Bab 28
BAB 28
Dua insan yang dilamun cinta berjalan beriringan di
jalan batu bata yang hitam pekat. Jalan baru yang sudah beberapa hari diturap
sungguh sempurna luarannya. Cuaca yang mendung tidak sesekali menghalang
pasangan suami isteri untuk meluangkan masa bersama. Cuti semester yang
berjalan tidak dibiarkan berlalu tanpa aktiviti yang dapat merapatkan hubungan
antara Nura Afyna dan Ahmad Ilman. Sesekali mereka saling berpandangan
meluahkan rasa rindu di hati. Makin erat Ahmad Ilman menggengam tangan
isterinya, makin dalam juga rasa cintanya pada isterinya. Nura Afyna tersenyum
melihat suaminya seperti takut melepaskan dirinya.
“Abang,
kuat sangat abang genggam tu” katanya sambil mengusap-usap lengan suaminya.
“Ya
ke?” Ahmad Ilman membuat muka tidak bersalah.
“Betul” lagi kuat Nura Afyna genggam
tangan suaminya sambil mengukir senyuman sehingga jelas kelihatan gigi
arnabnya.
“Aduh..sakit, sakit… abang main-main
je, janganlah marah” kata Ahmad Ilman sambil mengibas-ngibas tangannya yang
sakit.
“Ingat tangan sayang ni macam roti
ke, lembut..gebu..dan mudah penyek” gurau Nura Afyna sambil membelek-belek
tangannya.
“Alamak, angin makin kuat, macam nak
hujanlah sayang, jom kita balik ke dalam kereta” Ahmad Ilman menarik lengan
isterinya supaya berlari menuju ke kereta. Pandai lari topik ya abang ni, bisik
hatinya. Belum sempat mereka masuk ke dalam kereta, hujan lebat turun membasahi
bumi. Mereka berteduh sebentar di bawah pondok kecil yang ada. Baju Nura Afyna
kebasahan sehingga menampakkan tubuhnya. Hal itu membuat Ahmad Ilman menelan
air liur sukar. Nasib baik Fyna dan aku je yang ada dekat sini, desis hatinya.
Dia membuka baju T lengan pendek yang dipakainya. Nura Afyna terkejut dengan
tindakan suaminya. Gila apa suami aku ni?, gumam hatinya. Dia buat tidak tahu
dan hanya menjeling suaminya yang berada di sisinya.
“Sayang,
pakai baju ni” Ahmad Ilman menghulurkan bajunya.
“Kenapa
pula, nampak badan ke?” tanya Nura Afyna dengan sedikit malu.
“Pakai
ajelah, nanti orang nampak” jawab Ahmad Ilman mendatar.
“Bukan
jarang pun baju ni, tak naklah baju abang besarlah” Nura Afyna berpeluk tubuh.
Bukan besar yang aku hiraukan tapi tak busuk ke baju dia tu, euww, bisik
hatinya.
“Banyak
cakap pula sayang ni, dah..dah angkat tangan” Nura Afyna menurut kata suaminya
dengan mengangkat tangan. Suaminya menyarungkan bajunya ke badan isterinya.
“Abang
macam mana, tak sejuk?” tanya Nura Afyna lalu menghidu baju suaminya. Nasiblah
wangi lagi, lega hatinya.
“Takpe,
abang okay, abang rela sejuk daripada
orang nampak tubuh isteri abang” Isterinya terus memeluknya dari sisi.
“Terima
kasih abang”
Hujan yang lebat pada awalnya kembali reda. Mereka
meninggalkan pondok dan menuju ke kereta. Ahmad Ilman mengambil baju tambahan
yang ada di dalam kereta. Huh, nasib baik aku bawa baju spear, kalau tak…
sejuklah aku dekat dalam kereta ni, bisik hatinya. Walaupun Nura Afyna memakai
baju dua lapis, bajunya tetap lembap sehingga tidak selesa dipakainya..
“Abang,
balik cepat, sayang sejuklah” kata Nura Afyna ketika suaminya menyarungkan baju
yang baru.
“Nak
baliklah ni, kalau tak tahan, tukar baju tu dengan baju abang satu lagi dekat
belakang tu” balas Ahmad Ilman lalu tangannya menunjukkan arah bajunya.
“Tukar dekat sini?” duga Nura Afyna.
