Bab 23

Bab 23


BAB 23

Doom..doom…
            Bunyi guruh kedengaran walaupun Nura Afyna berada di dalam kelas yang berdingin hawa. Gelisah hatinya sepanjang sesi pembelajarannya di dalam kelas. Kelas fizik bersama seorang penyarah yang begitu aktif dalam kelas memang membuat dia bersemangat untuk belajar. Telinganya tetap setia mendengar segala penerangan pensyarahnya. Tangannya ligat menulis nota di dalam buku catatan. Aku tertinggal payunglah pula, gumam hatinya.
            Dia puas menunggu di koridor bangunan Pusat Asasi sehingga hujan berhenti. Namun, tiada tanda hujan akan surut. Jam Q&Q di pergelangan tangannya dilihat sekilas. Dah pukul 6.30 petang ni, nanti gelap pula tempat ni, gusar hatinya. Dia bernekad untuk mengharungi hujan yang lebat berteduhkan beg galasnya. Sampai sahaja di perhentian bas, bas sudah ada lalu dia masuk ke dalam bas dalam keadaan bajunya sudah basah. Nasiblah aku pakai baju gelap hari ni, tak adalah risau kalau nampak seksi, desis hatinya.
            Dia keletihan apabila sudah sampai ke dalam blok kolejnya. Dia memerah bajunya di hadapan pintu bilik sebelum masuk ke dalam bilik. Athirah yang berada di dalam bilik sedang mengkaji pelajaran. Teman sebiliknya menghampirinya untuk memberikan tuala kepadanya.
            “Tak bawa payung ke tadi Fyna?” tanya Athirah apabila Nura Afyna sudah selesai mengeringkan badannya.
            “Ya Athirah, tadi aku dah nak bawa tapi tertinggal dekat rak kasut pula” balas Nura Afyna kesejukan.
            “Pergilah mandi, nanti sakit pula” pesan Athirah.
            “Nantilah aku mandi, aku nak makan dulu, perut dah lapar ni” balas Nura Afyna sambil memegang perutnya.
            “Okay, tapi jangan lambat mandi, dah nak dekat magribh ni” pesan Athirah sebelum keluar dari bilik.
            “Ya Athirah, terima kasih” jawab Nura Afyna lalu dia mengambil sudu dalam almari dan bungkusan makanannya diletakkan di atas meja dan dibuka bungkusannya. Dia membaca doa sebelum makan. Nasi goreng cina dimakannya dengan berselera sekali.
            “Abang…” di tengah-tengah perbualan telefon Nura Afyna dengan suaminya.
            “Kenapa ni? Sayang okay ke?” Ahmad Ilman berasa risau dengan suara isterinya yang agak lemah.
            “Sayang…demamlah abang” kata Nura Afyna dengan lemah.
            “Makanlah ubat… abang tengah kerja ni” pesan Ahmad Ilman sedikit terkejut. Terkejut isterinya sakit dengan panggilan lemah gemalainya.
            “Nak abang jaga..boleh?” pinta Nura Afyna lalu dia batuk kesakitan.
            “Sayang…Sayang kena kuat, tak boleh lemah-lemah macam ni” kata Ahmad Ilman lembut.
            “Abang tak sayangkan Sayang ke?” duga Nura Afyna.
            “Abang sayang Sayang, jangan mudah putus asa okay!” kata Ahmad Ilman dengan sedikit ceria.
            “Baik..abang” talian dimatikan Nura Afyna dengan serta merta tanpa sempat Ahmad Ilman membalasnya.
            Badan Nura Afyna terasa panas. Perubahan suhu yang melanda membuat badannya tidak selesa dengan suhu sekarang. Tidur malamnya tidak cukup. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga perlu bersekang mata di keheningan malam. Selepas menelefon suaminya, dia terus mengambil pil demam dan ditelannya dengan sangat terseksa. Tekaknya betul-betul sakit semenjak semalam. Dia merehatkan diri di dalam bilik. Teman sebiliknya telah keluar pergi ke kelas pada waktu pagi. Tinggal dirinya seorang di dalam bilik. Sementara menunggu matanya dipejam, dia meletakkan tuala basah di atas kepalanya. Fikirannya kacau bilau. Kenapa abang tak nak rawat aku?, sedihnya di dalam hati. Akhirnya dia tertidur bertemankan air mata yang membasahi pipinya.
            Adakah aku perlu melawat isteriku di sana?, fikiran Ahmad Ilman melayang-layang memikirkan isterinya yang sedang sakit. Dia berasa kasihan dengan keadaan isterinya. Aku dah berjanji akan menjaganya sehingga akhir hayatku, abang sayangkan Sayang, abang tak sanggup lihat Sayang sakit, luahan hatinya semasa duduk termenung berdepankan tingkap kaca di sebelah meja pejabatnya. Dia mengambil keputusan untuk pulang selepas waktu rehat. Dia mengemaskan bajunya dan memasukkannya ke dalam beg galas. Usai solat zohor, dia memandu keretanya menuju ke kolej isterinya. Setelah beberapa jam berlalu, dia sudah berada di hadapan kolej. Dia memanggil salah seorang pelajar di situ. Kebetulan Athirah sedang berjalan di koridor kolej menuju ke biliknya.
