Bab 29
BAB 29
Jemputan
ke majlis perkahwinan
Nura
Afyna binti Fadhli
Dan
pasangannya
Ahmad
Ilman bin Hafizuddin
Megat Arif membaca sekeping kad undangan majlis
perkahwinan yang diberikan oleh Hazmi kepadanya. Hazmi menjemput kawannya untuk
menemaninya pergi ke majlis perkahwinan Nura Afyna. Hazmi tidak ada kekuatan
untuk melihat Nura Afyna menikah dengan orang lain namun dia mungkin terlepas
untuk melihat senyuman paling bahagia daripada kawan lama merangkap cinta
pertama waktu zaman sekolahnya.
Semasa Megat Arif membelek kad kahwin, Sarah ada di
hadapannya sedang menikmati sajian waktu tengah hari. Sarah terbaca nama Ilman
di kad kahwin lantas mengambil kad itu untuk mendapat kepastian. Memang sah dia
Ilman yang aku kenal dulu, bisik hati Sarah.
“Kenapa ni, main ambil je” marah Megat Arif kepada
kekasihnya.
“Sorrylah Bi, nama ni macam honey pernah
kenal”
“Honey
kenal ke? Jomlah ikut
sekali nanti, temankan Bi dan Hazmi pergi sana”
“Ikut?
Tak bolehlah, Sabtu ni ada modelling shoot,
tapi kalau Bi tolong bagikan hadiah honey dekat pengantin tu boleh tak?”
“Boleh je honey” kata Megat Arif sambil meletakkan kad
kahwin di atas meja. Ahmad Ilman bin Hafizuddin, sekarang kau yang akan aku
kejar, kata hati Sarah sementara mulutnya menyedut jus tembikai.
Menu
makan tengah hari di Hotel Impiana sudah menjadi makanan rutin bagi pasangan
kekasih yang sudah dua tahun berhubungan. Megat Arif mengenali Sarah semasa
mereka bersama-sama membuat pengambaran di London bagi sebuah majalah fesyen di
sana. Keluarga Sarah merestui hubungan mereka dan memberikan kepercayaan kepada
Megat Arif untuk menjaga Sarah selama mereka berada di Malaysia.
Setelah
selesai makan, Megat Arif menemani Sarah membeli belah di sebuah pasar raya.
Sarah bagaikan bidadari bagi Megat Arif dan semua kemahuan Sarah diturutinya.
“Bi,
honey nak baju ni dan kasut ni, boleh ya” Sarah membodek Megat Arif agar
membelikan keperluannya.
“Boleh
Honey, anything for you”
Kelibat Nura Afyna di pasar raya
bersama kawan-kawan Megat Arif membuka ruang untuknya mengenali orang yang ada
disekeliling isteri bekas kekasihnya. Apa kaitannya Bi dengan Fyna dan siapa
pula kawan Bi yang bercakap dengan Fyna?, tanya hatinya. Pulang sahaja dari
berlepak dengan kawan-kawan kekasihnya, dia memandu kereta miliknya menuju ke
sebuah rumah banglo mewah yang ada di sebalik kesibukan kota raya. Rumah banglo
yang dikelilingi dengan taman bunga mengindahkan lagi keseriannya sebagai
seorang model. Dia menuruni keretanya bersama kekasihnya masuk ke dalam rumah.
“Bi, may I ask you something?” tanya Sarah apabila kakinya melangkah ke
arah dapur.
“Just
say it Honey” jawab Megat Arif lalu menghampiri kaunter air di dapur dan
duduk di kerusi.
“Tadi ada tak kawan you yang bagi
kad perkahwinan haritu?” tanya Sarah lalu duduk di kerusi sebelah Megat Arif.
“Oh, you mean Hazmi? Ada tadi, kalau tak silap tadi dia ada berbual dengan
seorang perempuan, I pun tak kenal
sangat, tapi pernah nampak, maybe
waktu kahwin kawan Hazmi” Megat Arif mula berkerut dahi mengingati sesuatu.
“Oh I see, rasanya mereka mesti rapat, can you ask him who is the girl and what their relation” Sarah
mengangguk lalu mengambil gelas di atas almari yang tergantung.
“Okay Honey” balas Megat Arif. Dia
mengambil minuman jus di dalam peti ais yang berpintu dua di bahagian tepinya.
