Bab 24

Bab 24


BAB 24

Figura Sarah berjalan perlahan melintasi padang sekolah menjadi tatapan kebanyakkan pelajar lelaki di sekolah. Sarah tidak membalas tatapan pelajar lelaki yang memandangnya. Namun, tatapan dari kekasih hati menangkap matanya. Ahmad Ilman yang sudah tersedia duduk di atas kerusi memandangnya lama dari jauh. Sarah melambai-lambai tangannya ke arah Ahmad Ilman. Ahmad Ilman mula bangun untuk beredar. Sarah kematian akal memikirkan reaksi Ahmad Ilman yang berbeza dari sebelumnya. Sarah berlari anak mengejar Ahmad Ilman. Ahmad Ilman tidak mempedulikan Sarah. Dia terus berjalan longlai. Sarah sempat mencapai tangan Ahmad Ilman dan serentak itu, Ahmad Ilman menoleh ke belakang memandang figura cantik yang diidam-idam banyak lelaki di sekolahnya.
                        “Ilman, kenapa dah lama tak datang rumah I” kata Sarah melulu seraya melepaskan tangannya daripada terus memegang tangan Ahmad Ilman.
                        “Sarah, bapa I dah bekukan akaun I” kata Ahmad Ilman lemah lalu tangannya dimasukkan ke dalam poket dan dikeluarkan kantung poketnya keluar. Poketnya kosong.
                        “Sanggup bapa you buat macam tu” dengus Sarah lalu berpeluk tubuh.
                        “I pun tak tahu kenapa dia buat macam tu, dengan apa yang dia dah buat dengan I dulu, sekarang dia salahkan I pula” marah Ahmad Ilman lalu kepalanya dipalingkan ke arah padang sekolah yang luas.
                        “Sebenarnya I nak bagitahu, I akan pindah sekolah” kata Sarah apabila keadaan menjadi reda.
                        “You pindah? Bila?” kata Ahmad Ilman dengan nada terkejut sambil menggoncang-goncang bahu Sarah.
                        “Esok” jawab Sarah dengan sedih lalu tertunduk. Ahmad Ilman terdiam. Dia terus meninggalkan Sarah sendirian. Kelibat Ahmad Ilman berlari hilang dari pandangan mata Sarah.
            Sarah hanya mampu menangis kesedihan. Kenapa Ilman tidak kata apa-apa dekat aku, ucap selamat tinggal ke, desis hatinya. Dia berjalan ke arah pagar sekolah dan menunggu pemandunya datang menjemputnya. Sampai sahaja di rumah, dia mengemas segala keperluannya untuk berlepas dari KLIA pada keesokan harinya. Ahmad Ilman meninggalkan Sarah kerana dia berasa sedih untuk melepaskan Sarah. Air matanya tidak mampu bertahan daripada mengalir apabila berada di hadapan Sarah. Egonya akan pecah jika Sarah melihatnya menangis. Dia berlari ke belakang sekolah dan duduk bersandarkan dinding. Dia terkenangkan semua memori dia bersama Sarah. Sarah, hati aku hancur, aku tak sanggup kehilangan dirimu, sedihnya dalam hati.
            “Kau Ilman ke?” seorang lelaki bertopeng menyergahnya lalu menariknya berdiri. Ahmad Ilman hanya menurut. Hatinya yang sudah sedih membuat fizikalnya tidak mampu menolak tangan yang menariknya.
            “Ya, aku. Ada hal apa ni? Kau ni samseng ke apa?” marah Ahmad Ilman lalu dia melepaskan tangannya dari genggaman lelaki itu.
            “Kau dengar sini, aku bagi kau amaran. Jangan contact lagi dengan Sarah. Nombor telefon kau, tukar juga” kata lelaki bertopeng sambil kolar baju Ahmad Ilman ditarik ke atas.
            “Kau apa hal? Hah. Nak arah-arah aku” marah Ahmad Ilman lalu meludah ke arah lelaki bertopeng.
            “Kau langgar amaran aku, siaplah kau” balas lelaki bertopeng lalu menampar pipinya kuat dan meninggalkan dia sendirian. Ahmad Ilman terasa egonya dicabar kuat. Tanpa menahan amarah yang meluap-luap, dia menendang-nendang dinding dibelakangnya. Kakinya kesakitan dan membengkak. Dia mengeluh. Aduh, sakit pula kaki ni, aku dahlah naik basikal, dengus hatinya. Dia terjengket-jengket menghampiri parkir basikal lalu dibukanya kunci basikal.