                        “Maaf cik, kenal tak pelajar asasi yang namanya Fyna?” tanya Ahmad Ilman setelah Athirah memandangnya.
                        “Maksudnya Nura Afyna?” Athirah menjawab meminta kepastian.
                        “Ya, boleh panggilkan dia? Terima kasih banyak ya” jawab Ahmad Ilman dengan riak wajahnya sedikit gembira.
                        “Tunggu sekejap ya encik” Athirah terus meninggalkan Ahmad Ilman.
            Di dalam bilik, kelihatan Nura Afyna masih tidur di atas katilnya. Athirah cuba mengejutkan teman sebiliknya. Dia memanggil nama Nura Afyna beberapa kali. Namun, Nura Afyna masih tidak sedar dari tidur. Dia menjadi risau lalu merasakan badan teman sebiliknya yang sudah agak panas. Dia memercikkan muka Nura Afyna dengan air. Mata Nura Afyna terkebil-kebil kesakitan.
                        “Kenapa Athirah? Aku tak laratlah” jawab Nura Afyna yang seakan marah dengan perbuatan Athirah.
                        “Fyna, ada seorang lelaki, mudalah juga, dia cari kau dekat bawah” balas Athirah dengan sedikit rasa bersalah.
                        “Hazmi?” teka Nura Afyna.
                        “Bukan.. ni lagi handsome, abang kau kut” kata Athirah dengan bersemangat.
                        “Aku mana ada abang” balas Nura Afyna sedikit lemah lalu dia bangun untuk duduk seketika. Botol air di bawah katil dicapainya lalu dia meneguk air beberapa kali sehingga berasa segar sedikit.
                        “Pergilah turun, tengok dulu siapa yang datang” pesan Athirah lalu dia menghulurkan tudung kepada Nura Afyna.
            Nura Afyna menyarungkan tudung di kepalanya. Athirah memimpin Nura Afyna menuruni anak tangga perlahan-lahan. Dari jauh Nura Afyna melihat kelibat suaminya sedang menunggunya di atas benteng sambil terkumat-kamit mulut suaminya. Mata dia menjadi segar seketika. Betul ke apa yang aku nampak ni? Abanglah...dia datang jenguk aku, tawanya dalam hati. Dia meminta teman sebiliknya meninggalkan dia sendirian. Athirah meninggalkan Nura Afyna bertemu dengan lelaki itu. Athirah terus naik ke atas. Nura Afyna mendekati suaminya dengan senyuman. Namun tidak menawan seperti waktu dia sihat.
                        “Assalamualaikum sayang” kata suaminya yang masih duduk di atas benteng sambil membalas senyumannya.
                        “Wa’alaikumussalam abang” kata Nura Afyna sambil mengucup tangan suaminya. Dia memeluk erat suaminya. Tidak dia menyangka suaminya akan datang menjenguknya. Suaminya membalas pelukan itu.
                        “Ya Allah, panasnya badan Fyna” kata Ahmad Ilman setelah merasa dahi isterinya. Isterinya memandang matanya dengan pandangan sayup.
                        “Jom ikut abang, kita pergi klinik” sambungnya.
                        “Baik abang, tunggu jap…sayang ambil kad pelajar” kata Nura Afyna lalu naik ke biliknya semula.
            Mereka menuju ke klinik berdekatan. Doktor memberitahu Nura Afyna supaya banyak minum air kosong dan banyak berehat selain makan ubat yang diberi. Ketika Nura Afyna berada di dalam bilik rawatan, suaminya ada bersamanya. Makin manjalah dia di sisi suaminya. Selepas itu, suaminya membawanya ke kedai makan. Suaminya memilih makanan yang sesuai untuk isterinya. Nura Afyna menunggu suaminya di meja yang kosong. Lauk sup tauhu bersama nasi putih menjadi santapannya di waktu petang. Dia hanya makan sedikit nasi dan banyak yang terluak di dalam pinggan.
            “Sayang, makan lagi..sikit sangat sayang makan ni” pujuk suaminya.
            “Tak laratlah abang”tolaknya dengan lembut.
            “Makan lagi tiga suap, biar abang suapkan” pinta suaminya sambil mengurut-urut lengannya.
            Suaminya menyuapkan nasi ke mulutnya dengan menggunakan sudu. Perlahan-lahan dia mengunyah nasi berlauk. Walaupun tidak larat, dikuatkan juga mulutnya untuk mengunyah nasi yang disuap suaminya. Kasih juga abang dekat aku, katanya dalam hati.
            “Lepas ni, abang hantar sayang pulang kolej ya” kata Ahmad Ilman selepas membayar makanan yang dibelinya tadi.
            “Abang, sayang masih nak bersama abang” balas Nura Afyna sambil memegang tangan suaminya.
            “Jangan macam ni sayang, esok abang kerja, siapa nak jaga sayang dekat rumah” pujuk Ahmad Ilman lalu menggenggam tangan isterinya.
