Bab 8

Bab 8


BAB 8

Ketika sinar mentari menerangi alam, pengantin baharu bersiap-siap untuk ke Port Dickson. Mereka bertolak seawal tujuh pagi lagi supaya perjalanan menjadi lancar. Bagi membiasakan diri apabila tinggal berdua di rumah, mereka pun keluar rumah untuk bersiar-siar. Ahmad Ilman yang merancang untuk ke sana. Dia mempunyai agenda tersendiri. Nura Afyna yang mengetahui pada waktu pagi semasa menunaikan solat subuh turut terkejut dengan perancangan suaminya yang tidak dipersetujui bersama. Mereka pergi ke rumah keluarga Nura Afyna, bersalaman dengan kaum keluarga yang ada.
“Abang tunggu dalam kereta ya sayang” laung Ahmad Ilman apabila isterinya masih bersalaman dengan keluarga.
“Ok, Ilman” spontan isterinya menjawab.
“Fyna panggil suami dengan panggilan namanya?” Puan Mahirah menegur anaknya dengan nada yang perlahan.
            “Ya mak”
            “Fyna kena panggil suami dengan panggilan yang menggembirakan dia” lembut emaknya menasihatinya.
            “Dia baik-baik je mak”
            “Memang nampak okay tapi dalam hati? Kita tak tahu”
            “Yalah mak, in shaa Allah Fyna cuba” dia lantas memeluk emaknya.
Dalam perjalanan menuju ke destinasi, mereka diam seribu bahasa. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Nura Afyna yang rasa kesunyian menekan punat yang berbentuk bulat untuk memasang radio. Ahmad Ilman mendengar bunyi yang hadirnya dari getaran speakerradio. Dia berasa tercabar kerana isterinya menyentuh barangnya tanpa kebenaran daripadanya.
“Fyna tak ada hak nak pegang barang-barang saya” marahnya. Isterinya terkejut lantas memarahinya pula.
“Fyna ada hak, Fyna kan isteri Ilman. Ilman lupa ke?” bentak isterinya.
Pertelingkahan menjadi tegang diantara mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah. Radio terus dimatikan oleh Nura Afyna. Dia terus menarik mukanya menghadap ke tingkap di sebelahnya. Tiba-tiba ada seekor anjing melintas jalan. Brek kecemasan lantas ditarik Ahmad Ilman. Kedua-duanya terlantun kehadapan. Nasib baik tiada sesiapa yang tercedera. Anjing itu pun tidak mengalami apa-apa kecederaan lantas melarikan diri ke semak samun bersebelahan jalan raya besar.
“Sayang tak apa-apa ke?” soal Ahamd Ilman kepada isterinya sambil mengusap kepala isterinya.
“Fyna terkejut sikit. Nasib baik tak cedera, Fyna minta maaf ya” balas isterinya. Ilman mengangguk lantas berkata kepada isterinya.
            “Abang pun nak minta maaf, salah abang juga sebab marah-marah sayang”
Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, Nura Afyna memegang lengan suaminya supaya tidak memarahinya lagi. Mereka kembali ceria dan memasang radio. Tanpa disedari rupa-rupanya mereka telah sampai ke destinasi yang ditujui. Ahmad Ilman mengeluarkan tikar manakala Nura Afyna membawa keluar bekalan untuk dimakan bersama. Mereka berkelah di bawah sebuah pokok yang rendang dan redup.
“Sayang, kita nak berbulan madu di mana? Abang cadang kita pergi ke Cameron Highlands” Ahmad Ilman mula berbicara apabila mereka sudah duduk di atas tikar.
“Fyna tak kisah, dekat mana-mana pun Fyna ikut. Lagipun Fyna tak pernah survey dalam internet, destinasi mana yang paling terbaik untuk berbulan madu” jawabnya.
Ketika mereka menikmati roti sandwich yang pertama kalinya dibuat oleh Nura Afyna untuk suaminya, mereka berpeluang menyaksikan keindahan alam di kala matahari semakin naik menerangi alam semesta.
“Abang… Man, lihat tu, cantik kan!” kata Nura Afyna sambil jarinya menunjukkan ke arah matahari yang sedang naik.
“Yela sayang, sangat cantik, Subhanallah!” Ahmad Ilman merapatkan tubuhnya dekat dengan tubuh isterinya lalu memeluk isterinya dari sisi. Dia tersedar isterinya mula memanggilnya sebagai ‘Abang Man’. Kena nasihat lah tu, kata hatinya.