“Yalah.” Nura Afyna tergumam. Takkan dekat dalam
kereta pula, malulah kalau ada orang nampak.
“Abang, singgah sekejap dekat toilet boleh? Tukar baju
dekat sana, sempitlah tukar dekat sini, nanti ada orang tengok macam mana? Hah,
abang juga yang dapat dosa” pinta Nura Afyna dengan perlahan.
Betul juga tu, apalah aku ni, tak fikir dulu, hatinya
membenarkan kata-kata isterinya. Dia melemparkan senyuman kepada isterinya dan
meneruskan perjalanan. Dia singgah ke sebuah kedai makan. Mereka memesan
makanan untuk makan tengah hari. Sementara menunggu makanan yang dipesan siap,
Nura Afyna menukar pakaian di dalam tandas yang disediakan. Nasiblah, baju ni
lengan panjang, tapi labuh sikitlah, tak apalah asalkan berbaju, bisik hatinya
ketika menukar pakaian.
Nura
Afyna membuat persiapan untuk menyambut hari jadi suaminya ke-24. Dia merancang
untuk membuat kejutan kepada suaminya di rumahnya. Ahmad Ilman pergi ke pejabatnya
seperti biasa. Malah dia
sendiri terlupa hari jadinya jatuh pada hari ini. Nura Afyna membeli
bahan-bahan untuk membuat kek. Setelah sudah siap semuanya, dia masukkan acuan
kek ke dalam ketuhar untuk dibakarnya.
“Assalamualaikum bapa, ni Fyna” tutur Nura Afyna
kepada bapa mentuanya.
“Wa’alaikumussalam, ada apa telefon bapa ni?” sahut
bapa mentuanya.
“Sebenarnya Fyna nak buat surprise dekat abang, bapa tahu tak hadiah apa yang akan buat abang
terharu?” tanya Nura Afyna dengan gembira.
“Hadiah? Sekejap..bapa fikir, emm..apa kata Fyna beli
barang yang Ilm akan pakai selalu, lelaki memang suka kalau macam tu, kalau
beli barang yang perlu disimpan memang susah nak dijaganya lagipun bapa kenal
sangat Ilm tu, dia bukannya pandai simpan barang dia, ada je yang hilang,
pening bapa dibuatnya” kata bapa mentuanya setelah berfikir seketika.
“Oh macam tu ya bapa, baiklah..Fyna dah ada idea nak
beli apa, terima kasih bapa, Assalamualaikum” hati Nura Afyna keriangan dan
tidak sabar untuk membeli hadiah hari jadi suaminya.
“Fyna..
sekejap, satu lagi bapa nak pesan, ajaklah orang lain, meriah sikit, misalnya
bapa ke..” duga Encik Hafizuddin.
“Oh
lupa pula, bapa datanglah rumah kami petang ni” balas Nura Afyna lalu tersenyum
sendiri.
“Bapa
gurau je, tak ajak pun, bapa akan datang, Ilm satu-satunya anak yang bapa ada,
mestilah bapa nak kongsi kegembiraan bersama kamu semua” Nura Afyna dan Encik
Hafizuddin serentak ketawa.
Dia
pergi ke pasar raya yang berdekatan untuk membeli hadiah hari jadi suaminya
setelah meminta izin daripada suaminya. Hadiah kali ini pasti dapat gembirakan
hati abang, warna barang ni pun warna kesukaannya, kata hatinya. Hadiah itu
dibungkus sebaik-baiknya dengan pembalut hadiah. Kebetulan ketika mahu pulang,
dia bertemu dengan Hazmi dan rakan-rakannya. Dia disapa dahulu oleh Hazmi.
Terpaksalah dia berhenti berjalan dan menyahut sapaan Hazmi.
“Amboi
Fyna, happy semacam kau hari ini, oh
lupa pula, dekat dengan orang tercinta kan, patutlah” sapa Hazmi seakan perli
dirinya.
“Salah
ke nak happy, tak kacau kau pun, atau
kau sebenarnya jeleous” balas Nura Afyna
sambil menjengket-jengket bulu keningnya.
“Tak ada
maknanya Fyna, tengok kawan-kawan aku, ada yang kau kenal tak?” tanya Hazmi
lantas tangannya dituju ke arah kawan-kawannya.
