Bab 6

Bab 6


BAB 6

“Aku terima nikahnya Nura Afyna binti Fadhli dengan mas kahwin seribu satu ringgit tunai” lafaz Ahmad Ilman dengan tenang ketika berjabat tangan dengan tok kadi. Dengan sekali lafaz, kini Nura Afyna sah menjadi isteri kepada Ahmad Ilman.
Kegembiraan bercampur sedih dirasakan Nura Afyna saat lafaz nikah dilafaz Ahmad Ilman. Dia bersyukur kini dia telah sah menjadi isteri kepada Ahmad Ilman. Tempoh tiga bulan pertunangan telah dilaluinya dengan baik. Pada awalnya memang pahit diterimanya, namun lama kelamaan hatinya terpaut pada hati Ahmad Ilman. Dia juga sedih kerana dia akan berpisah tempat tinggal dengan mak dan ayahnya. Puan Mahirah mencium pipi anak kesayangannya dengan penuh kasih sayang. Air matanya mengalir sejernih mata air. Tiada kata yang dapat dia ungkapkan saat ini melainkan kata syukur kepada yang Maha Esa.
Doa dipanjatkan tanda kesyukuran kepada Illahi. Ahmad Ilman melakukan solat sunat nikah sebelum menyarungkan cincin nikah ke jari pengantin yang belum disentuhnya selama ini.
“Ya Allah, kukuhkanlah hubungan ini. Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana telah mengizinkan aku menjadi teman hidupnya” doa Ahmad Ilman selepas selesai menunaikan solat sunat nikah.
Kini tibalah masanya pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari manis Nura Afyna. Itulah kali pertama Ahmad Ilman memegang tangannya yang lembut bak sutera. Dahinya dikucup lama oleh Ahmad Ilman.
‘Dengan izin Allah, aku bersedia menanggung semua tanggungjawabku terhadap kamu dan segala kemungkinan yang akan aku terima dari dirimu. Dengan izin Allah, kamu menjadi isteriku yang akan aku jaga, kasihi, dan sayangi. Taatlah kamu akan perintahku dalam langkah menggapai syurgaNya’ bisik hati Ahmad Ilman.
Hati Nura Afyna begitu malu. Semua mata tertumpu padanya. Senyuman terukir di bibirnya. Kini tiba pula giliran Nura Afyna untuk mencium tangan suaminya. Mukanya menjadi merah padam. Nura Afyna teragak-agak untuk melakukan perkara itu. Akhirnya dia mengalah dengan rasa malu di hatinya, dia mencium tangan Ahmad Ilman setelah semua menantikan dia untuk melakukan hal itu.
‘Ya Allah, aku dapat rasakan sesuatu bila aku mencium tangannya. Inikah permulaan ketaatanku kepada suamiku setelah ketaatanku kepadaMu. Hati ini merasakan getaran. Perasaan apakah ini?’ bisik hatinya.
Setelah selesai sesi akad nikah di Masjid Sungai Rapat, semua ahli keluarga pulang ke rumah untuk menyambut tetamu yang bakal datang ke majlis perkahwinan antara Ahmad Ilman dan Nura Afyna. Ahmad Ilman menelefon kumpulan kompang untuk datang di hadapan masjid. Sekumpulan pemain kompang datang seperti yang dipinta. Pertama kali mata bertemu mata dengan salah seorang kawan Nura Afyna yang menjadi ahli kompang membuat mata mereka terbeliak. Nura Afyna berlagak tidak kenal. Namun, muka Nura Afyna yang tidak jauh berbeza sejak dari sekolah rendah menyebabkan lakonannya tidak menjadi. Terpaksalah dia akur.
Kompang dipalu-palu oleh kumpulan kompang. Dari masjid hingga ke rumah pengantin perempuan hanya mengambil masa lima minit untuk sampai. Sepanjang itu, bunyi kompang kedengaran. Nura Afyna dan Ahmad Ilman saling berpegangan tangan ketika berjalan di belakang kumpulan kompang. Mereka tersenyum dek kerana diraikan sebegini rupa. 
Sinar lensa kamera menyinari rumah Nura Afyna. Dia bagaikan bidadari yang turun dari langit. Semua mata memandang kearahnya yang berseri-seri. Biasalah hari ini dia digelar raja sehari. Kawan-kawannya mengucapkan tahniah kepadanya. Kawan-kawan Ahmad Ilman juga turut mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Setelah selesai majlis, keluarga kedua-dua belah pihak memperkenalkan diri. Secara tidak langsung, ukhuwah antara mereka dengan keluarga kedua-dua belah pihak terjalin.