            “Abang asyik kerja..kerja..kerja, abang ambil lah cuti jaga sayang” bentak Nura Afyna lalu tangannya dilepaskannya dari genggaman suaminya.
            “Bukan abang tak nak ambil cuti tapi cuti abang tinggal sikit je lagi” pujuk Ahmad Ilman sambil memegang bahu isterinya pula.
            “Oh, sayang merajuklah macam ni” kata Nura Afyna sambil mengalihkan muka ke tempat lain. Ahmad Ilman ketawa sedikit. Isteri aku ni merajuklah pula, nak layan ke tak, desis hatinya.
            “Isteri abang ni… kalau merajuk macam budak kecik” terlepas kata Ahmad Ilman lalu dia berpeluk tubuh.
            “Tak nak pergi dari sini” rajuk Nura Afyna.
            “Eh..eh..tak baik macam ni, nanti lepas sayang sihat, kita honeymoon nak?” pujuk Ahmad Ilman lalu tangannya menarik bahu isterinya untuk memandangnya.
            “Honeymoon? Nak..nak” balas Nura Afyna dengan riak wajah gembira. Badannya menghadap suaminya semula.
            “Tapi sayang kena janji dekat abang, sayang kena kuat lawan demam ni, ingat Allah selalu” pesan Ahmad Ilman lalu berdiri dan mencapai tangan isterinya untuk beredar pulang.
            “Baik abang, tapi abang jangan mungkir janji lagi” kepala Nura Afyna dirapatkan ke lengan suaminya semasa berjalan ke arah kereta.
            Sebelum Ahmad Ilman menghantar Nura Afyna pulang ke kolej, dia singgah ke kedai untuk membeli barang keperluan isterinya. Dia mencatatkan barang-barang yang diperlukan oleh isterinya di atas sehelai kertas lalu masuk ke dalam kedai. Nura Afyna hanya berehat di dalam kereta. Ketika mereka sampai di kolej, keadaan sudah gelap. Perpisahan yang harus mereka hadapi sukar untuk dihadapi. Namun, Nura Afyna perlu juga pulang ke kolej.
            “Abang, terima kasih bawa sayang ke klinik hari ni” katanya ketika kedua-duanya berdiri di luar kereta.
            “Dah tugas abang jadi bodyguard untuk sayang” kata Ahmad Ilman tenang.
            “Ish..abang ni” jari Nura Afyna pantas mencuit manja lengan suaminya.
             “Sakitlah sayang.. abang tak nak tengok sayang sedih-sedih, kan kita sedang berjihad, niat kena betul waktu belajar ni” kata Ahmad Ilman sambil diusap-usap lengannya.
            “Ya abang..tu sayang tahu” kata Nura Afyna sedikit tertunduk.
            “Satu lagi abang nak pesan, baca selawat syifa yang abang selalu baca tu, in shaa Allah tu penawar yang terbaik” pesan Ahmad Ilman sambil tangannya bermain dengan dagu isterinya.
            “In shaa Allah abang” balas Nura Afyna lembut. Suaminya memeluknya sehingga dada suaminya mendekap erat di dadanya. Ketika itu, dia berasa sungguh nyaman dan aman.
            “Abang, kalau setiap hari kita boleh macam ni kan best” kata Nura Afyna dalam dakapan suaminya.
            “Sayang, tak ada pahala yang lebih besar daripada berjihad di jalan Allah, biarlah kita berjauhan buat sementara waktu ni, nanti bila abang dapat pindah KL, kita duduk sama-sama ya” kata Ahmad Ilman tenang sambil mengusap belakang badan isterinya.
            “Abang mulai minggu depan, sayang ada exam pertama, doakan sayang ya” kata Nura Afyna lalu mencium tangan suaminya.
            “In shaa Allah, abang doakan sayang dapat jawab dengan baik” balas suaminya lalu masuk ke dalam kereta untuk pulang. Nura Afyna melambai-lambai ke arah suaminya yang sudah memusingkan kereta ke arah jalan keluar. Air matanya mengalir melayan perasaan di hati. Aku kena kuat, kalau abang boleh berjauhan dengan aku, kenapa aku tidak?, nekadnya dalam hati. Dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Keadaan di dalam bilik gelap. Athirah mesti dekat bilik kawan siapkan kerja, bisik hatinya. Dia membukakan tudungnya lalu masuk ke dalam tandas untuk menyucikan dirinya untuk solat magribh.
            Suhu badannya sudah turun sedikit daripada tadi. Demamnya semakin kebah. Dia sentiasa membaca selawat syifa seperti pesan suaminya. Dia mengeluarkan buku-buku dalam begnya yang masih basah. Nasiblah tak rosak teruk buku-buku ni, gumam hatinya. Foto yang ada di atas meja belajarnya diambilnya lalu dibawanya ke katil. Dia membaringkan tubuhnya sambil melihat wajah suaminya di dalam foto dengan penuh kasih. Abang, sayang rindukan abang, bisik hatinya dengan harapan suaminya mendengarnya.



0 comments :

Post a Comment