu. Jangan lupa janji abang
-Sayang-
Okay, bila dah naik ktm serdang, bagitahu abang. Selawat selalu, moga dipermudahkan segala urusan.
-Abang-
Dia berebut-rebut untuk masuk ke dalam bas walaupun dia terpaksa berdiri sepanjang perjalanan ke KTM Serdang. Setelah sepuluh minit berlalu, bas berhenti di hadapan KTM Serdang menurunkan dia serta pelajar-pelajar lain. Dia bergegas ke kaunter komuter dan dilihatnya barisan sudah panjang. Kalaulah aku ada touch n go, dah lama aku masuk ke dalam tempat menunggu, gumam hatinya. Dia berselawat dalam hatinya tatkala menunggu gilirannya untuk membeli tiket ke KTM Tanjung Malim. Harap-harapnya tak lambat sangat nak beli tiket ni, desis hatinya.
Sepanjang perjalanannya ke Tanjung Malim, telefonnya penuh dengan sms, perbualan antaranya dan suaminya.
+Dekat mana dah?
-Bandar tasik selatan, stesen pertama, penat kaki kena berdiri, kerusi semua penuh
+Ok, abang bertolak sekarang
-Salak Selatan
+Ok
-Seputih
+Ok
-Midvalley
+Ok
-KL Sentral, at last dapat tempat duduk, lenguh berdiri sejam
+Dah dekat dah tu
+Dekat mana dah tu, lamanya nak ke stesen KL
-Kepong Sentral dah sekarang, tadi tertidur, sorry buat abang risau
+Aduh, letih sangat ke, ok jangan tidur dah, nanti jadi apa-apa kan susah
-Ok
-Rawang, kena tukar train lah pula, nasib-nasib
+Cepat-cepat masuk, pilih train yg ada tulis Tanjung Malim
-Ok dah masuk, nyaris tertinggal
+Huh, nasib sempat. Ok
-Serendah
-Batang Kali
-Rasa
-Kota Kubu Bharu
-Yeah, akhirnya Tanjung Malim
+Alhamdulillah, abang baru habis solat Jumaat dekat Behrang. Sayang duduk dekat surau dulu ya
-Ok abang, Fyna solat jamak dulu

Nura Afyna menunggu di dalam surau stesen KTM Tanjung Malim. Suaminya masih belum tiba walaupun sudah setengah jam dia menunggu. Ish abang ni, kata nak datang tepat-tepat haritu, ni dah lewat ni, gumam hatinya. Dia memakai stoking lalu menyarungkan sandalnya. Dia menunggu di luar sambil melihat kereta yang keluar masuk di hadapan stesen. Dia mencari kelibat kereta Axia milik suaminya. Dia hampa, beberapa kali dicarinya namun tidak ditemuinya. Mana abang ni? Dia baik-baik sahaja ke?, gusar hatinya.
Ahmad Ilman menyambung perjalanannya ke Stesen KTM Tanjung Malim untuk mengambil isterinya. Dalam perjalanannya, dia diduga dengan kesesakan jalan raya di jalan lama. Satu kemalangan telah berlaku. Keadaan jalan raya menjadi sempit. Terpaksalah keretanya beratur bersama-sama dengan kereta yang lain. Telefonnya berdering dan skrin telefonnya memaparkan wajah isterinya. Dia menjawab telefon setelah beberapa kali deringan.
 “Abang tak apa-apa kan?” tanya Nura Afyna dengan tergesa-gesa.
“Sayang, ada accident, tunggu sekejap lagi ya” lemah sahaja suara Ahmad Ilman.
“Ya Allah, Abang accident ke?” tanya Nura Afyna dengan riak wajah terkejut.
“Bukanlah sayang, abang tak apa-apa, jangan risau lagi sepuluh minit sampailah” kata Ahmad Ilman tenang.
Hari yang begitu penat ditempuhi juga oleh Ahmad Ilman dan Nura Afyna. Mereka akhirnya sudah berada di dalam bilik. Memandang perut sudah diisi ketika dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh, mereka hanya berehat dalam rumah sahaja. Nura Afyna membancuhkan minuman koko untuk dirinya. Dah lama aku tak minum susu koko ni, bisik hatinya ketika mengacau air panas yang telah bercampur serbuk koko di dalam mug. Dia duduk di atas sofa untuk menonton televisyen. Dia meletakkan minumannya di atas meja sebentar sementara menekan punat on/off  di alat kawalan jauh televisyen. Ahmad Ilman menghampiri isterinya yang leka menonton televisyen lalu dia mengambil mug di atas meja. Nura Afyna yang terlihat suaminya mengambil mug miliknya terkejut.
“Banyak cantik, tu air sayanglah abang” sergah Nura Afyna.
“Ingatkan untuk abang, takpelah abang minum sikit ya. Lagipun dah sejuk susu ni” kata Ahmad Ilman lalu dia minum seteguk minuman koko. Nura Afyna ternganga. Bertuah punya suami, marahnya dalam hati.
“Nah, sedap betul susu ni” puji Ahmad Ilman lalu menghulurkan mug ke arah isterinya.
“Gelilah kongsi minuman” tepis Nura Afyna lembut sambil tangannya seakan-akan melambai-lambai ke arah mugnya.
“Nak geli buat apa, minumlah dekat tempat lain kalau tak nak kena bekas minum abang tu” balas Ahmad Ilman lalu meletakkan mug ke atas meja kembali. Betul juga tu, aku pun malas nak buat yang lain, desis hatinya.
Nura Afyna mengambil mug lalu bibirnya diletak jauh dari bekas minum suaminya. Dia minum beberapa teguk dan diletakkan semula ke atas meja. Sikit lagi ni, bagi abanglah, kesian pula dekat dia, bisik hatinya.