“Sekejap…
aku perhatikan betul-betul, eh..tu kan.. abang Megat, yang jadi pengawas waktu
sekolah rendah kan” kata Nura Afyna apabila satu kelibat lelaki yang pernah dia
kenali memandang wajahnya.
“Apalah
kau ni, muka dia tak berubah kan, ke kau tengok gf dia” Hazmi memandang Sarah sehingga Sarah perasan akan renungan
Hazmi. Sarah terlihat Nura Afyna lantas dia tersenyum sinis. Nura Afyna hanya
membalas senyuman Sarah dari jauh.
“Itu miss universe kan, apa ke namanya…Sa..” Nura
Afyna cuba mengingati nama Miss Universe
yang pernah dia cari di talian internet.
“Sarah” balas Hazmi bersahaja.
“Macam mana mereka boleh jadi
kekasih ni?” tanya Nura Afyna pelik.
“Soalan kau tu sama macam soalan
yang aku nak tanya kau selama ni, macam mana kau boleh jadi isteri kepada
Ilman?” duga Hazmi.
“Eh, tanya balik aku, itu rahsialah,
dahlah, aku banyak kerja dekat rumah, aku balik dululah” Nura Afyna segera
meninggalkan Hazmi lalu keluar dari pasar raya.
Nura Afyna menghias ruang tamu untuk
menyambut kepulangan suaminya dari pejabat yang bersamaan dengan hari jadi
suaminya. Di atas meja
dilapik dengan alas meja yang baru dibeli beberapa hari yang lalu. Sudu, garpu,
pinggan dan cawan diletakkan di tepi meja manakala kek diletakkan di bahagian
tengah meja. Hadiah yang baru dibelinya diletakkan di dalam bilik. Dia berasa
malu untuk tunjukkan hadiah tersebut di hadapan bapanya sedangkan hadiah yang
dibelinya biasa-biasa sahaja. Sementara menunggu kepulangan Ahmad Ilman, dia
membersihkan dirinya di kamar mandi dan menukar pakaian yang cantik untuk
meraikan suaminya yang tercinta.
Ahmad
Ilman mendapat panggilan daripada bapanya. Bapanya telah membuka cerita
mengenai hari jadinya pada hari ini. Lantas, Ahmad Ilman mengetahui tujuan
isterinya yang meminta izin daripadanya untuk ke pasar raya. Dia
memberitahu ayah mentuanya dan emak mentuanya mengenai majlis hari jadinya.
Mereka mahu berkumpul bersama-sama. Namun, Syamira tidak larat untuk turut
serta walaupun beberapa kali dipujuk oleh Puan Mahirah. Aku tak nak rosakkan
majlis ni, kalau kak Fi tengok muka aku ni, mesti dia berperang dengan aku,
kata hati Syamira. Ahmad Ilman membeli sedikit makanan untuk memeriahkan
majlis. Dia solat di rumah ayah mentuanya sementara menunggu mak mentuanya menukar
pakaian.
Lama Nura Afyna menunggu suaminya
pulang sehingga dia terlena di atas sofa. Dia terlalu letih membuat persiapan
untuk menyambut ulangtahun kelahiran suaminya. Semasa suaminya pulang, dia
tidak sedar akan kehadiran suaminya lalu terkejut apabila mengetahui ada emak
dan ayahnya di hadapannya.
“Eh, abang dah balik kerja, mak dan
ayah pun ada” kata Nura Afyna sambil bangun daripada terus terbaring. Dia
mencapai tangan suaminya untuk membantunya bangun lalu dia mencium tangan
suaminya.
“Ya sayang, cepat siap, abang dah
tak sabar nak makan kek yang sayang buat tadi” kata Ahmad Ilman dengan
bersemangat.
“Alah, abang dah tahu, ingatkan nak
buat surprise, tak jadilah rancangan
Fyna, mak dengan ayah duduk dulu ya, Fyna ambilkan air” Nura Afyna merajuk
kepada suaminya lantas memeluk emak dan ayahnya yang amat dirinduinya.
Majlis hari jadi berjalan dengan
lancar seperti diharapkan. Bapa, ayah dan emaknya telah pulang ke rumah
masing-masing. Sekarang tinggal Nura Afyna dan Ahmad Ilman di rumah. Ahmad
Ilman menolong isterinya mengemas semula rumah. Nura Afyna menunggu masa yang
sesuai untuk memberi hadiah kepada suaminya.