Pada malam harinya, ketika sanak-saudara sebelah pengantin perempuan mula memenuhi rumahnya, Nura Afyna sibuk berada di dapur membasuh pinggan-pinggan yang ada. Dia terlupa yang kini dia sudah menjadi isteri orang bukannya masih anak dara yang sering diusik supaya rajin mengemas rumah. Cepat-cepat dia bersiap dan kemudian mahu ke bilik untuk mandi. Sewaktu memasuki bilik pengantin, suaminya baru sahaja keluar dari kamar mandi dengan hanya memakai tuala aras pinggang. Aduh, dia ni, agak-agaklah pakai tuala macam tu, getus hatinya. Dia sudah malu-malu dan terus memasuki kamar mandi tanpa berkata apa-apa. Ahmad Ilman yang memandang hanya tersenyum dengan tingkah laku isterinya yang seperti budak tahun tiga berlari-lari hendak merebut giliran masuk kamar mandi. Nak buat macam mana kahwin dengan budak tak matang, desis hatinya. Dia ketawa kecil. Nura Afyna terdengar ketawa suaminya. Tak apa, nanti aku pula gelakkan kau, bisik hatinya.
            Sesungguhnya ku ada hati, padamu yang manis selalu, cintaku kini untuk kamu
            Nura Afyna menyanyi perlahan ketika mencurah air ke tubuhnya. Gembira hatinya saat ini walaupun baru digelakkan oleh suaminya. Misi dia seterusnya untuk mengalahkan Ahmad Ilman.
Suaminya telah siap memakai baju hanya dirinya yang belum bersiap. Walaupun sudah sah menjadi suami isteri, dia masih memakai tudung di hadapan suaminya. Dia malu hendak membuka tudung. Nanti suaminya fikir yang dia ingin menggoda suaminya.
“Fyna ni apahal, buka je lah tudung tu”
“Mana boleh”
“Tak nak buka ya?”
“Tak nak”
“Betul tak nak buka ni, atau… nak abang bukakan” kata Ahmad Ilman sambil menjengket-jengket keningnya.
“Hah!” Nura Afyna melarikan diri terus menuju ke kamar mandi.
“Dahlah Fyna, abang tak kacau Fyna dah, abang tunggu dekat luar”
“Betul ni?”
“Ya sayang” Ahmad Ilman terus keluar dari bilik. Dia menunggu di depan pintu sambil membaca surat khabar.
 Selepas bersiap dan memakai tudung semula, Nura Afyna keluar ke ruang tamu untuk bertemu dengan sanak-saudaranya. Semua yang hadir memerhatikan setiap tingkah laku pengantin baru. Yang muda-muda dan sebaya dengannya, semuanya sudah tersenyum-senyum. Apa tidaknya, orang lain umur 18 tahun masih single, dia pula sudah naik satu tingkat iaitu berstatus just married.
“Lepas ni nak main dengan siapa lagi ya Fyna. Kau dah jadi isteri orang” kata Fatehah.
“Ala Teha, kalau kau nak main dengan aku datang je lah rumah aku, aku pasti Ilman kasi punya” balas Nura Afyna setelah melihat wajah Fatehah yang sudah monyok kerana kesedihan.
“Budak 18 tahun main-main lagi ke? Tak matang betul la kau orang ni. Tak boleh datang rumah abang.” Ahmad Ilman kacau daun.
“Apa abang ni, bukan orang lain pun, sepupu Fyna juga” Nura Afyna berkata dengan nada yang tinggi sedikit namun dengan manja. Ops, aku tercakap abang ke tadi?, bisik hatinya.
Sanak saudara yang lain yang terdengar kata-katanya, terus tergelak kerana dia membahasakan suaminya dengan panggilan abang.
“Romantis sungguh pengantin baru ni, apa tunggu lagi, jomlah mulakan acara buka hadiah, Makcik Nor dah tak sabar nak tengok hadiah apa yang korang dapat.”
Kata-kata Makcik Nor mendapat sokongan daripada tetamu yang hadir. Mereka memulakan acara membuka hadiah. Syamira membacakan semua ucapan yang tertulis di setiap kad. Meriah sungguh. Dari satu hadiah ke satu hadiah dibukanya. Semuanya cantik-cantik sehinggalah ke satu hadiah yang sangat misteri. Tiada nama pengirim ditulis, hanya ucapan yang menyakitkan hati mereka.
Selamat pengantin baru
Seronoklah dapat aku punya
Aku akan ambil balik apa yang menjadi hak aku
Ilman tu tetap milik aku
Tiada siapa yang boleh milikinya
Hanya aku okay!
- S-
Syamira terlepas cakap. Sepatutnya dia berhentikan sahaja kata-katanya sebelum semuanya menjadi lebih rumit. Semua yang hadir terkejut. Ahmad Ilman turut terkejut. Apa makna semua ini?, hati Nura Afyna berbicara.