Nura Afyna hanya tersenyum kerana suaminya pandai menarik hatinya. Walaupun kadang-kadang terlepas juga rasa geramnya terhadap suaminya kerana mengahwininya, rasa geramnya cepat-cepat dilenyapkan oleh suaminya dengan tindakan yang tidak terjangka olehnya.
“Sayang dah baca surat yang abang bagi?” tanya Ahmad Ilman memecah kesunyian setelah melihat keindahan alam.
“Surat yang dekat atas bantal tu, surat dari abang ke?” tanya Nura Afyna meminta kepastian.
“Ya, ni mesti belum baca kan”
“Betul, Fyna belum baca. Kenapa abang Man tak bagitahu depan-depan dekat Fyna”
“Malu sebenarnya. Dan surat tu abang tulis sebelum…” kata Ahmad Ilman lantas dia mendekatkan mulutnya ke telinga isterinya.
“Sebelum abang cium sayang semalam” bisik Ahmad Ilman. Naik bulu roma Nura Afyna dibuatnya. Kenapa dia ungkit lagi, dahlah pasal pagi tadi pun masih terbayang-bayang dalam otak aku ni, desis hati Nura Afyna. Nura Afyna mengetap bibirnya dan memandang suaminya geram.
“Ish, abang ni..” rungut Nura Afyna sambil memukul lembut dada suaminya.
Setelah itu, mereka menuju ke arah laut untuk bermain air laut. Nura Afyna memang suka bermain air laut. Lagipun tekanan terhadap SPM masih membelenggu hatinya. Dia berharap keputusan SPM yang bakal diambilnya tidak lama lagi akan menggembirakan hatinya dan ibu bapanya. Ketika bermain-main dengan air laut, seseorang telah  memanggilnya. Orang itu melambai-lambai kearahnya dari jauh. Dia pun membalas lambaian itu.
“Hei Fyna, bercuti ke, dengan siapa?” Sofia bertanya kepadanya.
“Tak adalah, cuma berkelah di sini dengan…. someone” jawabnya dengan tenang.
“Siapa? Bagi tahu lah. Dengan boyfriend ya. Tak bagi tahu pun” balas Sofia.
“Ish kau ni, takkanlah aku keluar dengan boyfriend, aku mana ada boyfriend, kalau ada pun, ayah aku mesti tak kasi aku keluar dengannya”
“Habis tu dengan siapa?” tanya Sofia yang masih tidak berpuas hati. Ahmad Ilman menghampiri Nura Afyna yang masih berbicara dengan Sofia.
“Sayang, siapa ni, kawan ke?” tanya suaminya.
“Ya Abang Man, kawan sekolah Fyna. Oh ya Sofia, kenalkan ni..” belum sempat Nura Afyna menghabiskan bicara, Ahamd Ilman menyambung.
“Saya suami Fyna” katanya sambil senyuman terukir di bibirnya. Terlompong mulut Sofia dibuatnya. Sofia tidak menjangka yang kawannya yang dulunya dikenali sebagai budak pendiam telah berumah tangga dalam usia yang begitu muda. Kacak pula tu..cair habis dibuatnya.
“Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau dah kahwin?” Sofia kembali bertanya Nura Afyna apabila Ahmad Ilman menuju ke arah lain.
“Aku nak bagitahu kau, tapi aku tak dapat nombor kau. Maaf sangat-sangat Sofia.” Sofia lantas mengangguk-angguk kepala mengatakan dia memahami keadaan Nura Afyna.
Sofia seterusnya pergi meninggalkan mereka memandangkan mereka sedang bergembira bersama. Dia tidak mahu mengganggu kebahagiaan mereka yang baru berumah tangga. Setelah hampir pukul tiga petang, mereka ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat jamaktakdim zohor dengan asar. Setelah selesai mengerjakan suruhan Illahi, mereka bertolak pulang ke rumah. Dalam perjalanan, mereka singgah di kedai cenderamata untuk membeli ole-ole yang sesuai untuk ahli keluarga yang berada di rumah.
Tiba-tiba, deringan telefon Asus Zenfone 4.5 milik Ahmad Ilman berbunyi. Lantas diangkat oleh Ahmad Ilman apabila nama ‘Ayah’ tertera di skrin telefon. Berita yang menyedihkan diterimanya dari talian telefon. Berita mengenai kemalangan Syamira hinggap ke telinga Nura Afyna. Air mata Nura Afyna bercucuran. Ahmad Ilman cuba menenangkan isterinya yang masih dalam keadaan sedih.
“Sabar ya sayang” katanya sambil memegang kedua-dua belah lengan isterinya.
Namun sedihnya tetap berterusan. Syamira sahaja adik yang Nura Afyna ada. Dia tidak sanggup kehilangannya. Syamira sudah seperti kawan baiknya. Segala masalah dikongsi bersamanya. Mereka terus bergegas ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh (HPBI) yang dikhabarkan ayah kepadanya.