Mana hadiah birthday aku, bila isteri aku nak bagi ni, aku siap buat surprise dekat dia kut dulu, bagi hadiah
cincin dan bunga lagi tu, gumam hati Ahmad Ilman semasa mengelap meja. Nura
Afyna membasuh pinggan sambil berfikir ayat romantis yang ingin diucapkan pada
suaminya nanti di dalam bilik.
“Sayang…sayang, jom masuk bilik”
Ahmad Ilman memanggil isterinya dengan nada lembut.
“Ya abang” sahut Nura Afyna. Masuk
bilik? Ada makna lain ke tu?, desis hatinya.
Ahmad Ilman sedang membuka baju
kemeja semasa Nura Afyna memasuki bilik. Nura Afyna mula mengeluarkan hadiah
daripada almari bajunya. Hadiah itu disorokkan di belakang badannya.
“Abang” “Sayang” serentak Nura Afyna
dan Ahmad Ilman saling berpandangan dan memanggil antara satu sama lain.
“Tak pelah, abang cakap dulu, hari
inikan birthday abang” kata Nura
Afyna setelah menunggu beberapa saat untuk suaminya membuka bicara.
“Oh, takpe-takpe, sekarang giliran
sayang pula cakap, tadi pun abang yang banyak cakap” balas Ahmad Ilman lalu
melapangkan tangannya.
“Abang, surprise!” Nura Afyna menghulurkan hadiah kepada suaminya sambil
mengukir senyuman lebar dan mengerdip matanya beberapa kali.
“Apa ni?” jawab suaminya dengan rasa
tidak bersalah. Namun dalam hatinya sudah memancar-mancar cahaya gembira.
“Hadiahlah..” Nura Afyna menundukkan
wajahnya tanda merajuk. Ahmad
Ilman merapatkan jaraknya dengan isterinya lalu memeluk isterinya.
“Terima
kasih sayang”
“Abang
ni kan… saja buat sayang macam ni” kata Nura Afyna dalam pelukan suaminya.
Ahmad Ilman mengambil hadiah daripada isterinya lalu melepaskan pelukan dan
duduk di atas katil. Dia menepuk katil beberapa kali menyuruh isterinya duduk
di sebelahnya. Nura Afyna duduk di sebelah suaminya dan terus menundukkan
wajahnya.
“Boleh
tolong bukakan tak sayang” kata Ahmad Ilman sambil menghulurkan bungkusan
hadiah tadi kepada isterinya. Kenapa dengan abang aku ni, sekejap dia buat aku
rasa nak merajuk, sekejap dia buat jantung aku berdegup kencang memahami maksud
di sebalik perbuatannya itu, ke aku yang mengarut sekarang ni, desis hatinya.
“Abanglah
buka, barulah ada rasa berdebar-debar hati abang tu” Nura Afyna menolak tangan
suaminya ke arah dada suaminya.
“Okay..kalau macam tu, tapi malam
nantilah, abang tak mandi lagi ni”
“Laa…
sekaranglah” kata Nura Afyna sambil memuncungkan mulutnya.
“Yalah,
yalah abang buka sekarang” Ahmad Ilman membuka balutan hadiah dengan sangat
gopoh. Ternganga mulut Nura Afyna dibuatnya.
“Baju
ni… yang abang tengok hari tu kan, terima kasih ya sayang” Ahmad Ilman
menayangkan baju kemeja-t berwarna merah lalu memadankan pada badannya. Elok-elok
sahaja saiznya.
“Ya, sama-sama, abang suka tak?”
“Mestilah, sayang bagilah apa-apa
hadiah sekalipun, abang pasti suka, tapi kalau tak cukup duit nanti, bagitahu
abang ya, jangan sorok-sorok, mahal baju ni” kata Ahmad Ilman setelah melihat
jenama baju kemeja-t.
“Tengah sale sekarang ni, tu yang sayang ambil baju ni, abang janganlah
risau. Okay, sekarang giliran abang
pula nak cakap apa” balas Nura Afyna. Ahmad Ilman tersenyum.
“Abang cakap malam nantilah, lepas
badan abang segar” kata Ahmad Ilman lalu dia mencium dahi Nura Afyna sebelum
masuk ke dalam kamar mandi.
oleh: Anggerik Mekar

0 comments :
Post a Comment