Ahmad Ilman keluar dari kamar mandi
dengan bertuala melilit pinggangnya menutupi pusat hingga lututnya. Hatinya
kian berbunga berada di sisi Nura Afyna untuk sebulan sepanjang cuti semester. Baju pemberian isterinya diambil dari almarinya lalu
disarungkan ke tubuhnya. Tak sangka aku, isteri aku ni tahu je baju apa yang
aku suka, desis hatinya. Kemudian dia membuka kembali baju kemeja T untuk
disimpan kembali ke dalam almari. Takkan nak pakai dekat rumah, cantik sangat
ni, bisik hatinya. Sehelai baju kemeja T berwarna hijau yang berada dalam
lipatan diambilnya.
Nura
Afyna masuk ke dalam bilik disaat suaminya sudah lengkap berpakaian. Dia
mendekati suaminya sambil bibirnya tidak lekang dari senyuman manis untuk
suaminya. Suaminya juga tersenyum. Apabila tubuhnya dan tubuh suaminya sudah
hampir, tangannya menyambut tangan suaminya lalu dibawanya ke hadapan.
“Nak
ke mana ni sayang” kata Ahmad Ilman apabila tangannya digenggam isterinya yang
masih tersenyum.
“Ada…lah,
ikut je sayang” balas Nura Afyna gembira. Dia membawa suaminya ke ruang tamu.
Di ruang tamu, beberapa anak kecil menanti di atas sofa sambil bermain-main sesama
sendiri. Ahmad Ilman terkejut dengan kejutan isterinya lantas kedua-dua belah
tangannya memegang kepalanya seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
“Sayang, abang tak bermimpi kan?”
tanya Ahmad Ilman keriangan sambil memegang bahu isterinya.
“Tidak abang. Abang tak bermimpi,
nilah anak-anak syurga yang abang sayang tu” balas Nura Afyna sambil dada
suaminya dilekapkan dengan tapak tangannya. Ahmad Ilman merapati anak-anak
kecil dari rumah anak yatim yang dianggapnya seperti keluarganya sendiri.
“Abang Long!” pantas sahut anak-anak
kecil lantas mengerumuninya.
“Ya, mari sini, dekat dengan Abang
Long. Abang Long rindu sangat dengan kamu semua” Ahmad Ilman merendahkan
tubuhnya sehingga dia terduduk. Anak-anak kecil terlalu erat memeluk Abang Long
yang sudah lama tidak bersua.
“Abang Long, Hariz rindu dengan
Abang Long, dah lama rasanya kita tak berjumpa” kata Hariz yang sudah menangis.
“Hariz jangan menangis ya, Abang
Long sibuk sikit. Tu yang tak sempat nak jumpa adik-adik abang semua” balasnya
lembut lalu mengusap-usap bahu Hariz yang amat rapat dengannya berbanding
anak-anak kecil yang lain.
“Nasib baik ada kakak cantik ni, dia
yang ajak kami, dia kata ada birthday
party abang” Hariz memandang wajah Nura Afyna yang masih berdiri melihat
telatah suaminya dengan anak-anak yatim. Ahmad Ilman turut memandang Nura Afyna
lalu dia tersenyum.
“Sayang, mari sini. Abang kenalkan
dengan adik-adik abang” panggil Ahmad Ilman lembut. Nura Afyna menurut kata
suaminya lalu duduk di sebelah suaminya.
“Ni Hariz, Nina, Yati, Wani, Syaf,
Nisa, Ayie, Najmi, Hazril dan Nabil” Ahmad Ilman memperkenalkan satu per satu
anak-anak kecil di sekelilingnya lalu anak-anak kecil mencium tangan isterinya.
“Wah, comel-comel mereka ni abang”
puji Nura Afyna tatkala anak kecil terakhir diperkenalkan oleh suaminya.
“Memang comel sayang” pantas dibalas
suaminya.
“Eii, Abang Long panggil kakak tu
sayang! Siapa dia, Abang Long?” kata Hariz membuat Nura Afyna dan Ahmad Ilman
ketawa serentak. Ketawa kerana mereka terlalu manja di hadapan anak-anak kecil.
“Lupa nak kenalkan dekat adik-adik abang semua. Ni
isteri Abang Long. Cantikkan orangnya? Isteri abang ni baik, penyayang, dan paling
penting dia pandai jaga abang seperti abang jaga dia” Nura Afyna sudah malu
dengan pujian suaminya. Pipinya jelas kemerahan. Anak-anak kecil
tersenyum-senyum melihat Nura Afyna sudah menutup muka menahan malu.