Sampai sahaja di hospital, Nura Afyna menuju ke bilik Unit Rawatan Rapi (ICU). Syamira masih dalam kritikal. Tangannya digenggam erat oleh Nura Afyna. Namun kesedihannya bertambah parah apabila melihat tangan kiri adiknya dibalut dengan simen putih. Encik Fadhli dan Puan Mahirah sudah lama berada di depan pintu bilik ICU. Ahmad Ilman yang berada di sisi isterinya hanya mampu berdoa supaya adik iparnya tidak apa-apa.
Waktu telah lewat malam, namun Syamira masih koma dan dia telah ditempatkan di wad biasa. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk menemaninya di wad. Puan Mahirah sukarela menjaganya. Seorang emak memang tidak dapat tidur jika anaknya sakit lebih-lebih terlentang tidak menyedarkan diri. Itu memang sifat seorang ibu yang telah diketahui umum.
 Syamira mengalami cedera yang teruk di bahagian tangan kirinya dan kepalanya terhentak di atas permukaan yang keras. Kereta yang dipandu oleh seorang pemuda telah melanggarnya dari belakang. Basikal yang dikayuhnya habis hancur. Semasa ditelefon oleh pihak hospital, doktor mengatakan kepalanya berlumuran darah. Alhamdulillah sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berkerumun di tempat kejadian kalau tidak adiknya mungkin kehilangan banyak darah. Pemuda tersebut meminta maaf dan berjanji akan membayar segala ganti rugi kepada mak dan ayah Syamira tentang kejadian yang telah terjadi. Namun Puan Mahirah masih dalam keadaan terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan. Malah, dia menjerit-jerit ke arah pemuda tersebut. Encik Fadhli yang memahami keadaan isterinya lantas meminta pemuda itu supaya kembali pada keesokan hari untuk menyatakan kekesalannya kepada isterinya. Dia memberikan nombor telefonnya kepada Zafrin supaya mudah dihubungi olehnya. Zafrin hanya mampu tertunduk dan beredar dari situ setelah menjenguk Syamira di wad.
Zafrin dalam keadaan takut kerana dia baru sahaja berjaya mendapat lesen kereta. Malahan mak dan ayahnya telah kembali ke rahmatullah semenjak dia di bangku sekolah rendah lagi. Hanya ibu saudaranya yang sentiasa dekat dengannya dan sudah dianggapnya sebagai ibu, tempat dia merasakan kasih sayang.
“Cik Ta, Zafrin dah rosakkan bonet kereta” katanya kepada emak saudaranya.
“Kenapa ni, Rin accident ke tadi? Rin cedera tak?” emak saudaranya menjadi gusar.
“Ya dekat simpang jalan. Rin okay tapi perempuan tu dah koma.”
“Perempuan mana pula ni Rin?”
“Perempuan yang Rin langgar”
“Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni”
Zafrin menceritakan hal sebenar kepada emak saudaranya. Emak saudaranya agak terkejut. Bagaimana boleh kereta rosak melanggar basikal, lepas tu koma terus budak tu, fikirnya dalam hati.
“Zafrin bawa laju ke tadi?” tanya Cik Ta meminta kepastian. Zafrin mengangguk-angguk kepalanya tanda membenarkan kata-kata emak saudaranya.
“Sebab tulah teruk macam ni…” akur Cik Ta.
Zafrin mengajak emak saudaranya untuk menemui Syamira keesokan harinya. Dia takut untuk berhadapan dengan emak Syamira yang garang itu. Boleh tercabut bulu dibuatnya apabila mendengar jeritan Puan Mahirah terhadapnya di hospital tadi.
Keadaan dalam bilik Ahmad Ilman begitu suram. Nura Afyna menangis sendirian di birai katil. Dia langsung tidak menjamah makanan ketika makan malam dengan bapanya dan suaminya. Dia langsung tidak berselera dan lemah longlai untuk menggerakkan tubuhnya. Ya Allah, peritnya menanggung ini semua, katanya dalam hati. Ahmad Ilman berasa susah hati melihat keadaan isterinya.
“Sayang…” Ahmad Ilman mendekati isterinya lalu dipeluknya.
“Abang Man..” makin galak tangisan Nura Afyna.
“Sabar ya Sayang, abang akan selalu temani Sayang” pujuk Ahmad Ilman sambil mengusap bahagian belakang isterinya.
“Sayang, jangan macam ni, makan sikit ya” kata Ahmad Ilman apabila pelukan dileraikan. Tangisan Nura Afyna sudah surut.