            “Abang habiskanlah, Fyna dah kenyang” helah Nura Afyna lalu menghulurkan mug kepada suaminya.
“Terima kasih sayang” sahut Ahmad Ilman lalu bibirnya diletakkannya di bekas minum isterinya untuk meneguk susu. Nura Afyna perasan akan hal itu ternganga sekali lagi.
“Abang tak geli ke…” kata Nura Afyna teragak-agak.
“Buat apa nak geli, tu bekas mulut isteri yang abang cinta, walauapapun bendanya tu, kalau isteri abang punya, abang sanggup terima. Lagipun manis bibir sayang tu, takkan nak melepaskan begitu saja” jawab Ahmad Ilman tenang lalu dikenitkan matanya ke arah isterinya. Nura Afyna terdiam. Aduh, dia ni, saja nak buat aku malu, desis hatinya. Tanpa dipaksa, Nura Afyna tersenyum melihat suaminya.
Mereka menyambung menonton televisyen di hadapan mereka. Ahmad Ilman menguap beberapa kali tatkala menemani isterinya menonton televisyen. Cerita ni bestlah juga, cerita aksi mana ada boring, tapi mengantuklah pula, bisik hatinya. Nura Afyna masih setia memandang skrin televisyen walaupun pada hakikatnya dia berasa letih semenjak pulang ke rumah.
“Sayang tak letih ke, jom kita tidur bersama” kata Ahmad Ilman apabila mengantuknya tidak dapat dibendungnya lagi.
“Sekejap lagi abang, dah nak habis ni, hero tu dah kalahkan orang jahat tu” balas Nura Afyna tanpa memandang suaminya.
“Abang masuk bilik dululah” kata Ahmad Ilman lantas dia berdiri meninggalkan isterinya. Dia ni buat-buat tak faham ke apa?, dengus hatinya.
Di saat Nura Afyna melihat hero itu mencium heroinnya, dia teringat akan suaminya yang sudah berada di dalam bilik. Ada maksud lain ke abang tadi?, desis hatinya. Dia cuba ingat kembali kata-kata suaminya sebentar tadi dan akhirnya dia sudah dapat kata kunci yang dicari, “….tidur bersama..”. Dia menepuk dahinya sekali. Aku dah lambatkan permintaan dia, mesti dah tidur mati ni, gusar hatinya. Dia menutup televisyen lalu masuk ke dalam bilik.



0 comments :

Post a Comment