 “Saya harap semua bertenang, saya tak pernah ada apa-apa hubungan dengan mana-mana perempuan. Hanya Fyna yang saya cintai, yang ada di hati ini. Percayalah.” Ahmad Ilman mencelah bagi menenangkan keadaan.
Semua yang hadir kembali tenang namun masih ada yang tertanya-tanya siapa gerangan pengirimnya. Acara seterusnya adalah berbarbeque di halaman rumah. Ahmad Ilman turut membantu untuk menarik perhatian isterinya. Dia tidak mahu melihat isterinya bersedih lagi dengan perkara itu. Namun jauh di sudut hatinya, dia masih memikirkan siapalah perempuan yang namanya bermula dengan huruf ‘S’ dan sungguh berani memberi hadiah itu.
 Sanggupkah Fyna menahan calar di hatinya walaupun baru menjadi seorang isteri?, tanya Ahmad Ilman dalam hati. Sesungguhnya Allah sedang menguji hambaNya yang baru membina mahligai rumah tangga. Setelah selesai, semua yang hadir pulang ke rumah masing-masing. Nura Afyna kelihatan gembira. Ahmad Ilman memerhatikan isterinya dari jauh. Hatinya turut lega apabila melihat wajah isterinya yang bersih itu. Malam sudah semakin tua, semua penghuni rumah sudah masuk tidur. Hanya Ahmad Ilman dan Nura Afyna yang masih terjaga. Nura Afyna sudah berada di dalam bilik pengantin manakala Ahmad Ilman baru selesai menunaikan solat Insyak di ruang tamu. Nura Afyna duduk di atas katil dan termenung tanpa berkata apa-apa. Ahmad Ilman memasuki bilik pengantin dan menutup pintu bilik lalu dikuncinya. Dia memanggil isterinya dengan lembut.
                        “Sayang...Kenapa termenung ni?” Ahmad Ilman memanggil Nura Afyna namun tidak disahut olehnya.
Ahmad Ilman mendekati isterinya yang sedang duduk di birai katil. Saat bahu isterinya disentuh olehnya, isterinya mula menangis teresak-esak. Nura Afyna tidak sanggup menerima khabar yang begitu menyakitkan hatinya. Deritanya tidak dapat dipendam lama-lama dalam hati. Dia hanya tertunduk kerana malu sekiranya suaminya melihat wajahnya yang sedang kemerah-merahan akibat menangis. Hati mana yang tidak sedih kalau ada orang lain yang ingin menghancurkan kebahagiaan yang baru sahaja dikecapinya. Ahmad Ilman hanya membisukan diri kerana dia tahu isterinya tidak akan menghiraukan kata-kata yang keluar daripada mulutnya. Dia teragak-agak untuk memeluk isterinya namun sedikit demi sedikit dibuangkan rasa segan yang ada dalam dirinya untuk isterinya. Dia lantas memeluk isterinya dengan begitu erat. Dia tidak mahu isterinya menanggung seorang diri masalah yang menimpa mereka pada waktu ini. Malah, pelukan mampu memberi rasa ketenteraman dan pengubat bagi hati yang sedih.
Kesakitan yang dialami Nura Afyna terasa semakin ringan disaatnya dalam dakapan suaminya. Tenangnya seperti menghirup bayu pagi, begitu mengasyikkan, bisik hatinya. Meskipun Ahmad Ilman tampak lebih tenang fizikalnya, namun dia tetap berasa sakit hati daripada luahan perasaan insan yang merahsiakan nama itu. Setelah tangisan isterinya reda dan meleraikan pelukan, dia cuba membuka pin tudung yang terletak di bahagian tengkuk isterinya. Isterinya hanya menurut. Sememangnya Ahmad Ilman berhak melihat rambut isterinya. Setelah beberapa tahun Nura Afyna menjaganya daripada dilihat lelaki ajnabi, kini sudah tiba masanya untuk dipersembahkan kepada yang berhak. Suaminya terpaku melihatnya.
“Ilman?” katanya apabila suaminya seakan-akan tidak bergerak.
“Ya” suaminya masih melihatnya, hanya mulut sahaja yang bergerak.
“Sayang cantik sangat” Kata suaminya lagi sambil membelai rambutnya.
“Terima kasih Ilman” Nura Afyna mengukir senyuman dan tertunduk malu.