            Waktu tengah hari yang panas terik menyebabkan tekak Ahmad Ilman begitu dahaga. Dia ke gerai untuk memesan minuman yang sejuk lagi menyegarkan. Ketika dia meyedut minuman buah yang dipesannya, kelibat Sarah menghampirinya. Sarah terus duduk di kerusi yang berada di hadapan Ahmad Ilman.
            “Ilman, I tak akan sesekali tinggalkan you lagi” rayu Sarah sambil membetulkan rambutnya yang sedikit berterbangan akibat angin kipas yang kuat menghala ke meja mereka.
            “How many times I told you, I dah kahwin, dan hati I hanya untuk Fyna” balas Ahmad Ilman lalu membetulkan postur badannya.
            “You tahukan betapa I cintakan you” Sarah menggenggam baju yang berada di bahagian dadanya.
            “Please stop it Sarah” balas Ahmad Ilman sehingga menepuk meja makan.
            “Tak boleh ke you bagi I peluang untuk dekat dengan you?” kata Sarah sambil tangannya mencapai tangan Ahmad Ilman.
            “Hish, apa you ni? Tak malu ke?” kata Ahmad Ilman lalu menepis tangan Sarah.
            Ahmad Ilman mengambil minumannya yang belum habis ke kaunter untuk dibungkus ke dalam plastik. Dia membayar bil minuman dan membawa minuman yang telah dibungkus ke dalam kereta. Kereta dikunci dan dia minum sehingga habis. Setelah habis barulah dia pulang ke rumah. Sarah yang terpinga-pinga terus mengejar Ahmad Ilman dari belakang. Dia mengekori Ahmad Ilman hingga tiba di rumah. Ahmad Ilman tidak perasan akan kelibat kereta Lamborghini Gallardo milik Sarah yang mengekorinya semenjak tadi.
            Sarah mengatur langkah memasuki rumah Ahmad Ilman. Ahmad Ilman yang masih letih tidak terus menutup pagar rumah. Di saat itu, Sarah mengambil peluang menyelinap masuk kediaman rumah Ahmad Ilman. Sarah berjaya dan seterusnya bersembunyi di sebalik kereta. Apabila Ahmad Ilman masuk ke dalam rumah, Sarah menunggu beberapa minit sebelum pecah masuk rumah Ahmad Ilman. Namun, pintu rumah masih terbuka walaupun sudah beberapa minit berlalu. Dia maju ke hadapan dan memasuki rumah lalu menutup pintu rumah. Ketika itu, Ahmad Ilman yang sedang baring di atas sofa terkejut mendengar bunyi pintu dihentak kuat.
            “Sarah? Kenapa dengan you ni, desperate sangat ke?” Ahmad Ilman bingkas bangun daripada terus berbaring di atas sofa.
            “YA!, I bbb..be..tul-betul takut sekarang ni, ba..pa I tengah cari I, kalau you tak tolong I, habislah bapa I kerjakan I” terketar-ketar Sarah bersuara.
            “Sarah, PLEASE OPEN THE DOOR!” Ahmad Ilman menjerit sehingga bergaung suaranya.
            “No..no.. you kena terima I dulu” Sarah mengeleng-geleng kepalanya.
            “You nak kita kena tangkap…” Ahmad Ilman menggenggam kuat tangan menahan marah.
            “I dah tak kisah.” Air mata Sarah mengalir di pipinya. Tangisan yang menggoyahkan hati lelaki menggugat keimanan Ahmad Ilman.
            Ahmad Ilman mengambil langkah drastik. Tanpa memandang ke belakang, dia terus mengambil kunci dan membuka jeriji pintu dapur. Dia keluar rumah melalui pintu belakang.
            “Ilman!” teriak Sarah nyaring.
            “Tolonglah I…” sambungnya. Langkah Ahmad Ilman terhenti. Di fikirannya sama ada membantu Sarah ataupun menelefon polis setelah keluar dari rumah. Kalau aku tinggalkan dia dan telefon polis…dia akan masuk jail tapi kalau aku bantu dia…silap langkah kena tangkap basah, fikirnya di hati.
            “Ilman…” rayu Sarah. Hati Ahmad Ilman tergugat mendengar rayuan Sarah. Batinnya terseksa, rindunya pada sang isteri belum terubat. Dia akhirnya kalah dengan pujuk rayu orang ketiga saat ini, pujuk rayu daripada syaitan yang direjam. Dia menutup pintu dapur yang sudah sedia terbuka. Dia melangkahkan kakinya mennghampiri Sarah. Sarah terus memeluknya apabila jarak antara mereka hanya seinci.
            “Kenapa you nangis?” kata Ahmad Ilman di saat dia dalam pelukan Sarah.
            “Ilman, I rindukan you yang dulu” kata Sarah dengan manja.