Ahmad Ilman menuruni anak tangga untuk ke dapur. Dia mengambil makanan yang masih berbaki di bawah tudung salji. Dia naik semula ke atas untuk memberikan makanan kepada isterinya. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memujuk isterinya untuk makan walau sedikit. Tetapi semuanya tidak berhasil.
“Sayang, makanlah sikit” pujuk Ahmad Ilman sambil memegang sudu yang berisi nasi goreng.
“Fyna kata tak nak, tak naklah” isterinya menepis tangannya sehingga terjatuh sudu ke atas lantai bersama-sama dengan nasi goreng. Ya Allah, berikanku kekuatan menghadapi sikap isteriku, doanya dalam hati.
“Sayang, kalau sayang sakit, abang juga yang susah” tahap kesabarannya benar-benar tercabar.
“Abang Man tak faham ke, satu-satunya adik yang Fyna ada, sekarang ni ada dekat hospital, bila-bila masa…..dia boleh…” air mata Nura Afyna mula membasahi pipi. Ahmad Ilman hanya mendiamkan diri dan berdiri untuk keluar dari bilik meninggalkan isterinya bersendirian. Mungkin Sayang perlukan masa untuk menerima ini semua, pujuk hatinya. Boleh tahan sabar juga Ahmad Ilman terhadap isterinya. Nyaris sahaja dia menaikkan suara terhadap isterinya. Sesungguhnya berdiam diri adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa marah.
Ahmad Ilman keluar rumah untuk menenteramkan dirinya. Dia tahu isterinya masih bersedih akan keadaan adiknya namun dia lebih risau dengan keadaan isterinya yang tidak makan langsung. Muka isterinya sudah pucat. Dia hampir berputus asa. Dia memandu kereta mengelilingi Taman Bunga. Dia terkenangkan kembali masa-masa indah yang dilaluinya bersama isterinya ketika tempoh bertunang. Dia tersenyum sendiri. Aku tidak boleh berputus asa, aku sudah berjanji untuk menjaganya semampu aku, nekadnya.
Dia pulang ke rumah semula setelah hatinya sudah tenang. Perasaan marah yang ada di hatinya dibuang jauh. Dia berjumpa dengan bapanya yang sedang berada di dalam bilik bacaan. Bapanya pernah melalui keadaan sebagaimana yang sedang dilaluinya saat ini.
“Bapa, apa yang perlu Ilm lakukan? Ilm rasa tertekan dengan perangai Fyna. Dia langsung tak mahu makan” luah Ahmad Ilman yang begitu gusar akan keadaan isterinya.
“Ilm, urusan macam ni memang perlukan kesabaran yang tinggi. Ilm sayangkan Fyna kan? Ilm pasti tahu cara nak hadapinya” terang Encik Hafizuddin.
“Itu Ilm tahu tapi Ilm dah lakukan banyak benda supaya dia makan. Dia asyik fikirkan adik dia tu sampai suami sendiri pun tak hormat”
“Ilm, kamu kena banyak bersabar. Orang perempuan ni bila emosi dah kuasai diri dia, orang yang dia sayang pun dia marah. Macam nilah, kamu bagi dia sokongan supaya dia tahu kamu sentiasa ada dengannya. Lagi satu, dalam hati kamu tu kena ada rasa empati, bayangkan jika kamu yang berada di tempatnya” nasihat bapanya.
“Baiklah bapa, Ilm akan cuba bersabar dan bagi sokongan pada Fyna”
“Ingat pesan bapa ni, selemah-lemah manusia sekalipun, dia tetap akan menjadi kuat apabila ada orang yang memahaminya dan memberi kata-kata semangat” pesan terakhir bapanya benar-benar menguatkan kembali semangatnya. Dia melangkah keluar dari bilik bacaan.
Apabila dia tiba di tingkat atas, pintu biliknya sudah berkunci. Dia mengetuk pintu beberapa kali namun isterinya tidak membuka pintu untuknya. Kunci pendua bilik ada di bawah, bisik hatinya. Dia mahu turun semula ke bawah untuk mengambil kunci pendua namun langkahnya tergendala apabila pintu bilik dibuka oleh isterinya. Isterinya berjalan mendekatinya.
“Abang Man, maafkan Fyna” kata Nura Afyna lantas mencapai tangan suaminya untuk dicium. Ahmad Ilman tersentuh dengan kata-kata isterinya. Lalu, dipeluk dan dicium dahi isterinya.
“Tak mengapa Sayang. Abang redha. Sayang, mari makan dulu, nanti perut tu masuk angin”



0 comments :

Post a Comment