“Pandanglah abang lagi, janganlah malu depan abang”
“Fyna malu… Ilman” jelas Nura Afyna. Ahmad Ilman memegang dagu Nura Afyna lalu menaikkan muka isterinya supaya memandangnya. Lama mata mereka saling berpandangan. Seakan-akan ada kejutan elektrik yang mengalir dalam badan Ahmad Ilman. Dia lantas mencium dahi isterinya. Nura Afyna yang sudah terjaga dengan ciuman suaminya itu membiarkan sahaja. Bukan sahaja dahi yang dicium Ahmad Ilman, ciumannya berpindah pula di pipi kanan lalu ke telinga isterinya. Namun, Nura Afyna menjerit kegelian sehingga dia tertampar pipi suaminya.
“Ilman, maafkan Fyna, Fyna tak sengaja” bergetar tangan Nura Afyna sambil mengusap-usap pipi suaminya.
“Eh, takpa..takpa sayang, sikit je ni” Ahmad Ilman mencapai tangan isterinya yang ada di pipinya lalu mengenggamnya.
“Abang maafkan tapi ada satu syarat, kena cium dulu” kata Ahmad Ilman sedikit manja sambil mengusap-usap pipinya. Nura Afyna melepaskan tangannya yang ada di pipi suaminya. Lantas, dia memejam mata dan mencium pipi suaminya pantas. Ahmad Ilman menggeleng-geleng kepalanya tanda tidak berpuas hati.
“Takkan sekejap je, lamalah sikit sayang” katanya sambil jari telunjuknya ditekan beberapa kali di pipi kanannya.
“Fyna letihlah Ilman, Ilman tidurlah atas katil, biar Fyna tidur atas lantai” Nura Afyna bingkas berdiri dan mengambil bantal. Aduh isteri aku ni, baru nak start romantik, getus hati suaminya.
“Eh..eh, tak boleh macam tu, isteri abang…., tidur sebelah abang” lembut tutur katanya. Dia menepuk-nepuk katil perlahan tanda arahan tidur disebelahnya. Nura Afyna menjengketkan sebelah kening. Boleh percaya ke ni, nanti buat apa-apa macam mana, fikirnya di dalam hati.
“Takut ya, takut abang buat macam-macam?”
“Eh, mana ada!” Nura Afyna buat muka selamba. Dia naik ke atas katil dan baring sebelah suaminya. Dia terus menutup mukanya dengan selimut. Ahmad Ilman hanya tersenyum dan menutup lampu. Akhirnya mereka tertidur dalam kegelapan malam yang hanya ditemani bintang-bintang berkerlipan di langit.
Kring..Kring…
Bunyi loceng telefon Ahmad Ilman berbunyi kuat. Nura Afyna terbangun daripada terus lena. Matanya dipejam celik beberapa kali. Sedikit demi sedikit matanya terbuka. Terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Siapa pula yang peluk aku ni, bisik hatinya.
“Mira, bangunlah. Dah subuh ni” pintanya dengan memikirkan keberangkalian Syamira yang memeluknya.
“Apa sayang”  suara serak Ahmad Ilman kedengaran. Lengannya dialihkan daripada pinggang isterinya.
“Ahh!” jerit Nura Afyna apabila suara lelaki yang bertandang di telinganya. Dia terus bangun dari terus mengiring.
“Shh…ni Ilman lah, suami isteri dah kita ni” dia juga terjaga dan langsung ditekup mulut isterinya dengan tangan kanannya. Nura Afyna meleraikan tangan suaminya.
“Ish yang Ilman peluk Fyna tu kenapa!”
“Salah ke seorang suami peluk isteri dia, bukannya haram pun, dah halal kan?”
“Yalah, yalah. Fyna minta maaf, tak biasa lagi”
“Haih, Ilman baru nak rasa jadi suami, okay kali ni Ilman maafkan, tapi cium dekat sini dulu” keluh Ahmad Ilman sambil jarinya menekan lembut pipi kanannya.
“Ish, ada-ada je” pantas Nura Afyna mencium pipi suaminya.
“I love you sayang” ucap Ahmad Ilman dengan manja.
“Love you too” balas Nura Afyna sekilas sebelum masuk ke kamar mandi dengan pantas. Malunya!
Solat subuh dikerjakan secara berjemaah. Selepas membaca doa, Nura Afyna mencapai tangan suaminya untuk bersalaman. Ahmad Ilman pula membalasnya dengan mencium dahi Nura Afyna. Kemudian, Ahmad Ilman duduk bersila di atas sejadah sambil membaca al-Quran. Nura Afyna pula mengemas katil yang sedikit tidak terurus sebelum bersiap untuk majlis perkahwinan di belah keluarga suaminya pula. Sesekali, Nura Afyna memandang suaminya yang khusyuk membaca al-Quran. Tenang hatinya mendengar setiap hembusan nafas suaminya dalam melantunkan ayat-ayat suci al-Quran.



0 comments :

Post a Comment