            “I pun rindukan you.” Sarah menarik keluar baju kemeja Ahmad Ilman yang terselit di pinggangnya sehingga bajunya kelihatan tidak terurus. Dia seterusnya membuka butang baju Ahmad Ilman dan mencampakkan baju itu ke lantai. Kini, tinggal singlet yang melekat di badan. Tiba-tiba deringan telefon lagu ‘Rhythm of Love’ berdendangan menandakan panggilan daripada Nura Afyna. Fikiran Ahmad Ilman menjadi waras kembali mengenangkan isterinya yang berada jauh darinya.
            “Astaghfirullah al’azim, apa aku dah buat ni.” Dia terus menolak Sarah sehingga Sarah jatuh ke lantai.
            “Sarah, you keluar sekarang” Walaupun Sarah enggan keluar, Ahmad Ilman tetap menarik Sarah keluar. Apabila Sarah sudah berada di luar rumah, Ahmad Ilman menutup pintu. Sarah menjerit namanya beberapa kali namun Ahmad Ilman tidak menghiraukannya lagi.   
“You jahat, sial, sanggup you buat I macam ni, you will regret what you done to me…” setelah habis Sarah menyumpah seranah Ahmad Ilman, dia menaiki kereta dan terus memecut keretanya meninggalkan kediaman Ahmad Ilman.
Kebetulan semasa Sarah keluar dari rumah Ahmad Ilman, Syamira sedang bersiar-siar sekitar taman perumahan Ahmad Ilman. Syamira mengayuh basikalnya melalui jalan yang berada di hadapan rumah abang iparnya. Dia melihat seorang perempuan yang memakai skirt atas paras lutut bersama baju blause berwarna kuning cair yang menampakkan pakaian dalam yang dipakainya. Perempuan itu menangis teresak-esak sehingga sukar mengecam mukanya.
Syamira terkejut dengan peristiwa petang tadi. Siapa gerangan perempuan dekat rumah Kak Fi tadi? Padahal Kak Fi dekat UPM, kepala Syamira dihuni beribu satu soalan. Abang Ilman curang ke? Aku kena buat sesuatu ni, tegasnya di dalam hati. Kakinya tidak henti-henti berjalan ke hulu dan ke hilir bilik memikirkan nasib kakaknya. Sampai hati abang iparnya memperlakukan kakaknya sebegitu.
            Nura Afyna mulai risau. Suaminya jarang tidak mengangkat telefon pada waktu-waktu begini. Sudah masuk sepuluh kali dia menelefon suaminya, namun tidak diangkat juga. Dia menghantar mesej berbentuk rajukan. Dia benar-benar merajuk dengan tindakan suaminya. Padahal ketika itu, dia mahu memberikan khabar gembira kepada suaminya bahawa dia telah mendapat keputusan yang cemerlang.
             Ahmad Ilman mengunci pagar rumahnya dan pintu utama rumahnya. Dia terus mengamuk mengenangkan keterlaluannya. Bantal-bantal di sofa dicampak-campaknya, cadar katil semuanya dibukanya lalu dicampak ke tepi. Bodohnya aku berkata cinta kepada isteri namun dibelakangnya aku tidak mampu jaga keindahan cinta ini, marahnya.
            “Ahh…” jeritnya sepuas hati.
            Dia menendang tepi katil sehingga dia  tidak terdaya lagi. Kedudukan katil sudah lari dari tempat asal. Foto perkahwinannya yang ada di atas almari tepi katilnya terjatuh. Dia terpandang foto itu dan dia berasa malu dengan isterinya. Dia keluar dari bilik dan memakai kembali kemeja yang dibukakan Sarah tadi. Sedikit wangian menyengat hidungnya. Dia menepuk-nepuk bahunya.
            Tok..tok...tok….
            Pintu dapur diketuk beberapa kali. Siapa pula ni?, marah hatinya. Dia segera membuka pintu dapur lantas terkejut dengan kehadiran ayah mentuanya. Pandangan Encik Fadhli yang tajam menikam matanya. Tangannya bergetar-getar untuk bersalam dengan ayah mentuanya.
            “Boleh ayah masuk ke dalam?” ayah mentuanya bersuara setelah tangannya bertaut dengan tangan ayah mentuanya. Macam mana ni?, gusar hatinya. Riak muka terkejut kelihatan.
            “Kenapa? Tak boleh ke?” serius suara Encik Fadhli berkata. Ahmad Ilman menjadi tidak keruan lalu dia pasrah.
            “Boleh ayah, masuklah” pelawanya dengan sedikit getar.



0 comments :

Post a Comment