“Okay,
nampaknya isteri abang ni dah malu” Ahmad Ilman turut tersenyum lalu mencapai
tangan Nura Afyna daripada terus menutup muka.
“Abang Long kamu ni suka usik kakak.
Jom kita makan kek!” Nura Afyna segera ke dapur. Dia membuka peti ais dan
mengambil kek yang hanya separuh bulat. Separuh lagi sudah dimakan olehnya dan ahli
keluarganya petang tadi. Dia meletakkan kek di atas meja di ruang tamu. Ahmad
Ilman mengambil beberapa piring dari dapur lalu diletakkan di sebelah kek.
“Siapa yang nak potong kek? Atau
semua orang nak rasa potong kek?” pelawa Ahmad Ilman lalu semua anak kecil mengangkat
tangan mahu menjadi pemotong kek.
“Okay,
okay. Kita mula dengan yang paling tua dulu, Hariz. Lepas tu yang lain pula
ya” Anak-anak kecil bersiap sedia dengan beratur di belakang Hariz. Nura Afyna
mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya. Dia mengambil gambar setiap
kali pisau plastik bertukar tangan.
Majlis hari jadi pada waktu malam
yang tidak terduga oleh Ahmad Ilman membuat hatinya begitu gembira. Wajah isterinya dilihat dari jauh yang sedang melayan
kerenah anak-anak yatim. Jelas menunjukkan Nura Afyna suka akan kanak-kanak.
Dia merapati isterinya lalu menarik lengan isterinya menuju ke arah dapur. Nura
Afyna hanya membututi suaminya hingga ke dapur. Ahmad Ilman membancuhkan
minuman koko untuk isterinya. Nura Afyna hanya memandang suaminya
membancuh air dan dia mengagak yang minuman tersebut untuk dirinya. Selesai
siap susu dibancuh, Ahmad Ilman menghulurkan minuman koko kepada isterinya. Nura
Afyna tersenyum sambil mengambil gelas di tangan suaminya. Mereka mengambil
tempat di atas kerusi sebelah menyebelah di meja makan.
“Terima kasih buatkan Fyna susu ni,
sedap sangat, lebih-lebih lagi kalau abang yang buatkan” ucap Nura Afyna
ikhlas.
“Sama-sama, sedap kan? Tengoklah
tangan siapa yang bancuhkan. Abang pun nak ucap terima kasih, tak ada hadiah
yang lebih bermakna daripada orang yang kita sayang. Hadiah baju petang tadi
dan hadiah kedatangan adik-adik kesayangan abang. Cuma satu je lagi, hadiah
yang abang nak tapi abang tak cakap lagi” balas Ahmad Ilman sambil melihat
isterinya meneguk minuman koko.
“Hish, mestilah tangan suami sayang
yang baik ni. Sekejap, abang nak hadiah lagi? Hadiah apa? Sayang akan usahakan
penuhi permintaan abang” riak wajah Nura Afyna berubah risau.
“Malam ni…” ayat Ahmad Ilman tergantung apabila Hariz
menghampirinya.
“Apa
dia Hariz? Dah kenyang?” tanya Ahmad Ilman kepada Hariz yang duduk di atas
ribanya.
“Hariz
mengantuklah, nak tidur sini boleh, Abang Long?” manja suara Hariz membalas
soalan Ahmad Ilman.
“Hariz, boleh tapi bukan hari ni ya.
Sebab nanti warden marahkan Abang Long. Tak minta izin awal-awal. Nanti Abang
Long telefon warden, ambilkan Hariz dan adik-adik lain” jawab Ahmad Ilman
dengan sedikit rasa bersalah.
“Baiklah” jawab Hariz lemah lalu ke
ruang tamu semula.
“Abang, tak apa ke? Nanti menangis
pula Hariz tu” Nura Afyna membuka mulut apabila kelibat Hariz hilang dari
pandangan mereka.
“Tak apa, dia tu manja sikit.
Sekejap ya abang nak call warden
mereka” balas Ahmad Ilman lembut. Dia mengambil telefon bimbitnya di poket
seluar sebelah kanannya. Nura Afyna mendengar setiap butir kata suaminya ketika
dalam talian dan jelas kedengaran suara warden yang risau memandangkan malam
sudah hampir lewat.
“Lega sikit dah cakap dengan warden mereka, risau
betul dia. Okay, abang nak sambung
balik ayat abang yang tergantung tadi. Jom, malam ni” kata Ahmad Ilman lalu mengangkat keningnya
sedikit. Nura Afyna sedikit cuak. Malam ni, buat apa tu,
desis hati Nura Afyna.
“Buat apa abang? Sayang kurang faham
sikit” jujur Nura Afyna kepada suaminya sambil menghulurkan gelas yang masih
berbaki minuman koko.
“Kalau tak faham pun, buat-buat faham je lah, abang
dah rindu sangat ni. Rasanya last pun
minggu lepas rasanya” jawab Ahmad Ilman seakan merajuk namun tangannya pantas
mengambil gelas dari tangan isterinya. Nura Afyna memikirkan maksud akan
kata-kata suaminya dan baru dia memahami maksud suaminya.
“Ish
abang ni, gatal” pantas tangannya mencubit manja lengan suaminya.
“Lantaklah nak cakap apa ke, yang
pasti tempat yang sayang cubit ni, kena sihat balik, kalau tak…” Ahmad Ilman
menggosok-gosok lengannya yang sedikit sakit. Ni bukan cubit manja, dah tahap
ketam ni, dengus hati Ahmad Ilman.
Pon…Pon….
Bunyi
kereta warden berbunyi. Ahmad Ilman dan Nura Afyna serentak berdiri maju ke
ruang tamu. Dari celah langsir, Ahmad Ilman melihat sebuah van berwarna biru
sudah berada di luar pagar. Ahmad Ilman membuka jeriji pintu
utama, kemudian membuka pintu pagar. Anak-anak yatim berlari-lari keluar rumah menghampiri warden mereka.
Setelah anak-anak yatim bersalaman dengan Nura Afyna dan Ahmad Ilman, mereka
masuk ke dalam van. Van bergerak meninggalkan perkarangan rumah Ahmad Ilman
seiring dengan lambaian tangan anak-anak yatim dalam van kepadanya.
“Alhamdulillah
semuanya sudah selesai” ucap Ahmad Ilman di sebelah isterinya.
“Alhamdulillah
abang. Kita dah gembirakan hati mereka. Moga hati mereka sentiasa
ceria” balas Nura Afyna sambil menatap mata suaminya.
“Jomlah kita masuk rumah” kata Ahmad Ilman dalam nada
tergesa-gesa.
“Relaxlah abang, tak lari pun sayang ni.
Tapi kali ni, sayang nak larilah” kata Nura Afyna perlahan namun dia melarikan
diri dari suaminya sebelum menghabiskan ayatnya.
“Jangan
cabar abang sayang” Ahmad Ilman mengejar isterinya yang sudah masuk ke dalam
rumah.
Nura
Afyna tahu akan kudratnya. Dia hanya menyembunyikan diri di bawah meja makan
memandangkan alas meja agak panjang dan kedudukan meja yang dekat dengan
dinding. Jantungnya berdebar-debar menunggu suaminya menjumpainya. Apa yang dia
nak buat dengan aku malam ni? Dah lah aku cabar dia tadi, bisik hatinya. Ahmad
Ilman tahu akan permainan yang sedang dia aturkan. Dia akan mencari isterinya
di sebalik pintu. Kalau tidak jumpa, dia akan mencari isterinya di bawah meja
makan. Kalau tidak ada juga, kelemahan isterinya akan digunakannya. Keluarga
Fyna!
“Sayang…sayang,
dekat mana sorok tu ya! Abang tak jumpalah” panggil Ahmad Ilman tatkala dia
mencari sebalik pintu bilik. Namun, hampa yang diterimanya. Bawah meja kut,
bisik Ahmad Ilman.
“Yes, dah dapat!” jerit Ahmad Ilman
apabila dia melihat bayang kaki isterinya. Dia segera mencapai kaki isterinya
lalu menarik keluar dari bawah meja. Nura Afyna ketawa kegelian. Dia merelakan
sahaja kakinya ditarik suaminya. Apabila seluruh badannya sudah berada di luar
kerusi, Ahmad Ilman mengangkat isterinya sehingga isterinya berada dalam
keadaan berdiri.
“Agak-agaknya ada chance nak lari lagi tak? Atau nak abang
geletek sampai pengsan…” duga Ahmad Ilman. Nura Afyna cuba melarikan diri
sekali lagi namun suaminya pantas memeluknya. Dia akur lalu dia masuk ke dalam
bilik sementara badannya digeletek suaminya sepanjang pergerakan mereka ke
dalam bilik.
oleh: Anggerik Mekar

0 comments :
Post a Comment